LAGI KOMUNIKASI MASJID: TADHKIRAH DAN
CERAMAH
BBB, 23 Zulkaedah 1439H. = 05 Ogos 2018M.
Ahad):
Terdapat beberapa lagi komunikasi masjid yang
biasa di kalangan ahli jama`ah masjid.
Antaranya ialah tadhkirah. Istilah tadhkirah istilah ini kedapatan di dalam Al-Qur`an
(`Abas: 11). Dari segi lughah ialah bermakna
`peringatan`. Dari segi istilah ialah ungkapan atau bacaan yang
disampaikan, biasanya oleh yang dianggap berwibawa atau berkedudukan di dalam
jama`ah atau sesutu kelompok. Misalnya imam di dalam jama`ah atau pimpinan atau
ketua di dalam sesuatu kelompok yang dihormati.
`Tadhkirah` biasanya mengambil tema yang
berhubung dengan agama, pengajian atau irshad. Biasanya diambil misalnya satu
ayat daripada ayat Al-Qur`an yang dibaca
dan dihuraikan secara teratur dan mengesankan. Misalnya kepentingan `ikhlas`
dari segi amalan. Kebiasaan juga dibaca satu Hadith daripada Hadith Nabi.
Misalnya mengenai `persaudaraan. Tidak jarang bagi membicarakan tentang sesuatu
topik, misalnya galakan tentang menderma
secara ikhlas dipetik ayat Al-Qur`1an dan Hadith Nabi beserta dengan huraian.
Tadhkirah biasanya disampai secara sederhana
ringkas oleh penyampainya, biasanya seperti oleh Imam selepas solat subuh
sebelum jama`ah bubar. Tadhkirah adalah sebagai peringatan dan pesanan kepada
jama`ah tentang berbagai isu di dalam kehidupan. Ianya sebagai panduan harian
yang diberi oleh imam atau pimpinanm sebagai bekalan harian bagi menghadapi
hidup seharian. Dengan tadhkirah dapat memandu
jalan benar bagi seseorang. Ianya juga sebagai saluran ilmu yang diterima
seseorang secara ringkas dan padat. Tadhkirah juga dilakukan oleh pimpinan
sesuatu organisasi keagamaan dan pimpinan seperti kalangan Tabligh. Kumpulan
berkenaan ada kelompok yang mempunyai pimpinan tempatan dan ada pengikut-pengikutnya.
Tumpuan utama mereka adalah berdakwah. Merekja mempunyai kitab rujukan yang
disusun oleh piminan tertinggi yang dijadikan bahan bacaan dan juga digunakan
di dalam tadhkirah. Contoh juga seperti ABIM, mereka membaca tulisan yang
dihasilkan oleh seperti Hasan al-Banna dan sebagainya.
Tadhkirah secara umumnya adalah satu aspek
pendidikan yang disampaikan secara ringkat dan padat yang biasanya bertemakan
keagamaan sebagai ingatan dan panduan. Setengahnya mempunyai wirid dan
ma`thurat yang dijadikan amalan harian. Surah `Al-`Asr` menjadi inspirasi dan
panduan yang menekankan tentang tadhkirah. Walai bagaimana tadhkirah ini
biasanya bersifat satu hala iaitu dari guru, imam, atau pemimpin yang
menyampaikan tadhkirah. Soal jawab jarang diadakan, Jika ada pun boleh dibuat
perbincangan bagi memahami apa yang disampaikan oleh imam, guru dan pimpinan
berkenaan.
Ciri yang lebih luas dari tadhkirah ialah
ceramah. Istilah ceramah bermaksud percakapan yang dilakukan oleh seorang tokoh
berwibawa kepada khalayak tentang sesuatu topik. Istilah ini begitu luas
penggunaannya. Ia mungkin digunakan oleh orang politik bagi menyampaikan
ceramah poltiknya atau bagi menyampaikan tentang sesuatu maklumat oleh
pihak-pihak tertentu kepada orang ramai seperti tentang bahaya denggi dan
disampaiakn oleh pegawai kesihatan.
Di dalam konteks masjid, ceramah adalah berhubung dengan
topik-topik keagamaan yang sesuai dengan masjid. Topik-topik yang luar dari
keagamaan biasanya tidak dilakukan di masjid, bahkan dilarang sama sekali apa laghi jika yang bercakap tidak
mempunyai tauliah umpamanya.
Jadi salah satu komunikasi di masjid, ialah
dengan menggunakan kaedah ceramah. Orang yang berceramah ini adalah mereka yang
berwibawa dan terkenal sebagai penceramah agama dan diminati, jika tidak tidak
ramai yang datang. Ceramah di masjid biasanya berhubung dengan aspek-aspek
keagamaan yang disampaikan bukan dengan cara mengajar keilmuan. Isu-isu ceramah
misalnya berhubung maulid al-Rasul, sambutan Isra` dan Mi`raj, Nuzul Al-Qur`an
dan sebagainya. Sungguhpun topik yang disampaikan adalah soal biasa dan
diketahui, tetapi biasanya kerana kebijakan pencermah, maka persoalan dapat
disampaikan secara menarik dan memberi
kepuasan kepada pedengar. Dalam ceramah boleh berlaku komunikasi dua hala,
iaitu dengan adanya sesi soal jawab dan sebagainya.Walau bagaimana jika ceramah
secara umum mengenai sesuatu topik oleh orang yang sama tidaklah wajar
digalakkan, kerana akan berlaku perulangan dan akhirnya hilang daya tarikan. Penceramah yang dijemput biasanya
bersifat sekali sekala dengan topik berlainan. Sebaiknya penceramah bertukar
dari masa ke semasa. Ceramah sepatutnya tidak diadakan secara kerap. Ia
menghilangkan significannya. Ceramah bukan cara menyampaikan ilmu. Jika
bertujuan untuk menyampaikan ilmu, maka lebih baik dipilih cara pengajaran dan
pengajian dengan guru tertentu yang
mahir di dalam keilmuan-keilmuan dan sebaiknya dengan menggunakan kitab, spaya
ianya dapat diikuti secara teratur.
Sekian.
No comments:
Post a Comment