EIDUL ADHHA DI MASJID AL-UMM
BBB, 10 Zulhijjah 1439H. = 22 Ogos 2018M.
(Rabu):
Sebagaimana disebutkan sejak Masjid Al-Umm
diimarahkan (16.12.2017), maka sambutan Eidul Adhha ini adalah peristiwa ketiga
penting di Masjid Al-Umm, iaitu selepas sambutan Maulid al-Rasul 1439/2019 dan
sambutan Ramadhan dan pengisian dan sambutan Eidul Fitri.
Sebagaimana persediaan telah dibuat dan
pengalaman menyambut Eidul-Fitri, maka sambutan Eidul-Adhha tidaklah berbeza
sangat. Agenda mesyuarat tentangnya tidaklah banyak dibicarakan berbanding
dengan persediaan bagi mengadakan ibadat qurban. Cuma pada pagi Isnin 20 Ogos
2018 Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm meminta
saudara Adham bin Anuar Setiausaha Kerja Jawatankuasa Masjid agar membuat `print
out` teks khutbah Eidul Adhha JAIS bagi
tahun ini untuk diserah kepada khatib yang akan membacanya pada solat Eidul
Adhha.
Pada petang 9 Zulhijjah semalam ruang solat
disusun kembali bagi memuat jama`ah yang
akan bertambah, iaitu dengan menganjak ruang solat rapat kepada mihrab, yang
selama ini di belakangkan sedikit. Manakala pada bahagian belakang, lengkongan
bagi kawasan muslimat diperluaskan memenuhi bahagian belakang ruang utama
masjid, di samping ruang khas muslimat pada aras satu, lantaran pada solat
Eidul Fitri yang lepas ruang bawah dan atas dipenuhi jama`ah muslimat.
Pada malam 9 Zulkaedah (Selasa malam Rabu),
selepas solat Maghrib dan takbir para
jama`ah diulangi makluman, selain dari maklumat ada pada skrin letronik maklumat masjid, bahawa solat Eidul Adhha akan
diadakan mulai jam 8.30 pagi. Pada malam
raya ini, jadual kuliah pada petang tersebut ditangguhkan dan masa
dari selepas solat Maghrib hingga `Isya` diisi dengan takbir dari jama`ah.
Pagi solat Eidul Adhha kehadiran para jama`ah
sebagaimana pada solat Eidul Fitri adalah memenuhi ruang masjid dari ruang
utama, kedua-dua belah serambi dan aras satu bagi muslimat. Jumlah kehadiran
adalah dalam lingkungan 2,500 jama`ah. Jumlah penduduk yang pulang ke kampung
berkurang berbanding dengan raya Eidul Fitri. Bagi merakam peristiwa terawal
dan bersejarah bagi Masjid Al-Umm, sebagaimana sambutan Eidul Fitri, maka
demikian juga pada kali ini saudara Tuan Haji
Azizi Adnan, Juru Foto rasmi Masjid Al-Umm dijemput bagi merakam
peristiwa bersejarah bagi Masjid Al-Umm berkenaan.
Sementara tiba waktu solat, jama`ah bertakbir
menurut bimbingan mereka yang mengepalai takbir. Sepuluh minit sebelum waktu
solat Eidul Fitri, Peulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid
Al-Umm berucap ringkas, iaitubertakbir
dan bersyukur kepada Allah,
kerana sekali lagi para jama`ah dapat
mengimarahkan Masjid Al-Umm dengan bersolat Eidul Fitri. Di atas
sokongan para jama`ah yang selama ini telah menderma, maka Masjid Al-Umm pada
hakikatnya sudah siap sepenuhnya. Selama lapan bulan digunakan, tidak ada
masalah yang dihadapi – semuanya berjalan dengan licin. Walau bagaimana kata
Penulis, usaha kita untuk mendirikan solat Juma`at hingga kini masih belum
dapat dilakukan. Untuk mendirikan solat Juma`at Masjid hendaklah didaftar terlebih dahulu kepada JAIS, tetapi untuk mendaftar
dikehendaki ,mendapat kelulusan CCC terlebih dahulu. Masalahnya kita masih
berhutang dengan kontrektor sejumalh RM2 juta. Sejak kita gunakan masjid, kita
telah melunaskan hutang sebanyak RM0.5 juta. Kini pihak kontrektor dan
Jawatankuasa semacam dalam keadaan `tarik tali`, bahawa mereka tidak akan
mengeluarkan certificate kelulusan, selagi hutang yang dituntut tidak dijelas.
Dalam ucapan Penulis memaklumkan, di
samping usaha-usaha bagi mendapat sumber kewangan bagi melunaskan hutang,
Penulis bagi pihak Jawatankuasa menyeru kepada dermawan sama menghayati
semangat qurban, antaranya dengan menderma kepada Masjid Al-Umm yang merupakan
sebagai saham akhirat. Penulis bagi pihak Jawatankuasa Pembinaan dan
Pengimarahan Masjid Al-Umm memohon ma`af, jika ada kesalahan yang berlaku
selama ini dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan derma
yang diberi oleh para jama`ah selama ini.
Imam yang memimpin solat Eidul Adhha ialah Imam Rahmat dan khutbah disampaikan oleh Imam
Ghazie, yang antaranya para jama`ah diingatkan dengan peristiwa antara Nabi
Inrahim dan anaknya Ismail yang
mempunyai jiwa qurban yang tinggi, maka demikianlah umat Islam diminta
berkorban harta dan jiwa raga bagi menegakkan agama Islam.
Dengan jama`ah yang ramai, memberi peluang
kepada masjid mendapat derma dengan kadar yang lebih banyak. Hari ini para
jama`ah menyampaikan derma melalui tabung-tabung derma masjid lebih dari
RM3,000/=. Sekiranya solat Jumaat dapat diadakan kutipan mingguan adalah dalam
jumlah sedemikian. Operasi Masjid Al-Umm selama ini adalah bergantung pada
derma harian yang diberi oleh para
jama`h. Terima kasih kerana menghulur derma secara berterusan. Terima kasih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment