PERKARA-PERKARA PENTING DITIMBULKAN DALAM
PERBINCANGAN
BBB, 06 Zulhijjah 1439H. = 18 Ogos 2018M.
(Sabtu):
Pada akhir pembentangan kertaskerja `Komunikasi Masjid: Satu Penilaian`` oleh
Prof. Dr. Mohd. Yusof bin Hussein dan ualasan yang dibuat oleh Prof. Dr.
Mahyuddin Yahya, seminar dibuka kepada pertanyaan dan perbincangan.
Ada beberapa perkara ditimbulkan, iaitu
tentang bagaimana menarik jama`ah supaya lebih ramai datang ke Masjid Al-Umm.
Cadangan: Meningkatkan mutu pengajaran dengan
mejemput guru-guru mursyid.
Jawapan: Memang dijemput. Namun guru-guru
mursyid dan popular ini terlalu banyak jemputan. Mereka memang datang menurut
jadual yang ditentukan, tetapi selepas beberapa kali, bahkan sekali datang, mereka tidak lagi datang, walaupun
diingatkan. Kemungkinan:
Kurang jama`ah, tidak ketara dari segi
pertambahan jama`ah. Ini mungkin mengurangkan semangat untuk mereka hadir
seterusnya. Mungkin juga saguhati yang diberi tidak memuaskan. Kita hanya
member sekadar RM200/= untuk tempoh pengajaran antara selepas Maghrib hingga Isya`.
Sedang seorang guru popular biasanya dibayar antara RM300/= hingga RM500/= bagi
sekali kehadiran. Kita tak mampu menyediakan bayaran tinggi. Masjid masih
menanggung beban hutang pembinaan.
Faktor yang lain, keliling Masjid Al-Umm ada 6
buah surau yang masing-masing menarik jama`ah, khususnya setempat. Masjid
Al-Umm memang menyediakan tempat yang selesa dan menjemput guru-guru setiap
hari antara Maghrib-Isya` dan waktu-waktu lain. Kemampuan dari segi kewangan
menjadi kekangan untuk membuat bayaran yang di luar dari kemampuan.
Turut ditimbulkan kurangnya kalangan belia
terlibat dengan masjid.
Dicadangkan antaranya mengadakan kegiatan
sukan.
Kita mempunyai Jawatankuasa Belia.
Jawatankuasa yang agak aktif. Sukan seperti badminton dan cadangan table tennis
diadakan. Mereka memang giat dan banyak mengadakan kerja-kerja amal kebajikan.
Cadangan mengadakan konsep `Twin-mosque` sebagaimana kata seorang peserta berkata,
sebagaimana diadakan di Amerika.
Cadangan yang baik, mungkin akan dibawa sebagai salah satu item dalam mesyuarat.
Ada cadanga supaya masjid tidak saja menekankan pada pengajian agama
dengan menggunakan kitab-kitab sahaja, tetapi patut membincangkan
persoalan-persoalan semasa dengan menggunakan buku-buku termasuk tentang Islam
secara semasa. Termasuk menggunakan
buku-buku dalam bahasa Inggeris yang dianggap terbaik di dalam membincangkan
tentang Islam, bahkan patut juga penyampaian dalam bahasa Inggeris, selain dari
bahasa `Arab.
Kita memamngnya menyediakan ruang, bilik
seminar, bilik-bilik kuliah dan dewan konvensyen. Kita memang berhasrat
mengadakan seminar, kuliah dan konvensyen dan memang berusaha ke arah itu. Bandar
Baru Bangi memang mempunyai ramai pakar di dalam berbagai bidang dan kita
memang berusaha mau meningkatkan kegiatan ilmiah di Masjid Al-Umm. Namun
setakat ini kehadiran bagi seminar bulanan adalah bersifat sederhana. Kita
berusaha bagi meningkat jama`ah masjid dan mereka yang meyertai
kegiatan-kegiatan ilmiah yang kita
adakan.
Ada cadangan menggunakan laman web bagi
mengiklankan kegiatan.
Memang kita menggunakan media letronik dalam mengiklan kegiatan
masjid. Mungkin akan dipertingkatkan dengan kerjasama dengan pihak lain.
Cadangan ditingkatkan mutu khiutbah dan ada
badan penapis dan penilai.
Masjid-masjid dikehendakli m,engikuti khutbah
yang disediakan oleh JAIS. Kita belum mengadakan solat Juma`at. Kita akan
mematuhi peraturan yang dikehendaki apabila dapat mendirikan Juma`at Insya
Allah.
Sebagai kesimpulan Seminar `Komunikasi Masjid:
Satu Penilaian` adalah berjaya dan banyak maklumat yang disampaikan. Buah-buah
fikiran yang disampaikan, begitu juga cadangan-cadangan akan diambil perhatian –
Insya Allah. Terima kasih
Sekian.
No comments:
Post a Comment