KULIAH SEBAGAI KOMUNIKASI PENGAJARAN
BBB, 28 Zulkaedah 1439H. = 10 Ogos 2018M. (Juma`at):
Sungguhpun Pembentang lebih memberi tumpuan
dari segi komunikasi masjid, ialah terhadap khutbah, tetapi pada bahagian akhir
kertaskerjanya juga ditambah dari segi komunikasi masjid ialah `Kuliah`.
Istilah kuliah agak terbuka, ianya boleh
bermaksud kepada ceramah, tetapi ceramah ialah ucapan - `Ceramah Agama`, ialah
ucapan tentang hal-hal agama. Biasanya
tidak menggunakan kitab sebagai teks pengajaran, jika percakapan ringkas dan
padat dan dikaitkan dengan waktu, misalnya maghrib atau subuh, maka biasanya
disebut sebagai tazkirah. Tetapi bukan maksud demikian yang dikehendaki oleh
pembentang. Kuliah yang dimaksudkan ialah sebagai `Kuliah Agama` , iaitu `Pengajaran Agama`..
Ini ialah kerana kuliah disampaikan ialah dengan menggunakan teks atau kitab
panduan khusus. Walaupun untuk masa yang pendek dan juga panjang.
Ini bererti Pembentang mau menyampaikan bahawa
antara komunikasi masjid, selain dari khutbah ialah melalui pengajaran,
khususnya pengajaran agama berkitab. Dengan pengajaran berkitab, pengajaran
adalah berfokus dari segi bidang dan topik-topik yang dibicarakan. Pengajaran adalah
tersusun dan dapat diikuti oleh pengaji-pegaji secara berpandu dan tersusun dan
dapat sama `menadah kitab`
Pendekatan yang digunakan ialah sebagaimana
pendekatan komunikasi masjid dengan menyebut satu negara dan diikuti oleh satu
negara yang lain. Kuliah yang dimaksudkan ialah:
Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, iaitu dua waktu
kuliah yang popular, namun ada lagi kuliah yang dikenali dengan Kuliah Dhuha,
Kuliah `Asar atau `Kuliah Wanita` yang khusus bagi muslimat.
Sebagai contoh (Disebut nama guru yang
mengajar):
Kuliah Maghrib di Masjid Negara 2 Februari
2018 menggunakan kitab Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Kuliah Subuh di Masjid Al-Sharif pada 10
Februari 2018 dengan menggunakan kitab `Anak Kunci Syurga.
Kuliah Maghrib di Masjid Nasional Surabaya
pada 26 Februari 2018 menggunakan kitab Fiqh Dakwah
Kuliah Maghrib di Masjid Darul Ghufran
Singapura pada 17 Februari 2018, kitab Hadith-Hadith Pilihan,
Kuliah Muslimat Darul Ghufran Singapura pada 3
Fabruari 2018, Pembentukan Keluarga Cemerlang.
(Tiada contoh dari Brunei).
Demikianlah contoh petikan secara
sewenang-wenang dari masjid-masjid di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Dapat dikatakan bahawa masjid sebagai pusat
pendidikan, khususnya keagamaan tidak ada bezanya baik di Malasia, Indonesia,
Singapura dan Brunei, bahkan bagi seluruh negara Islam. Bahawa masjid adalah
bukan saja sebagai pusat ibadat secara khusus, tetapi ianya adalah sebagai
pusat pendidikan dan kemasyarakatan baik di Malaysia, Indonesia, Singapura dan
Brunei, bahkan diseluruh negara Islam, malah di mana saja ada masjid, walaupun di negara bukan Islam.
Masjid sebenarnya adalah pusat utama bagi dakwah keislaman. Dakwah yang paling berkesan
ialah melalui pengajaran. Kita lihat semua masjid dari empat negera menjadikan
masjid adalah pusat dakwah bagi menyampaikan pengajaran Islam. Pengajaran yang
disampaikan sebenarnya kepada semua peringkat dari anak-anak kepada remaja,
orang tua, kaum muslimin dan muslimat dan bagi sesiapa yang mau menganut agama
Islam.
Walaupun berlakui perubahan zaman, tetapi
pendidikan masjid terus popular dengan pengajaran yang bersiaft mengajar,
kuliah, tazkirah dan bimbingan seperti pengajian Al-Qur`an, tetapi tidak
bermaksa kaedah pengajaran moden tidak digunakan, contoh dengan menggunakan
alat-alat komunikasi moden.
Mata-mata pelajaran tradisi masih tetap
menjadi mata pelajaran yang mantap dan terus diajarkan dan dipelajari seperti
pengajian Al-Qur`an, tauhid, fiqh, tasawuf, tafsir, hadith, sirah dan Bahasa
`Arab tetap terus menjadi bidang pengajian yang terus dipelajari. Dengan
demikian pengajian bidang-bidang keilmuan Islam terus berperanan di dalam
menanam keilmuan dan jiwa keislaman kepada umatnya yang terus hidup secara
Islam dan mempertahan dan menyebarluaskan Islam.
Sesungguhnya masjid adalah institusi agung
yang terus berperanan menyebarkan Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment