MENELITI TEKS KHUTBAH DI LIMA MASJID
TERPILIH
BBB, 27 Zul-Kaedah 1439H. = 09 Ogos 2018M.
(Khamis):
Sebagaimana telah disebut, bahawa Penulis
kertaskerja Prof. Dr. Yusof Hussein menumpukan kajian tentang komunikasi masjid
terhadap khutbah sebagai komunikasi
masjid yang utama. Khutbah-khutbah
adalah dari lima masjid terpilih, iaitu masjid-masjid:
1) Masjid Negara Malaysia
2) Masjid Asy-Syarif, Kelang
3) Masjid Nasional Al-Akbar, Surabaya, Indonesia
4) Masjid Umar Ali Saifuddin, Brunei
5) Masjid Darul Ghufran Singapura.
Pemilihan lima masjid ini dapatlah dikatakan
sebagai mewakili masjid-masjid di Nusantara.
Khutbah-khutbah yang dipilih adalah
khutbah-khutbah yang diterbitkan melalui laman web dari awal Januari 2018 hingga akhir Mac 2018.
Menurut Pembentang:
``Penelitian sepintas lalu ini dilakukan
dengan meneliti laman web masjid-masjid tersebut. Saya mengaku kaedah ini
tidaklah benar-benar saintifik. Tetapi untuk mendapat kefahaman awal, saya rasa
mencukupi.``
Menurut Pembentang. Ada perbezaan dari penyediaan teks khutbah
antara negara. Misalnya di Malaysia disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan
Islam, Malaysia (JAKIM) dan juga disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN),
manakala di Brunei disediakan oleh Kementyerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei
Darussalam. Di Singapura pula disediakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura
(MUIS). Manakala di Surabaya, khatib diberi kebebasan menyusun khutbah dan
kadangkala khatib tidak perlu menyediakan teks secara tertulis, tetapi
menyampaikan secara spontan mengenai topik dan isu releven semasa.
Penulis sebenarnya menyenaraikan topik-topik
khutbah yang disediakan oleh pihak yang berkuasa dari Januari 2018 hingga akhir
Mac 2018 menurut isu yang bersesuaian dengan peristiwa semasa yang isu-isu
berkenaan disampaikan menurut perspektif Islam. Pada dasarnya isu-isu yang
dibawa tidak begitu berbeza. Antaranya:
·
Awas ancaman
mulhidin (Klang)
·
Urgensi
pemurnian aqidah dalam pembangunan bangsa (Surabaya)
·
Menjaga
kebersihan (Brunei)
·
Tawakkal
(Singapura)
·
Pengisian
Ramadhan (Malaysia).
Tajuk-tajuk di atas adalah merupakan petikan
sewenang-wenang sahaja, tetapi kalau kita teliti bahawa tajuk-tajuk di atas adalah
bersesuaian bukan saja bagi satu negara, tetapi bagi semua negara yang dibicarakan.
Bahkan Penulis melihat hampir keseluruhan tajuk bagi satu negara, misalnya
Brunei, maka ianya adalah sesuai juga diaplikasi keseluruhannya bagi negara-negara yang lain. Dalam kata yang lain
tajuk-tajuk khutbah membicarakan antaranya
·
Pentingnya
kemantapan akqidah bagi umat Islam
·
Peristiwa-peristiwa
penting dalam Islam yang saeharusnya menjadi panduan
·
Kepentingan
ibadat
·
Galakan
membuat kebajikan
·
Mengukuhkan
perpaduan umat.
Pendek kata topik-topik pembicaraan di dalam
negera-negera yang dibicarakan bukan sesuatu yang asing bagi negara yang lain.
Ianya membicarakan berbagai-bagai topik dari perspektif Islam. Sedangkan
khutbah-khutbah khatib adalah dikawal oleh rukun-rukun khutbah.
Penulis membicatakan bahawa penyelarasan
khutbah oleh pihak berkuasa adalah bertujuan mengawal khutbah dari digunakan
bagi tujuan yangf tidak sepatutnya. Ianya juga mengawal dari berlaklunya
kesilapan, dapat mengawal masa dan dapat menyampaikan pengajaran di dalam
tempoh masa yang terhad. Penulis juga membicarakan ada baiknya diberi kebebasan
bagi khatib menyusun khutbah, kerana dapat diisi dengan peristiwa atau hal-hal
setempat, walau bagaimana tidak semua khatib dapat menyusun khutbah dengan baik
dan dengan menyusun sendiri tanpa diteliti oleh pihak lain boleh berlaku
kesilapan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment