PERLU MEMAHAMI FALSAFAH
QURBAN – USTAZ HARRYANTO RIZAL
BBB, 12 Zulhijjah 1439H. = 24 Ogos 2018M.
(Juma`at):
Sempena dengan ibadat qurban di Masjid Al-Umm
pada Khamis 11 Zul-hijjah bersamaan 22 Ogos, maka pada malamnya diadakan dua acara
yang berkait dengan qurba. Iaitu baca Yasin dan jamuan makan malam selepas
solat `Isya`. Tetapi beberapa hari sebelum tiba hari qurban bagi Masjid Al-Umm,
pihak Jawatankuasa Masjid dimaklumkan, bahawa sebuah Syarikat Travel &
Tours yang dikenali dengan UHR (Ustaz
Harryanto Rizal), Travel & Tours Sdn. Bhd. Syarikat yang menawarkan pakej
Haji dan Umrah dan juga pelancungan ke berbagai destinasi, sebuah syarikat yang baru
ditubuhkan dan baru pula mengadakan cawangan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
(berdekatan Masjid Al-Hasanah) menempah bilik seminar di Masjid Al-Umm bagi
menyampaikan penerangan kepada peserta-peserta yang mengikuti pakejnya dan juga
kepada orang ramai mengikuti secara percuma pada hari Sabtu 25 Ogos 2018 (Hari
ini).
Dalam masa pegawainya di Cawangan Bandar Baru
Bangi berurusan dengan Pejabat Masjid
Al-Umm, pihak Masjid Al-Umm menanyakan kemungkinan Ustaz Harryanto dapat
menyampaikan ceramaha di Masjid Al-Umm sebagai mempromosikan juga syarikatnya
yang baru ditubuh. Ustaz Harryanto bersetuju meyampaikan ceramah pada malam hari (Khamis malam Juma`at) pada hari
Masjid Al-Umm melaksanakan ibadat qurban yang pada malamnya kami adakan jamuan.
Dalam ceramah yang disampaikan selepas Maghrib hingga jam 9.30 malam itu, Ustaz
Harryanto bercakap tentang Falsafah Qurban. Menurut Ustaz Harryanto yang
berasal dari Sungai Buluh itu yang terkenal berceramah menurut gaya Ustaz
Ismail Kamus itu, bahawa kebanyakan kita memahami konsep qurban secara selapis
sahaja, iaitu menyembelih binatang qurban dengan niat qurban dan membahagikan
daging-daging menurut bahagian-bahagian yang diperuntukkan.
Menurut Ustaz Harryanto, aspek hikmah dan
falsafah dari segi qurban kurang dihayati. Menurut Ustaz Harryanto yang
berkali-kali menekankan, bahaya amalan qurban adalah simbolik yang mempunyai
perlapisan makna di sebalik makna lahir meyembelih binatang qurba semata-mata.
Beliau mengambil bukti dari ayat Al-Qur`an tentang qurban yang bermaksud:
``Daging dan darah binatang qurban itu atau
hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai
kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan taqwa dari kamu.`` (Al-Hajj : 37).
Menurutnya qurban sebagai sunnat muakkad
digalakkan bagi mereka yang mampu sekurang-kurangnya ada yang berkorban dari setiap keluarga
setiap tahun.
Tetapi simbolik dari qurba yang menumpahkan
darah dan diberi pahla ganjaran oleh Allah, kita kurang menghayati dari
simbolik qurban yang meminta umat Islam berqurban bagi menegakkan agama Islam,
jika dengan qurban meyembelih binatang seekor lembu dengan harga RM5,000/= .
Bayangkan jika korban dilakukan
melibatkan 500,000 binatang ternakan
seluruh negara Malaysia, bererti kita membelanjakan untuk berkorban adalah
sebanyak RM2,500,000,000 iaitu satu jumlah yang besar yang dibelanjakan oleh
umat Islam.
Tetapi di sana banyak tuntutan qurban sebagai
falsafah dari semangat qurban itu. Beliau meyebut banyak perkara yang
diperlukan oleh umat yang menuntut umat berkorban sebagai contoh:
Berapa banyak masjid dan surau yang kekurangan
dana dan tidak dapat menyiapkan bangunan, kerana ketiadaan wang.
Berapa banyak dari ma`had tahfiz dan
sekolah-sekolah agama yang daif yang mengharapkan dama dari masyarakat.
Berapa banyak dari kalangan anak-anak yang memerlukan bantuan
kewangan bagi melanjutkan pengajian.
Berapa ramai mereka yang terlantar sakit yang
memerlukan kewangan bagi mendapat rawatan.
Bahkan berbagai lagi kesusahan yang dihadapi
masyarakat yang memerlukan pengorbanan dari umat.
Menurut Ustaz Harryanto yang mendapat
pendidikan di Universit Yarmuk di Jordan itu, Umat Islam perlu menghayati falsafah qurban dan perlu
menterjemahkannya kepada yayasan atau
apa saja nama badan qurban yang dapat membela umat dan mengukuhkan agama Islam
sebagai agama yang dihormati dan mensejahterakan umat dunia dan akhirat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment