TAKMILAH
ILMU DAN AMAL MELALUI
MASJID
BBB, 13 Zul-Hijjah 1439H. = 25 Ogos 2018M.
(Sabtu):
Masjid Al-Umm dapat dikatakan telah siap
sepenuhnya. Kelulusan terakhir yang penting ialah mendapat kelulusan
pemeriksaan bomba dan kelulusan didapati. Masalah yang dihadapi sekarang ialah
sesuatu yang kurang dijangka, iaitu tindakan dari kontrektor tidak mau membuat
pengakuan dan tidak mau menmgeluarkan certificate kelulusan oleh kerana
terdapatnya baki hutang yang belum dilunaskan (masih terhutang RM2 juta).
Tindakan ini bukan saja dilakukan oleh pihak main-contractor, tetapi juga oleh
pihak sub-sub contractor yang enggan membaiki kerosakan-kerosakan, selagi tidak
membayar baki hutang. Apabila kita sanggup mau bayar bagi bahagian tertentu
yang disyaratkan sebelum dapat dikeluarkan certificate dan penyerahan kunci
(contohnya lift), tetapi apabila hendak dibayar, pihak main contractor membantah
dan meminta membayarnya melaluinya sebagai main contractir. Dengan membayar
kepadanya, mungkin duit itu tidak diperturunkan kepada sub contractor dan
dikira bayaran sebahagian daripada hutang terhadap main contractor. Akhirnya
dibuat syarat, jika bayaran hendak dibuat terhadap sub contractor, maka
hendaklah dalam jumlah tertentu, lebih dari bayaran kepada sub contractor
hendaklah dibayar. Ianya sebagai syarat
menyerahkan kelulusan dan kunci dilakukan secara langsung (penterahan secara
berdepan).
Sebenarnya selepas penggunaan masjid selama
lapan bulan, maka selepas lengkap dengan kelulusan dari bomba, penggunaan
masjid adalah mencapai sepenuhnya. Perkembangan penggunaan adalah secara
bertahap. Bermula dengan penggunaan ruang utama masjid bagi solat waktu
berjama`ah, kecuali solat Juma`at. Kemudian kepada penggunaan bilik mesyuarat
bagi mesyuarat bulanan dan mesyuarat lain yang penting. Berikut penggunaan
bilik seminar bagi seminar bulanan Masjid Al-Umm sejak Januari 2018 dan kini
digunakan berbagai tujuan, antaranya disewakan untuk mesyuarat, taklimat dan kursus. Berikutnya
ialah penggunaan bilik-bilik kuliah dan pengajaran, termasuk oleh guru-guru
masjid dan pihak luar yang menyewa. Puncak dari penggunaan ruang ialah
penyewaan Dewan Serbaguna pada aras bawah tanah, dengan penggunaan permulaan
bagi majlis perkahwinan dan jamuan pada akhir Julai baru-baru ini. Dewan ini
kemudian digunakan bagi jamuan sop dari qurban yang dianjurkan oleh Masjid
Al;-Umm pada hari Khamis 11 Zulhijjah sebagai sebahagian dari sambutan
Eidul-Adhha yang merupakan pertama kali diadakan di Masjid Al-Umm.
Walau bagaimana adalah dijangka tidak berapa lama lagi pihak Masjid Al-Umm akan menerima CCC di dalam masa terdekat. Dengan penerimaan CCC
melayakkan Masjid Ai-Umm, mendaftar diri kepada pihak JAIS yang
melayakkannya, selepas mendapat keizinan bagi mendirikan solat Juma`at. Dengan
kelulusan, insya Allah pihak Masjid Al-Umm akan dapat mendirikan Juma`at secara
mingguan. Bila solat Juma`at dapat dijalankan, maka aliran derma akan
bertambah. Insya Allah.
Dengan pertambahan derma, maka lebihan dari
perbelanjaan operasi masjid, akan dapat digunakan bagi membayar hutang masjid, di
samping sumber kewangan yang lain.
Siap bangunan fizikal Masjid Al-Umm adalah
merupakan siap satu fasa dari pembangunan Masjid Al-Umm. Penyiapan pada
dasarnya adalah memuaskan baik dari segi fizikal, architecture dan pesiapam
dalaman. Apa yang lebih penting selepas persiapan pada peringkat fizikal, ialah pengisian dari segi pengimarahan. Sungguhpun selama ini
telah dijalankan berbagai kegiatan, dapat dikatakan ianya adalah secara adhoc
dan semuanya adalah pada tahap ujian. Al-Hamdulillah tempoh penggunaan selama
lapan bulan yang disifatkan sebagai tahap ujian adalah didapati berjalan dengan baik dan tidak menimbulkan
masalah, baik dari segi keselamatan, perjalanan operasi dan pegimarahan. Tahap
percubaan dan operasi berterusan sehingga mendapat kelulusan CCC dan penftaran
di JAIS. Untuk menunggu tempoh penting itu, persiapan tahap dua yang penting
ialah persediaan bagi menggerakkan operasi dan pengimarahan bagi Masjid Al-Umm.
Masjid Al-Umm adalah diharapkan bukan
semata-mata sebagai pusat ibadah, tetapi diharap membawa pembaharuan dengan pendekatan `Takmilah
Ilmu dan `Amal`.
Motto `Takmilah Ilmu dan `Amal` ini akan
menjadi bidang yang akan diolah selanjutnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment