October 1, 2017

UNGKAPAN ABU AHMAD AL-MUZ*AFFAR SECARA INTUITIF, IMAGINATIF DAN KREATIF


BBB,  10 Muharram 1439H. = 30 September 2017M. (Sabtu):
Abu Ahmad al-Muz*affar yang nama lengkapnya ialah Abu Ahmad al-Muz*affar bin Ahmad bin Hamdan ialah tokoh sufi terakhir bagi sepuluh orang yang dikatakan oleh Al-Hujwiri sebagai tokoh sufi mutaakhir yang terkenal. Penampilan tokoh ini adalah berlainan dan tokoh-tokoh yang lain sebelumnya, kerana ianya diperkenalkan  dengan cara intuitif,  imaginatif dan kreatif.
Dikatakan bagi yang berwibawa berada disinggahsana otoriti dan Tuhan memberinya  mahkota karamah – ayat ini bermaksud Allah memuliakannya dari segi kerohanian dan antara kemuliaan yang dikurnikan ialah `karamah`.
Abu Ahmad al-Muz*affar menurut Al-Hujwiri begitu fasih berbicara tentang kafanaan dan kebaqa`an.
Al-Hujwiri membawa contoh tentang Shaykh Agung  Abu Sa`id yang katanya secara intuitif, ``Aku di hantar ke istana (kedudukan  kerohanian) melalui ta`abbudiyyah.``
Tetapi bagi Khwaja Muz*affar dihantar melalui kepengeranan (kedudukan mulia – pengeran) dan kuasa – yakni berkontemplasi melalui kezuhudan.
 Dan dia dikatakan bertolak dari mushahadah kepada mujahadah.
Demikianlah ungkapan tentang kesufian secara intuitif, imaginatif dan kreatif yang apa yang disampaikan agak jauh dari ibarat biasa dan kontradik antara gambaran kedudukan kebesaran dunia dibandingkan dengan kedudukan kerohanian.
Dengan  secara sindir juga digambarkan, ada yang bermusafir merentas padang  pasir dan hutan belantara dan akhirnya yang didapati olehnya, adalah kebanggaan dan kekosongan lantaran kejahilan.``
Sebagai sindiran lagi ada pihak yang membicarakan soal fana dan baqa` yang mencerminkan tidak lain dari kejahilan.
Secara nyata soal ini dibicarakan oleh Al-Kalabadzi di dalam Al-Ta`arruf, bahawa al-fana` ialah yang fana` dari sesuautu, tiada pertalian dengan sesuatu, sebagaimana kata `Amir bin `Abdullah, ``Aku tidak tahu adakah ia perempuan atau dinding !`` Dan baqa ialah yang mengikutinya, iaitu ia fana daripada sesuatu dan yang kekal dengan apa yang bagi Allah.``
Selanjutnya  hurai Al-Kalabadzi, ``Baqa` ialah menjadikan segala sesuatu saeluruhnya sesuatu yang satu. Maka jadilah segala harakat muwafaqat dengan Yang Haqq tanpa bersalahan. Dia fana` daripada bersalahan dan kekal dalam muwafaqat.`` demikian kata Al-Kalabadzi.
Seterusnya, di dalam membcarakan tentang al-sima`, bahawa segala kemerduan yang mempesonakan, maka dia adalah sebagai suara gagak berbanding dengan hakikat kemerduan yang asli dan abadi.``
Demikianlah Al-Hujwiri menyampaikan watak dan pandangan  Abu Ahmad al-Muz*affar secara intuitif, imaginatif dan kreatif.

Sekian.

No comments:

Post a Comment