PEMBANGUNAN INSAN PERLU PLAN PERANCANGAN
TELITI DAN MELENGKAPI
BBB, 16 Zulhijjah 1439H. = 28 Ogos 2018M.
(Selasa):
Konsep Ilmu dan Amal tidak lain dari berfokus
kepada `Pembinaan Insan` melalui masjid. Jika pembangunan masjid, pada
peringkat awalnya ialah memerlukan kepada pembinaan bangunan fizikal dan
diikuti dengan pengimarahan, maka bagi pembangunan fizikal pada peringkat
awalnya perlu kepada plan fizikal yang sempurna bagi merealisasikan bangunan
yang dikehendaki. Sebagai contoh bagi pembangunan fizikal Masjid Al-Umm,
perkara utama dan terawal ialah menyediakan plan bagi pembangunan fizikal
Masjid Al-Umm. Bagi penyediaan plan fizikal Masjid Al-Umm ini memerlukan masa
antara awal 2012-Disember 2013 (termasuk masa pembaikan dan hingga kelulusan).
Dan lebih pentingnya manusia yang menghasilkan plan berkenaan (arkitek).
Plan ialah gambaran rangka binaan yang
lengkap. Ianya dilakar oleh arkitek yang pada awalnya dari imagenasi dan
contoh-contoh awal dari berbagai model yang pernah dilihat atau memang ada yang
dicontohi tetapi bukan mnenirunya, contoh yang ada melahirkan plan yang
dikehendaki. Bagi seorang pencipta, pereka atau penggubah yang kreatif memerlukan
keaslian kreasi dan kreativiti. Adalah pantang bagi seorang ahli seni dan
penggubah sesuatu yang kreatif meniru sesuatu bagi ciptaan secara bulat-bulat.
Dia perlu mencari keaslian, tetapi sebagaimana pernah dibincangkan dia tidak
lari dari konvensi sesuatu jenis rekacipta. Maksudnya kalau yang mau dihasilkan
sebuah masjid, maka ianya tidak boleh lari dari konvensi sebuah masjid, kalau
ianya menyimpang jauh, maka ianya mungkin tidak lagi plan sebuah masjid. Pendek
kata plan bagi masjid ada dasar binaan sebagai konvensi sebuah masjid dan ada
padanya kreasi dan kreativiti arkitektur
sebuah masjid, tetapi ada padanya kreativiti
arkitek. Sebagai contoh Masjid Al-Umm dikenali sebagai sebuah masjid,
kerana ianya tidak lari dan konvensi masjid yang ada padanya ciri –citi masjid
dari tempat-tempat yang lain, tetapi Masjid Al-Umm sebagai sebuah masjid yang
tersendiri di Bandar Baru Bangi, tidak ada sebuah yang persis sama dengannya.
Maka Masjid Al-Umm adalah hasil kreativiti arkitek sehingga masjid yang dihasilkan adalah asli
dan menurut kreativiti arkiteknya.
Demikian perbandingan dengan pembinaan insan
`Ilmu dan amal seimbang secara berkualiti tinggi adalah memerlukan perancangan
secara teliti dan tentunya dari mereka yang berkebolehan tinggi dan berkeilmuan
di dalam bidang pengimarahan. Sesugguhnya jika mau dilaksanakan keperluan biasa
sebagaimana diamalkan di masjid dan surau secara konvensi dan tidak mau kepada
perubahan, maka secara mudah ikut saja segala konvensi yang sedia ada, iaitu
menurut apa yang disediakan oleh JAIS. Bila siap masjid, dan mendapat CCC, maka
pendaftaran masjid dibuat di JAIS.
Kemudian dipatuhi apa yang ada dalam Enakmen Masjid dan Surau seperti
perlantikan Nazir dan jawatankuasa di bawahnya dan boleh melantik
jawatankuasa kecil biasany sepuluh jawatankuasa kecil atau lebih jika difikirkan
perlu. Maka dengan adanya pegawai-pegawai masjid dari imam membawalah kepada
siak, maka masjid berfungsi dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang diperlukan
oleh sesuatu masjid dan surau. Maka berlakulah kegiatan sebagaimana biasa
seperti mengadakan solat waktu dan Juma`at pada hari Juma`at. Di samping itu diadakan
kegiatan kebajikan, khairat kematian.Kegiatan berlaku sebagaimana biasa yang
polanya sama dengan kegiatan-kegiatan di masjid dan surau yang lain.
Semua program dan kegiatan yang dilaksanakan
adalah menurut konvensi yang sedia ada. Ianya merupakan plan standard dari segi
pengimarahan sesebuah masjid dan surau. Apa yang mau ditekankan di sini
sebagaimana plan fizikal bagi sesebuah masjid berpandukan konvensi masjid yang
ada dan terhasilnya paln masjid yang boleh disifatkan sebagai biasa dan
demikian pula dengan plan pengimarahan berdasarkan konvensi yang sedia ada.
Di alam menghasilkan sebuah plan di samping
mengikut konvensi, di sana banyak ruang dan peluang bagi arkitek memasukkan
elemen kreasi dan kreativitinya yang menghasilkan kelainan secara kreatif, menjadikannya berbeza dan
berkreatif, tetapi tidak sampai menyimpang dari asas dan konvensi masjid.
Bermaksud bagi pembinaan insan seimbang antara
ilmu dan amal yang dipertingkatkan yang melibatkan semua peringkat dari anak
membawa kepada murid dan pelajar, kepada belia dan orang muda, seterusnya
kepada orang dewa dan adalah memerlukan plan lengkap da menyeluruh yang
melibatkan semua pihak dan lapisan. Dengan plan ini diharap ianya membawa
pembaharuan dan kreativiti yang dapat meningkat semua pihak di dalam berbagai
kategori masyarakat. Hasrat masjid menjadi wasilah yang aktif yang dapat
meningkatkan masyarakat kepada masyarakat yang sempurna ilmu dan beramal dengan
ilmu kepada perimngkat kualiti tertinggi dan terpancar darinya manusia berilmu beramal dengan ilmu
sejajar dengan Bangi Bandar Ilmu. Harapan ini menuntut plan dan pendekatan yang benar-benar teratur disulami dengan
elemen kreatif dan inovatif.
Sekian.
No comments:
Post a Comment