KETUA BAGI PIMPINAN MASJID
BBB, 17 Zulhijjah 1439H. = 29 Ogos 2018M. (Rabu):
Di
dalam sebuah kumpulan, masyarakat, sebuah organisasi, institusi dan
kelompok perlu ada ketua yang dapat memimpin dan menjadi jurucakap bagi
kumpulan berkenaan. Tanpa ada ketua
kumpulan berkenaan tiada kesatuan, tiada arah dan pendapat yang dapat
dijadikan panduan. Ketua di sini ialah orang yang memimpin atau yang dapat mewakili kumpulan. Ketua
ada berbagai-bagai mengikut kumpulan atau institusi yang dipimpin. Ianya
mungkin dikenali sebagai ketua kampung atau penghulu bagi kelompok masyarakat
bagi sesuatu kawasan. Ia mungkin adun
dan ahli dewan rakyat sebagai pemimpin bagi politik dan mungkin nazir misalnya bagi sesebuah masjid dan pengerusi
bagi sebuah surau dan sebagainya.
Di dalam konteks pembicaraan kita ialah
kepimpinan bagi sebuah masjid yang dikenali dengan `Nazir`. Dalam maksud sekarang
nazir, ialah orang yang ada keupayaan memimpin dan memberi perhatian tentang
perjalanan pentadbiran sesebuah masjid yang di bawahnya dibenar melantik
jawatankuasa sejumlah 20 orang dan
dibenarkan juga melantik biro-biro sehingga sepuluh biro atau lebih jika
diperlukan. Jawatan nazir dan jawatankuasanya dilantik oleh ahli kariah dari berbagai surau di bawah zon bagi sesebuah masjid itu.
Apakah kriteria yang diperlukan bagi jawatan
sebagai nazir ?
Ia boleh dikatakan biasa dan boleh dikatakan
mencabar.
Jika perlantikan nazir dan jawatankuasa
sebagai satu yang biasa. Bermaksud kerana memenuhi enakmen yang diperlukan
sebagaimana dikehendaki oleh peraturan yang disediakan oleh JAIS sebagai
peraturan di bawah undang-undang Kerajaan Negeri, maka ianya dapat dijalankan
sebagai biasa seperti menyelia
perjalanan dan kegiatan masjid sebagaimana biasa seperti:
·
Memastikan masjid
ada imam dan pegawai-pegawai masjid yang dilantik yang mereka ada elaun dengan
jumlah tertentu.
·
Memastikan imam memimpin dan mendirikan solat Juma`at
dan solat lima waktu.
·
Bersama
menghidupkan majlis ilmu yang diatur oleh pihak nazir dan jawatankuasa.
·
Nazir dan
jawatankuasa mengatur dan menjayakan
sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan Hariraya Eidul-Fitri dan
Hari Raya Eidul-Adhha, mengadakan sambutran Maulid al-Rasul, Isra` Mi`raj dan
mengihya` Ramadhan dan berbagai kegiatan kemasyarakatan,
·
Mengurus soal
kematian ahli kariah dan segala perkara
yang berhubung dengan kematian.
·
Mengambil
perhatian terhadap keadaan ahli kariah dari segi keagamaan dan kebajikan bagi
mereka yang susah bersama penghulu atau ketua kampung.
·
Mengadakan
berbagai kegiatan kemasyarakatan seperti hari terbuka masjid, sukan bagi
golongan muda dan lawatan.
·
Menunaikan
kehendak masyarakat dari segi keagamaan seperti menghadiri, majlis kahwin, tahlil, kenduri, aqiqah dan
sebagainya.
·
Menjadi
penghubung antara pihak ahli kariah dengan piha kerajaan dan atasan.
·
Berbagai
fungsi lagi yang releven.
Itu adalah rutin biasa yang dialami oleh nazir,
kakitangan dan pegawai-pegawai masjid. Jika perkara-perkara di atas dapat
dijalankan dengan baik, maka pentadbiran dan perjalanan sesebuah masjid itu
boleh dikategorikan sebagai cemerlang
atau biasa.
Rutin pentadbiran dan perjalanan masjid
seperti di atas adalah dianggap seperti biasa. Adalah menjadi pendapat dan
pegangan umum, bahawa kerja untuk masjid adalah kerja dan tugas biasa dan
danggap sebagai kerja kebajikan dan tidak ada paksaan, sesiapa boleh berkhidmat
dengan masjid, walaupun dia bukan dilantik sebagai ahli jawatankuasa atau
pegawai masjid. Dalam hal ini baik nazir dan jawatankuasa tidak perlu
berlebih-lebihan dan tidak perlu adakan paksaan. Masjid hak bersama dan
sama-sama menjaganya. Jawatankuasa yang dilantik kerana memenuhi tuntutan
peraturan pihak atasan.
Dalam keadaan biasa dan perjalanan biasa
masjid adalah pusat kerjamasa dan membuat kebajikan dan sama-sama
mengihya`kannya dan memang masjid dalam suasana tradisi dan tidak membedakan
antara ahli jawatankuasa dan jamaah biasa, kecuali mereka dikehendaki dilantik,
maka mereka dihormati dengan kedudukan dan sama dalam pergaulan. Maka masjid
secara tradisi berterusan harmoni dan bagi mereka tidak perlu kepada perubahan
yang akan menggugat kehormonian yang dinikmati selama ini.
Tetapi apakah masjid tidak perlu kepada dinamika
perubahan ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment