KOMUNIKASI MASJID, SATU PENILAIAN: KAJIAN
PERINGKAT AWAL
BBB, 18 Zulkaedah 1439H. = 31 Julai 2018M.
(Selasa):
Memulakan pembentangan selepas salam dan terima kasih Prof. Dr.
Yusof Hussain, memaklumkan bahawa beliau meminati kajian terhadap peranan masjid,
walau bagaimana apa yang dibentangkan adalah merupakan kajian awal yang akan
diteruskan selepas ini.
Menurut Prof. Dr. Yusof Hussain, daripada
peranan masjid antara aspek yang menarik perhjatiannya ialah komunikasi masjid
dengan masyarakat. Dilihat dari segi prinsip komunikasi menurut Prof. Dr. Yusof
Hussain seharusnya sekurang-kurannya berlaku antara dua orang dan bersifat dua
hala. Tujuan berkomunilasi ialah bertujuan untuk menyampai dan menerima
maklumat seperti berita yang hendak
disampaikan atau pengajaran yang hendak diterapkan.
Menurut Prof. Dr. Yusof Hussein dalam
komunikasi dua hala terdapat empat unsur
penting, iaitu:
1) Sumber
2) Perutusan (mesej)
3) Saluran
4) Penerima.
Menurutnya masjid adalah institusi yang
penting di dalam Islam. Kepentingannya dapat dilihat, bahawa selepas Hijaratul
Rasul s.a.w. ke Madinah tumpuan utama Baginda ialah membina masjid, bermula
dari Masjid Quba` dan Masjid Madinah – Masjid Nabawi dan masjid bukan setakat
pembinaan semata-mata, tetapi ianya menjadi institusi yang fungsional di dalam
membina umat dan perkembangan Islam.
Sebagai tempat ibadat, masjid tempat pengajaran, masjid pusat
pentadbiran, masjid markas ketenteraan dan masjid sebagai pusat kegiatan
kemasyarakatan. Maka di dalamnya berlaku berbagai komunikasi. Masjid hingga
kini terus hidup dan berfungsi, khususnya dari segi komunikasi bagi kalangan masyarakat Islam. Ianya menjadi
sebagai rumah kedua bagi setengah orang Islam.
Untuk kajian, masjid terlalu banyak, terdapat
di kampung, pekan, bandar dan pusat pemerintahan. Pada satu kampung atau pekan kadang-kadang
terdapat lebih dari satu masjid, apa lagi di bandar. Begitu banyak masjid dan
dapat dilihat dari dahulu hingga sekarang. Banyak aspek dan kaedah yang dapat
dikaji.
Menurut Prof. Dr. Yusof, dari segi pendekatan
beliau mengambil kaedah perbandingan. Menurutnya banyak faedah yang boleh
didapati dari hasil kajian perbandingan. Misalnya:
·
Mengapa
setengah masjid begitu ramai dihadiri jama`ah, walaupun masjidnya tidaklah
begitu besar dan bukan berada di pusat
bandar. Bagi masjid yang berada di pusat bandar pula kadang-kadang tidak begitu
ramai dikunjungi jama`ah.
·
Dapat melihat
faktor-faktor bagi setengah masjid yang tinggi dari segi pengimarahannya.
·
Dapat melihat
mengapa pengajaran di sesebuah masjid begitu mendapat sambutan. Apakah
kewibawaan guru dan bagaimana sesuatu ilmu itu mendapat sambutan jama`ah.
·
Peranan
pentadbiran masjid, bagaimanakah pentadbiran yang dijalankan oleh Nazir dan
jawatankuasanya. Apakah aturan dan enakmen pada peringkat negeri – atasan yang dikenakan
terhadap masjid menggalak atau membantut kan dari segi pengajaran dan
pengimarahan.
·
Bagaimanakah
situasi masyarakat keliling dan kawasan masjid. Kesedaran tinggi masyarakat
keliling dengan agama dan keilmuan mungkin meningkatkan kemajuan dan prestasi
masjid.
Dan banyak perkara yang lain dapat dilihat
dari segi kajian perbandingan, misanya dari segi arkitektur, landscaping dan
sebagainya.
Telah disebutkan bahawa terlalu banyak masjid di dunia, bukan sahaja di
negara-negara Islam, tetapi juga di negara-negara bukan Islam. Bagaimanakah
hendak melihat masjid dari segi perbandingan, apa lagi jika ianya merentasi
sejarah dan bukan sahaja pada masa kini ?
Di dalam hal ini Prof. Dr. Mohd Yusof membataekan
kajiannya kepada masjid-masjid di Nisantara. Daripada masjid- masjid di
Nusantara ini hanya dilihat kepada satu atau dua masjid pilihan dari satu-satu negara. Pilihan
masjid-masjid:
1) Malaysia dua buah iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur
dan Masjid Al-Syarif Klang.
2) Indonesia – Masjid Nasional Al-Akbar, Surabaya,
Indonesia
3) Brunei – Masjid Omar `Ali Saifuddin
4) Singapura – Masjid Darul Ghufran.
Daripada masjid-masjid ini akan dilihat apakah
perkara-perkara yang menjadi sumber penyampaian dan saluran yang disampaikan
kepada pengguna.
Sekian.
No comments:
Post a Comment