KONSEP TAKMILAH ILMU DAN
AMAL
BBB, 14 Zul-Hijjah 1439H. = 26 Ogos 2018M.
(Ahad):
Di dalam tulisan-tulisan yang lepas kita telah
membicarakan tentang Takmilah dari segi plan Masjid Al-Umm, kita juga telah
membicarakan Takmilah dari segi Pembinaan Fizikal dan kita juga telah
membicarakan tentang Takmilah dari segi architechture, bahkan dari segi
estetika. Kalau kita lihat Takmilah yang dibicarakan di atas semuanya adalah
tertuju kepada fizikal Masjid Al-Umm. Sesungguhnya pembinaan fizikal Masjid
Al-Umm yang memakan masa lima tahun itu telah tiba kepada peringkat Takmilah dalam
ketidak Takmilah. Bermaksud dari satu segi dilihat kepada binaan Masjid Al-Umm
telah mencapai peringkat lengkap dalam tidak lengkap. Lengkap dilihat dari segi
keseluruhan yang dipandang ` `Lengkap dan Indah`, bahkan mengkagumkan. Demikian
pandangan mereka yang berkunjung dan melihat kepada bangunan Masjid Al-Umm.
Tetapi pada hakikatnya ada yang tidak sempurna. Misalnya plan yang mengabaikan
keselamatan dan sifat terbuka dengan berbagai ruang yang dapat dimasuki oleh
penceroboh dan binatang seperti kucing, anjing dan sebagainya. Kubah yang
sepatutnya menjadi daya tarikan utama Masjid Al-Umm tidak pernah sempurna dan
lampunya yang sepatutnya bergemerlapan pada waktu malam, tidak pernah sempurna
menyala, hanya sebahagian kecil yang berfungsi menyala dan amat menyakitkan
hati. Terowong yang dibina sebagai tambahan pada ruang masuk di pintu gerbang utama,
merosakkan pandangan. Kerana ia tambahan yang tidak harmoni dengan seni bina asal
dan nampak jelas bersifat sementara. Tujuan asalnya, kononnya untuk mengel;ak
dari tempias, sebenarnya tidak sempurna dari segi maksud, kerana ianya bocor
dan turut basah bahagian hadapan apabila hujan. Sebenarnya tidak perlu takut
pada tempias dan basah, kerana pada bahagian lantai sudah direndahkan pada
bahagian yang boleh tempias yang membolehkan air mengalir dan membersihkan
ruang masuk. Keadaan yang sama berlaku pada skylight yan sebenarnya pada
asalnya dikosongkan pada bahagian atas sebagai ruang terbuka bagi kemasukan
cahaya, udara dan juga untuk air hujan turun pada bahagian berkenaan yang tidak
memasalahkan dan memang disegajakan. Tiba ada pendapat yang mengatakan ianya
mengundang tempias, yang sebenarnya memberi kesejukan, lantas ditambah penutup
bagi kawasan yang luas dan penutup dan dekorasinya tidak memberi kebaikan. Dia
menutup ruang cahaya, udara dan hujan. Penutup berkenaan pernah jatuh ke bawah,
mujur tiada manusia pada masa jatuh. Kiranya ada boleh mencederakan. Penutupan
yang telah dibuat tak mantap, walaupun ditambah dengan screw dan ikatan,
bahagian tambahan yang tidak asli ini tidak kukuh dan boleh berlaku `jatuh` dan
sebagainya. Demikianlah banyak lagi kekurangan jika hendak diperkatakan. Ianya
ibarat sebuah taman yang dilihat dalam keseluruhan adalah indah, tetapi di sana
ada lopak dan longkang, pohon mati dan sebagainya yang merosakkan keindahan,
tetapi melihat pada keseluruhan adalah indah, yang tidak indah tenggelam dalam
keindahan. Maka demikianlah Masjid
Al-Umm dilihat secara menyeluruh adalah
sempurna dan indah, tetapi jika diteliti kepada kekurangan-kekurangan dan
kelemahan , antaranya sebagaimana diperkatakan adalah sempurna dan indah, walaupun
ada bahagian-bahagian yang tidak indah, ianya tenggelam dalam kesempurnaan dan
indah.
Sesungguhnya pembinaan fizikal adalah fasa
dari berbagai-bagai fasa yang perlu dihadapi dalam membangunkan sebuah masjid.
Fasa yang lebih penting yang bersifat
berterusan dan berlamaan ialah fasa pengimarahan. Fasa ini juga telah dibicarakan
sebagai Takmilah bagi pembangunan Masjid Al-Umm dari segi fizikal dan dari segi
pengimarahan. Sebagaimana pembinaan fizikal bersifat Takmilah dalam ketidak
Takmilah, demikianlah dari segi pengimarahan kerana banyak perkara yang patut dibicarakan,
tetapi tidak dibicarakan, kerana dianggap tidak penting atau kerana kelemahan
dan kejahilan pembicara sendiri, jadi ianya bersifat Takmilah dalam ketidak
Takmilah.
Jika
Pembicaraan terhadap bangunan, maka ianya lebih kepada yang bersifat
benda yang dapat dilihat dengan mata kepala, dan pengimarahan ialah rangka
kegiatan yang antaranya bersifat objektif dan bersifat subjektif dan semuanya
masih bersifat rangka pendekatan,
kaedah-kaedah bagi pengisian yang amat bergantung pada inisiatif perlaksanaan
dan ianya mungkin berjaya, separuh berjaya dan mungkin tidak berjaya.
Persoalan yang hendak dibicarakan tentang
`Takmilah Ilmu Dan Amal` ialah fokus pada manusia yang menggunakan Masjid
Al-Umm dan menerima kaedah pengimarahan yang mungkin berjaya dan gagal itu.
Takmilah Ilmu dan Amal, ialah melihat kesan
pada manusia yang melalui acuan masjid dan
elemen pengimahan dapat atau tidak memberi kesan pada diri, shakhsiah,
fizikal, rohan, pembawaan dan kesan pada kelilingan. Semuanya ini adalah
cabaran yang sukar dilaksanakan jika mau dilihat impak maksimum yang harus
terhasil dari masjid, tetapi ianya boleh diambil ringan, jika masjid sekadar tempat
datang bersolat dan beribadat bagi golongan tua yang sedang menunggu maut dan
mengharapkan kebaikan dengan datang ke masjid ada kebaikan berbanding dengan
menghabiskan masa di luar masjid.
Masjid seharusnya menawarkan peningkatan ilmu
kepada jamaah, bahkam masyarakat, dengan Takmilah ilmu mentakmilahkan amalan
dan meningkatkan jama`ah dan masyarakat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment