October 3, 2017

SHAYKH-SHAYKH DARI NEGERI QAHISTAN HINGGA KE KIRMAN


BBB,  12  Muharram 1439H. = 2 Oktober 2017M. (Isnin):
Seterusnya disebut oleh Al-Hujwiri tokoh-tokoh sufi dari negeri-negeri yang kurang dikenali  {kecuali Azarbaijan) yang juga tokoh-tokohnya tidak dikenali. Beberapa negeri ini dirangkumi dan diikuti dengan tokoh-tokoh.  (Tidak pasti tokoh dari mana negeri-negeri berkenaan).
Kelompok Tiga
Negeri-negeri dimaksudkan ialah Qahistan, Azarbaijan, Taharistan dan Kisy.
Tokoh-tokoh yang disebut dengan maklumat ringkas ialah:
a)      Shaykh Faraj yang juga dikenali sebagai Akhi Zaujani,
Mempunyai keistimewaan dan keberkatan dan mempunyai doktrin terpuji.

b)      Shaykh  Badruddin
              Shaykh besar sufi di dalam madzhabnya dan banyak melakukan kebajikan.
c)       Pad Shah al-Tayyib
Disifatkan sangat `alim dalam bidang tasawuf
d)      Shaykh Abu `Abdullah  Junaydi
Dianggap sebagai seorang mursyid yang dihormati
e)      Shaykh Abu T*ahir Makshuf
Disebut sebagai shaykh terkemuka pada zamannya.
f)       Khwaja Husain Simnan
Terkenal dengan wijdan dan kerinduan pada Tuhan
g)      Shaykh Sahlagi
Disebut sebagai shaykh sufi terkenal
h)      Ahmad anak Shaykh Khurqan
Disebut sebagai pengganti utama ayahnya
i)        Adib Kumandi
Salah seorang pemimpin pada zamannya.
Kelompok Empat
Dari kelompok ini ialah Karman
Dari negeri ini disebut tokoh:
a)      Khwaja `Ali bin Husain al-Sirgani.
Terkenal sebagai seorang kuat beribadat dan suka mengembara. Dia amat dihormati. Dia mempunyai anak bernama Hakim yang meneruskan legasinya.
b)      Shaykh Muhammad bin Salama
Dia seorang yang terkenal di kalangan wali-wali yang wujud  sebelumnya, tetapi mereka disifatkan sebagai tersembunyi dari umum berbanding dengan Sahaykh Muhammad bin Salama.
Demikianlah dua dari tujuh kelompok  yang disifatkan oleh Al-Hujwiri sebagai sufi terkemuka dari berbagai negeri pada zamannya. Kita tidak dapat memahami dengan lebih dalam tokoh-tokoh yang ditampiukan oleh Al-Hujwiri, kerana maklumat-maklumat tentang mereka amat terhad dan sukar mendapat maklumat luar tentang mereka. Mereka boleh disifatkan tidaklah menonjol sehingga tidak dicatat di dalam tabaqat dan kitab-kitab tasawuf yang membicarakan tentang tokoh.

Sekian.

No comments:

Post a Comment