CADANGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL MASJID
AL-UMM: PERLU PENELITIAN
BBB, 08 Zulhijjah 1439H. = 20 Ogos 2018M.
(Isnin):
Sebagaimana telah dibincangkan oleh
Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, bahawa Masjid Al-Umm
yang berorientasikan ilmu pada masa depan seharusnya menjadi sebagai Masjid
Institusi Ilmu. Hasil dari perbincangan sejak 2015 itu sebuah buku tentang
perkembangan fizikal Masjid Al-Umm telah disediakan oleh Syarikat Consultan Ir. Haji Ghazali bin Husin setebal 32 helai.
Proposal yang disetujui bahawa, kawasan yang
terlibat dengan pembangunan tamabahan termasuk kawasan Medan Selera (Usahawan),
Padang Awam dan kawasan Pasar Basah Bandar Baru Bangi.
Dalam bahagian pengenalan dicatat, bahawa secara keseluruhan melibatkan
tiga tapak yang disebut di atas. Pembangunan dicadangkan:
A. Kompleks Ilmu
Satu blok 3 tingkat yang mengandungi:
Aras bawah: Dataran serbaguna, dewan serbaguna, kelas
pengajian, dewan makan dan bilik perbincangan
Aras Satu: Perpustakaan, pentadbiran,
kelas pengajian, kelas hafazan Al-Qur`an
Aras Dua: Asrama pelajar
muslimin, asrama pelajar muslimat, ruang hafazan dan utiliti.
B. Kondominium
Satu blok bangunan 19 tingkat
yang mengandungi:
Aras Bawah: Lobi, retail outlet
Aras 1 – 3, Tempat letak kereta bertingkat,
Aras 4, Kediaman condominium
dan sky park
Aras 5 – 7, Kediaman
kondominium
Aras 8, Kolam mandi, sky
garden, gimnisium, dewan serbaguna, dan kemudahan eksklusif kondominium.
Aras 9 – 18: Kediaman
kondominium
C. Pusat Komersil
Satu blok bangunan 3 tingkat
yang mengandungi:
Aras Bawah: Pasar basah
Aras Satu: Gerai makan
Aras Dua: Kedai
Reka bentuk pembinaan bertujuan mewujudkan
kompleks ilmu bagi meluaskan pengajian masjid
Mewujudkan
bahagian kediaman yang melibatkan pelajar, kakitangan dan bahagian
komersil bagi menggantikan kawasan pasar sekarang dengan cara yang lebih
teratur dan lebih bersih.
Reka bentuk bangunan bagi ketiga-tiga kawasan
yang mengalamai perubahan (Medan Selera, kawasan padang dan kawasan pasar).
Kos bagi pembangunan yang dicadangkan adalah
sebanyak RM100 juta.
Untuk membangunkan bangunan yang dicadangkan
akan melibatkan pihak PKNS bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor. Ianya mungkin
melibatkan pihak swasta.
Walau bagaimana perancangan yang dicadangkan
oleh pihak consultant dilihat agak luar dari kemampuan masjid.
Cadangan yang lebih realistik ialah berusaha
untuk mendapat milik tanah Medan Selera bagi dijadikan bagunan antara sepuluh
hingga 15 tingkat yang disambung dengan jambatan ke masjid, kosnya dijangka melibatkan
RM 70 juta. Pada bangunan ini ada:
1) Bilik kuliah, tutorial dan tahfiz
2) Bilik-bilik pensyarah
3) Aras pentadbiran
4) Perpustakaan, Bilik IT, dan Bilik pelajar
5) Asrama pelajar
6) Kedai buku dan peralatan, pakaian dan berbagai
kemudahan pelajar.
7) Kedai-kedai awam, restoram dan kedai-kedai makan.
Pasar basah tidak diganggu, terpulang kepada
pihak berkuasa tempatan bagi mengangkat tarafnya.
Padang awam juga tidak diganggu, tetapi
dipertingkatkan dari segi fizikal bagi diguna oleh pihak masjid dan orang awam.
Perbincangan dan perundingan lanjut perlu
dilakukan bagi perkembangan masa hadapan tidak saja melibatkan bangunan fizikal
tetapi lebih-lebih lagi dari konsep pengajian agar ianya releven, sesuai dengan
keperluan umat dan mendapat sambutan masyarakat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment