BBB,
24 Muharram 1439H. = 14 Oktober
2017M. (Sabtu):
Doktrin Sahliyah dinisbahkan kepada Sahl
bin `Abdullah al-Tustari, Dia adalah
Sahl bin `Abdullah bin Yunus bin `Isa bin `Abdullah bin Rafi` dan kunyahnya
ialah Abu Muhammad. Dia adalah imam kaum dan `ulama` mereka itu. Dia adalah
seorang sufi besar. Dia bercakap tentang ilmu riyadhiyat, tentang ikhlas dan
keaiban perbuatan.
Dia bersahabat dengan Muhammad bin Siwar
dan menyaksikan Dhu al-Nun al-Mis*ri pada masa dia keluar menunaikan haji di
Makkah. Dia meninggal tahun 283H.
Doktrinnya ialah Mujahadah meniadakan
(menentang) nafsu dan latihan kezuhudan bagi melazimkan diri mengingati Allah,
iaitu dengan jalan berzikir.
Iaitu dengan melazimkan ucapan dan ulangan
dzikir – Allah, Allah, Allah, terus menerus dalam satu hari hingga terbiasa
dengan ucapan kata-kata itu. Dan lakukan hal yang sama pada hari berikut sampai
terbiasa mengucapkannya. Bahkan terbiasa pada malam sehingga tenggelam dalam
mengingati Allah.
Mujahadah menentang nafsu bermula dengan
mengenali hakikat nafsu yang dikira sebagai jiwa rendah.
Doktrin Sahliyah melihat bahawa nafsu
adalah sumber bagi kejahatan.
Adapun nafsu itu ada yang mengatakan ianya
suatu `ayn (benda) dalam badan
Ada
pula yang mengatakan dia adalah sifat badan yang bertaraf rendah.
Ianya merupakan tindakan atau sifat-sifat
tidak terpuji dari diri seperti sombong, takabbur. Irihati, dengki, mengupat,
marah dan sebagainya. Semuanya itu termasuk perkara-perkara dosa. Sama ada bersifat lahiriah seperti mengumpat,
marah, mencuri dan sebagainya atau bersifat dalaman seperti dendam, benci,
riya` dan sebagainya.
Doktrin Sahliyah juga membicarakan
cara-cara mengatasi unsur –unsur bertaraf rendah di dalam diri yang bersifat
dosa kepada taraf tinggi menjadi pahala. Antara jalannya ialah bermujahadah dengan
taubat dan membersih diri dengan dzikir sebagaimana disebutkan pada permulaan.
Seterusnya dengan berbagai-bagai ibadat. Semua ini termasuk di bawah proses mengenal
diri, lantaran diungkapkan:
``Siapa yang mengenal diri dia mengenal
Tuhannya.``
Pengenalan menukarkan elemen rendah diri
yang keji kepada terpuji
Menghendar dari pengaruh syaitan kepada
jiwa malaikat.
Menukar dari perkara dosa kepada berpahala
Menukar dari elemen neraka kepada syurga.
Didengar dari Abu al-Husain al-Farisi
berkata, aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, berkata Sahl, ``Siapa
yang kosong hatinya daripada menyebut tentang keakhiratan, maka dia terdedah
kepada waswas syaitan.``
Adalah didengar bahawa Sahl bin `Abdullah
berkata,
``Tidaklah bagi hati dan nafsu, melainkan
Allah memerhatikannya sama ada malam atau siang. Sesungguhnya hati atau nafsu
memerlukan kepada ilmu atau dipengaruhi iblis.
Berkata Sahl bin `Abdullah, adalah
kewajipan bagi sufi tiga perkara, memelihara rahsianya, menunaikan kefardhuan
dan menjaga kefaqirannya.
Berkata Sahl, ``Allah ialah kiblat niat,
dan niatr kiblat hati, dan hati kiblat badan, dan badan kiblat anggota dan anggota kiblat dunia.``
Berkata Sahl bin `Abdullah, ``Siapa yang
bersifat z*an diharam (terhalang) daripadanya keyakinan, siapa yang
bercakap perkara-perkara tidak berkenaan terhalang daripadanya kebenaran, dan
siapa yang anggotanya sebok dengan perkara-perkara tidak disuruh Allah
terhalang daripadanya wara`.``
Dihikayatkan daripada Sahl bin `Abdullah
yang berkata ada tiga fitnah yang merosakkan:
Fitnah am, iaitu yang mengabaikan ilmu.
Fitnah khas, yang mencari rukhs*ah an
menta`wil
Dan fitnah ahlu al-ma`rifat, yang
sepatutnya melazimkan hak waktu dengan menangguhkannya kepada waktu
yang lain.
Berkata Sahl bin `Abdullah: Usul bagi kita
tujuh perkara::
Berpegang dengan kitab Allah Ta`ala
(Al-Qur`an)
Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.
Memakan yang halal, menegah dari perkara-perkara
menyakitkan (merosakkan)
Menjauhi perkara-perkara dosa, taubah dan menunaikan
hak-hak.
Ibn `Is*am berkata, dia mendengar Sahl bin
`Abdullah berkata, ``
``Tidak ada penolong melainkan Allah, tidak
ada dalil melainkan Rasulullah, tidak ada bekalan melainkan taqwa dan tidak ada amal melainkan dengan
sabar.
Dan berkata Sahl bin `Abdullah, amalan
ialah dengan taufik dan taufik daripada Allah dan kuncinya ialah do`a dan
merendah diri (tadharru`).
Demikian Doktrin Sahliyah dan
ungkapan-ungkapan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment