SALURAN KOMUNIKAI MASJID – IBADAT SOLAT
BBB, 21 Zulkaedah 1439H. = 03 Ogos 2019M.
(Juma`at):
Masjid sebagai sebuah institusi umat yang penting dan dikunjungi mereka saban masa,
sama ada bagi menunaikan solat-solat secara jama`ah atau bagi urusan-urusan yang lain. Dengan kunjungan
mereka dan penyediaan masjid dengan berbagai-bagai kegiatan yang disediakan
oleh masjid, berlaku interaksi yang merupakan berbagai saluran komunikasi
kemasjidan.
Saluran komunikasi ini dapat dilihat dengan
membahagikannya kepada dua, iaitu:
1) Komunikasi formal
2) Komunikasi tidak formal
Maksud komunikasi formal, ialah komunikasi
dalam mana wujudnya kegiatan yang diadakan
menurut kefardhuan dan ketentuan yang disediakan.
a) Komunikasi beribadat - Solat
Kefardhuan ialah kegiatan yang ditentukan. Misalnya ada
masa dan kaedah tertentu. Untuk bersama mengikutinya bukan sebarang komunikasi
biasa, tetapi seharusnya dipelajari dan ada kaedah-kaedah tertentu. Sebagai contohnya ialah `solat`. Solat ialah amalan kerohanian yang berhubung
dengan Allah. Bagi menghadiri solat ada interaksi antara jama`ah sebelum dan
sesudahnya, Ada adab dan aturan komunikasi berlaku di anatara jama`ah bersama
mereka, sebelum dan sesuah berinteraksi.
Untuk bersolat seorang itu mempelajari secara
formal agak lama dan mengamalkan solat fardhu secara berterusan. Ada aturan sebelum
meghadiri solat di masjid. Sebelum ke
solat perlu membersih diri – mandi dan berpakaian sopan sesuai untuk bersolat
sama ada berjubah, berpakaian kain pelikat berbaju Melayu dan berkupiah putih. Jika
solat antara masa bekerja ialah dengan pakaian kerja dan pastikan
kebersihan diri. Pertemuan antara masa kerja adalah ringkas. Misalnya memberi
salam oleh yang datang kepada jama`ah
dan mungkin berjabat salam antara mereka dan bertanya hal. Sebarang
maklumat yang hendak disampaikan adalah disampaikan secara ringkas dan
percakapan ringkas jangan sampai mengganggu ketenteraman jama`ah. Masuk ke
ruang jama`ah, meskipun ramai, masingf-masing menahan diri dari berkata, cuma berlaku
bersalam antara jama`ah. Jika ada perkara yang perlu dicakap dan mau disampaikan
atau diminya maklumat, maka dicakap secara perlahanm. Sebelum bersolat jama`ah,
kebiasaan bagi yang datang mengambil
ruang di dalam saf dan bersolat sunat terlebih dahulu sebelum solat fardhu
dimulakan. Selain dari solat sunat, jika sudah mendirikan solat sunat dan jika ada
masa, kerana datang lebih awalmasing-masing
berzikir, bertasbih atau mengambil Qur`an dan membacanya dengan perlahan dan tidak mengganggu jama`ah. Jama`ah yang
duduk dalam saf bangun berdiri apabila muazzin iqamah dan sesi solat berlaku
antara imam dengan ahli jama`ah.
Selepas solat, misalnya subuh imam berwirid
bersama para ma`mun dan berdo`a dengan
diaminkan oleh para ma`mum dan selepas itu ada komunikasi secara sederhana
ringkas, iaitu penyampaian tazkirah ringkas, biasanya berdasarkan petikan
Hadith. Selepas itu berakhir pertemuan dengan salam. Selepas itu komunikasi antara jama`ah
boleh secara panjang dengan berita atau topik-topik tertentu, biasanya dalam
masa bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Mungkin ada kumpulan tertentu masih kekal
bertadarrus sama kumpulan.
Dengan bersolat berjama`ah hubungan dan
interaksi berjama`ah dan komunikasi berterusan berlaku yang mengiratkan
hubungan antara jama`ah. Keadaan yang sama, iaitu pertemuanm ringkas seperti
sebelum dan selepas solat zohor dan asar.
Penggunaan masa yang lebih panjang dan berlaku
interaksi dan komuikasi lebih lama ialah
selepas solat madhrib sebelum diisi dengan pengajaran. Ada mereka yang
memilih untuk pulang ke rumah dahulu dan datang kembali bersolat isya`. Selepas
solat Isya` masing-masing berpeluang bercakap panjang sebelum pulang atau
bercalap dalam masa bergerak ke kenderaan untuk pulang, berbagai perkara
dicakapkan sebelum pulang.
Komunikasi masjid lebih panjang, misalnya pada
malam-malam Ramadhan dari berbuka beramai-ramai, bermoreh selepas solat
tarawih, bahkan disediakan makan malam bagi yang mengikuti qiyam al-Lail dan
tadarus pada pagi Ramadhan. Komunikasi juga berlaku pada malam Juma`at bila
diadakan bacaan Yasin, tahlil arwah dan
do`a. Interaksi dan komunikasi lebih panjang, terbuka dan santai berlaku semasa
minum dan makan juadah dan buah-buah yang bagi setengah masjid menyediakan masa
untuk minum dan makan sambil berbual-bual sesama jama`ah. Berbagai maklumat dan
berita dipercakapkan. Kemesraan dan kegembiraan terbayang pada wajah jamaah .
Suasana mengeratkan hubungan antara mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment