PERSOALAN WIBAWA DI DALAM KOMUNIKASI MASJID
BBB, 29 Zulkaedah 1439H. = 11 Ogos 2018M.
(Sabtu):
Di dalam membicarakan tentang komunikasi
masjid Pembentang kertaskerja Profesor Dr. Mohd Yusof Hussain juga membicarakan
tentang wibawa di dalam komunikasi masjid yang beliau namakan sebagaiprinsip
komunikasi.Sebagaimana maklum bahawa institusi masjid adalah institusi murni
yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan dihormati. Pimpinan masjid adalah
berkedudukan tinggi dalam masyarakat sebaris dengan ketua masyarakat.
Masyarakat banyak bergantung pada pimpinan masjid. Pandangan pimpinan masjid
diminta mengenai sesuatu persoalan di dalam masyarakat. Jika ada perselisihan,
maka fikiran dan usaha untuk mendamaikan diminta dari pimpinan masjid di
samping ketua kampung dan masyarakat. Banyak upacara diminta untuk melicinkan
diminta dari pimpinan masjid. Misdalnya upacara kesyukuran, maupun kesusahan
seperti kematian, bala bencana diminta restu dan do`a daripadanya. Demikian kelahiran,
kematian dan berbagai lagi.
Mengapa penghormatan dan kepercayaan diberi
kepada pimpinan masjid ? Ini adalah kerana adanya elemen-elemen wibawa yang
terdapat di masjid yang selamanya berada
di masjid. Wibawa dan kepercayaan lantaran wibawanya komunikasi antara pihak
masjid dan masyarakat. Wibawa yang
terbina di masjid lantaran kedudukan pegawai-pegawai masjid seperti imam, bilal, pengerusi,
setiausaha, bendahari dan jawatankuasa masjid.
Wibawa masjid juga adalah mereka yang ada
hubungannya dengan masjid, seperti guru-guru yang mengajar, penyampai kuliah,
tazkirah dan pembimbing-pembimbing di dalam berbagai kegiatan masjid.
Antara faktor penting yang dipandang sebagai
wibaya masjid, bahawa mereka dipandang hormat kerana berilmu. Pandangan tentang
berilmu ini ada perbezaan di antara berbagai-bagai tokoh yang berada di masjid.
Yang paling utama dan tonggak bagi masjid ialah imam.
Istilah
imam pada asalnya bermaksud `berada di hadapan` atau `orang yang
dikehadapankan` oleh kerana wibawanya, antaranya kerana ianya berilmu dan
menjadi ikutan bagi orang ramai. Maksud khusus adalah pimpinan masjid.
Seseorang itu tidak dapat diterima sebagai imam, jika tidak ada wibaya dari
segi keilmuan.
Seorang imam di sebuah masjid kini sudah
menjadi kebiasaan seorang yang lulus dan pemegang ijazah sekurang-kurang pada
peringkat ijazah pertama (sarjanamuda) di dalam bidang pengajian Islam. Dia
lulus misalnya dariFakulti Islam dalam bidang pengajian Al-Qur`an, hadith atau
bidang-bidang yang lain, misalnya dari
Fakulti Prngajian Islam, UKM, Akademi Islam Universiti Malaya, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Kolej Islam
Antarabangsa Selangor. Antrara mereka berkelulusan di dalam pengajian Islam
dari Universiti Al-Azhar Mesir, dari universiti di Jordan, Syria dan
sebagainya. Satu kriteria yang penting kini diutamakan imam-imam hafiz yang
keluar dari pengajian tinggi yang menawarkan bidang tahfiz.
Imam yang berwibawa bukan saja memimpin solat
dengan bacaan Al-Qur`an secara baik, tetapi dari imam imam berkenaan diharap
mereka dapat membimbing jama`ah di dalam membaca Al-Qur`an, bahkan mempunyai
kelas-kelas pengajaran khusus yang dapat diikuti pada jama`ah termasuk juga
bagi anak-anak. Lebih daripada itu para imam yang berilmu ini diharap dapat
mengajar keilmuan-keilmuan biasa yang diajar di masjid yang dapat diikuti oleh
para jama`ah seperti keilmuanm `aqidah, fiqh, tasawuf, Al-Qur`an, tajwid, sirah
dan berbagai bidang keilmuan keislaman.
Sebagai imam dia juga diharap dapat menguruskan
keperluan-leperluan amalan yang bersifat
keislaman seperti mengurus kematian, upacata-upacara kemasyarakatan,
majlis-majlis tertentu. Imam juga seharusnya seorang yang mempunyai perbadi
tinggi yang dihormati di dalam masyarakat. Bilal juga seorang yang berilmu dan
baik dari segi suara.
Keperluan keilmuan juga harus ada pada
pengerusi dan nazir yang banyak berhubung dengan pentadbiran. Biasanya ianya
juga mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebelum menjadi pengerusi masjid
seleum bersara dari jawatan, mempunyai hubungan yang baik dengan mastarakat dan
disenangi. Mudah memberi pertolongan kepada masyarakat. Manakala setiausaha
juga berilmu dan seharusnya seorang yang rajin bekerja dan ikhlas dalam
pekerjaan. Manakala seorang bendahari
adalah seorang yang berilmu dan faham dari segi urusan kewangan. Adalah diharap
darinya selain dari pandai mencari sumber kewangan dia diharap mempunyai amanah yang tinggi.
Pendek kata semua ahli jawatankuasa juga
seharusnya mempunyai keilmuan dan berkebolehan di dalam bidang-bidang yang diamanahkan kepada mereka.
Pendeknya jika semua pihak adalah berilmu dan
berkebolehan, maka pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa masjid adalah
berwibawa, dipandang tinggi dan dihormati. Lebih daripada itu masing-masing
dapat menjalankan tugas-tugas dengan baik, maka wibawa masjid dapat
dipertingkat dan dihormati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment