August 7, 2018

SEMINAR SEBAGAI SALURAN KOMUNIKASI MASJID


SEMINAR SEBAGAI SALURAN KOMUNIKASI MASJID
BBB, 24 Zulkaedah 1439H. = 06 Ogos 2018M. (Isnin):
Antara saluran komunikasi yang berlaku di masjid ialah melalui seminar. Tidak semua masjid mengadakan seminar. Ia merupakan satu kegiatan ilmiah yang melibatkan ramai peserta. Seminar adalah kaedah pengajian yang diadakan di universiti mengenai satu-satu topik yang dianggap penting yang biasanya dianjurkan oleh fakulti atau jabatan yang berhubung dengan topik yang dibincangkan. Misalnya jika dibicarakan berkenaan ekonomi Islam, maka  fakulti atau jabatan yang berhubung dengan ekonomi Islam yang menganjurkannya. Di dalam seminar mungkin tentang satu kertaskerja dibentangkan oleh seorang pembentang yang pakar di dalam bidang yang dianjurkan, mungkin seminar membincangkan beberapa kertaskerja yang dibentangkan oleh pembentang-pembentang yang pakar di dalam bidang yang dibicarakan, Jika kertas banyak seminar mungkin memakan masa sehari atau lebih dari sehari. Peserta adalah dari kalangan mahasiswa/wi dan juga dari peserta luar yang dijemput atau memang terbuka oleh sesiapa yang mau menyertaninya. Peserta-peserta biasanya dikenakan bayaran. Bagi mahasiswa/wi dikenakan bayaran lebih murah.
Jika tema seminar dianjurkan  misalnya berkenaan halal dan haram, maka ianya mungkin dianjur oleh pihak fakulti dan jabatan Syari`ah dengan kerjasama mungkin dengan pihak JAKIM dan institusi tertentu dan penyertaan terbuka kepada umum dengan dikenakan bayaran atau percuma. Demikianlah dengan tema-tema yang lain.
Dengan seminar dianggap bersifat ilmiah dan akan berlaku interaksi dan komunikasi yang banyak di kalangan peserta.  Dianggap ilmiah, kerana sesebuah kertaskerja yang mau dibentangkan oleh pembentang, dia mestilah membuat penyelidikan bagi kertaskerjanya, tanpa penyelidikan dan pendapat-pendapat khusus yang disampaikan tidak dianggap ilmiah. Tidak jarang pula sebuah kertaskerja atau setiap kertaskerja  yang dibentang akan dibahas oleh seorang atau lebih. Dengan adanya pembentangan dan pembahas, maka seseorang pembentang akan menyediakan kertaskerjanya sebaik mungkin. Pembahas juga harus membuat penyelidikan  bagi menyampaikan bahasan. Para peserta juga diberi peluang membuat pertanyaan, kritikan dan cadangan bagi kertaskerja yang dibentang. Melalui seminar dapat dipertingkatkan sesebuah wacana ilmu kepada taraf yang lebih tinggi atau disifatkan sebagai bersifat akademik.
Dari segi pengajian di Masjid Al-Umm ada berbagai-bagai level pengajian.
Ada pengajian yang bersifat terbuka mengenai keilmuan fardhu yang disampaikan oleh guru-guru khusus pada waktu antara maghrib – Isya`
Ada pengajian yang bersifat talaqqi dalam mana guru menurunkan pengajian atau bimbingan terhadap sejumlah pengaji-pengaji seperti pengajian talaqqi berkenaan Al-Qur`an oleh guru yang pakar di dalam bidang Al-Qur`an.
Ada yang bersifat kelas bagi pengajian-pengajian tertentu seperti bahasa `Arab dan pengajian-pengajian keilmuan fardhu yang lain.
Untuk pengajian yang diaggap bertaraf tinggi Masjid Al-Umm sejak digunakan telah menganjurkan seminar bulanan berhubung dengan berbagai bidang keilmuan. Setakat ini Seminar Bulanan Masjid Al-Umm menganjrkan seminar Bulanan yang mengambil tema yang berhubung dengan masjid. Setakat ini sudah lima kertaskerja yang berhubung dengan masjud telah dibentangkan (Satu kertaskerja bagi setiap bulan).
 Untuk setiap bulan pihak pengurusan seminar menghubungi tokoh-tokoh pembentang berwibawa untuk membentang kertaskerja beberapa bulan sebelum pembentangan. Ini memberi masa bagi pembentang membuat penyelidikan dan persediaan. Pengulsas  juga dijemput untuk membuat  ulasan. Seminar diiklankan secara terbuka untuk disertai. Seminar diadakan secara poercuma, bahkan makan dan minum ringan disediakan.
Tujuan diadakan seminar bersiri (bulanan) untuk membincangkan berbagai topik mengeai masjid, misalnya konsep pembangunan dan pengimarahan masjid, pendidikan masjid bagi meningkatkan kualiti jama`ah, Anekmen masjid panduan pentadbiran dan pengimarahan,  gejala sosial masyarakat dan peranan masjid, menarik golongan remaja ke masjid – pendekatan dan berbagai-bagai topik yang disediakan. Seminar yang dianjurkan oleh masjid Al-Umm bukan setakat pembentangan semata-mata, tetapi bila selesai siri seminar berkenaan, maka kertas-kertaskerja akan dihimpun dan diterbitkan. Dengan ini apa yang dibincangkan dapat diterbitkan dan menjadi bahan bacaan dan panduan bagi masyarakat. Demikian dengan siri seminar yang lain  yang bakal dijalankan seperti mengenai Ekonomi Islam, akhlak dan syakhsiah remaja, Rumahtangga Keluarga Islam, Falsafah ibadat Dalam Mencirikan Kualiti Ummah, Kesihatan mental dan Rohaniu dan berbagai-bagai topik yang lain yang dapat menjanakan keilmuan jamaah dan ummah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment