PERSEDIAAN MENYAMBUT EIDUL AL-ADHHA
BBB, 09 Zul-Hijjah 1439H. = 21 Ogos 2018M.
(Selasa):
Sejak penggunaan Masjid Al-Umm pada 16 Disember
2017, beberapa program penting telah diadakan di Masjid Al-Umm, bermula dengan
Sambutan Maulid al-Rasul pada 16 Disember 2017 bersamaan dengan 27 Rabi`ul-Awwal
1439H., berikutnya diimeriahkan dengan sambutan Ramadhan 1439/ Jun2018 dan
mengadakan solat Eidul Fitri berikutnya.
Kini diadakan pula Sambutan Eidul Adhha yang
akan jatuh pada 10 Zul-Hijjah 1439H. bersamaan
22 Ogos 2018.
Bagi persediaan menyambut Eidul Adhha termasuk
mengadakan ibadat qurban, bagi
persediaan menyambut Eidul-Adhha maka lebih dari sebulan sebelumnya
telah diadakan persediaan. Misalnya pihak Jawatankuasa Ibadat telah mengadakan
mesyuarat awal bagi persediaan ialah pada 17 Julai 2018 bersamaan 3 Zulkaedah
1439H. Turut dijemput wakil dari Jawatankuasa Induk, Bahagian Ibadat, termasuk
imam-imam, pemuda, muslimat dan mereka yang sebelumnya terlibat dengan
tugas-tugas berqurban di Surau Al-Umm. Perkara yang dibincangkan ialah
berkenaan mengadakan solat Eidul Adhha yang melibatkan tarikh, khatib dan imam
dan masa. Dengan adanya solat Eidul Adhha, maka wajar turut diadakan ibadat
qurban yang selama ini setiap tahun diadakan semasa di bawah Surau Al-Umm, maka
dengan adanya solat Eidul Adhha di
Masjid Al-Umm tidaklah munasabah tidak ada ibadat Qurban. sebagaimana tradisi di Surau Al-Umm mengadakan ibadat
qurban pada hari kedua Raya Eidul Adhha, maka demikian Sambutan Eidul Adhha bagi pertama kali di
Masjid Al-Umm juga diadakan ibadat qurban. Adalah disetujui jumlah lembu yang
akan dibuka untuk disertai mereka yang mau berqurban ialah 5 ekor. Tuan Haji
Annuar bin Haji Nordin yang selama ini mengurus pembelian lembu yang kini
sebagai Timbalan Bendahari Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid
Al-Umm ditugaskan membuat kepastian dari segi harga lembu dan berapa harga bagi
satu bahagian qurban. Selepas itu beliau telah menghubungi pihak High Tech Syarikat
di Pekan Bangi bahawa seekor lembu berharga RM4,900/=. Ini bererti harga bagi
satu bahagian ialah RM700/= dengan tambahan RM50/= untuk pengurusan bagi setiap
bahagian. Ini bererti bayaran bagi setiap bahagian ialah sebanyak RM750/=.
Berikut dari keputusan itu, pihak Jawatankuasa Ibadat telah mengiklankan jumlah lembu dan pemiliihan (7 bahagian) bagi
setiap lembu. Al-Hamdulillah hingga minggu terakhir semua bahagian dipilih oleh
peserta-peserta. Tempat penyembelihan dan pemotongan secara kasar dilakukan di
High Tech Peyembelihan. Kemudian bahagian-bahagian lembu yang disembelih
diangkut – bawa pulang ke Masjid Al-Umm.
Perkara lain yang dibincangkan ialah mengenai
peralatan, gotong royong bagi melapah
daging, kategori pembahagian dan penghantaran.
Tempat melapah dan pembahagian adalah di bahagian aras bawah tanah bagi
Masjid Al-Umm. Satu pasukan kerja bagi melapah, membuat kategori pembahagian
dan pembahagian serta penghantaran dikenalpasti. Mereka adalah pasukan yang
berpengalaman yang mengendalikan pengurusan qurban pada setiap tahun.
Adalah dibincangkan juga, sebahagiankecil dari
daging dan tulang akan diminta keizinan dari mereka yang berkorban untuk
dimasak sop untuk jamuan. Adalah secara kebetulan hari qurban pada tahun ini
(Raya Eidul Adhha Kedua) jatuh pada hari Khamis dan pada malam Juma`at menjadi
kebiasaan ada jamuan kecil di Masjid Al-Umm selepas baca Yasin dan Tahlil
selepas Maghrib. Maka pada siang hari Khamis pihak muslimat dan muslimin
membantu gotong royong memasak yang pada malam Juma`at selepas Isya` akan
diadakan jamuan. Tempat jamuan akan diadakah di Dewan Serbaguna Aras Bawah
Tanah. Makanan tambahan juga diadakan.
Apa yang dimesyuaratkan di atas dilaporkan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm bagi mendapat kelulusan.
Mesyuarat pada Selasa 24 Julai 2018. Mesyuarak Kali Kedua, bagi mempastikan
segala persediaan berjalan lancar diadakan pada 14 Ogos 2018 (Selasa) bersamaan
2 Zulhijjah 1439. Pada mesyuarat ini semua yang mengambil bahagian qurban (dua
orang ber`aqiqah = 3 bahagian dari 35 bahagian) diminta datang bagi urusan
mewakilkan aqad jual beli dan penyembelihan kepada Tuan Haji Annuar bin Haji Nordin. Ini bererti yang mengambil
bahagian qurban tidak perlu hadir ke tempat penyembelihan, tetapi kiranya
mereka mau sama hadir adalah dialu-alukan. Mereka perlu hadir ke masjid untuk
mengambil daging bahagian qurban dan digalak sama hadir pada malam jamuan untuk
sama bertakbir an mengihya`kan sambutan Eidul Adhha.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberi
kepercayaan kepada pihak AJK Masjid Al-Umm menguruskan urusan qurban secara
khusus dan Sambutan Eidul Adhha secara
menyeluruh.
Sekian.
Sayang sekali carpet tidak dibentang di ruang limpah kiri & kanan. Carpet ada tapi disimpan. Imam & Bilal pun masih belum ada jubah yg seragam walaupun ada bajet disediakan....
ReplyDelete