SALURAN KOMUNIKASI MASJID MELALUI PENGAJIAN
BBB, 22 Zulkaedah 1439H. = 04 Ogos 2018M.
(Sabtu):
Salah satu saluran komunikasi penting masjid ialah melalui pengajian. Digunakan istilah pengajian dan
tidak pengajaran bermaksud yang mengajar dan belajar dan komunikasi antara dua
pihak. Masjid pada hakikatnya bukan
semata-mata tempat ibadat, tetapi juga tempat pengajian dan kegiatan
kemasyarakatan.
Di masjid terdapat berbagai-bagai kategori
pengajian seperti:
1) Pengajian ilmu-ilmu Islam
2) Pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an
3) Pengajian Bahasa `Arab
4) Kelas-kelas khas
5) Seminar
6) Ceramah
7) Konvensyen
8) Kursus
9) Tazkirah
10) Berbagai-bagai
Huraian:
Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
Biasanya pengajian seperti ini diadakan pada
waktu antara Maghrib dan Isya`. Pelajaran-pelajaran yang diajar ialah keilmuan
yang berhubung dengan fardhu, seperti pengajian yang berhubung dengan akidah,
fiqh, tasawuf, tafsir , hadith, sirah, tasawwur Islam dan dakwah. Bagi setiap matapelajaran ada guru
khas yang pakar di dalam keilmuan berkenaan. Antara mereka ada yang mengajar
sebulan sekali, ada setiap minggu, tiga
kali sebulan, dua minggu sebulan.
Guru-guru berkenaan menggunakan kitab teks
tertentu di dalam pengajaran yang megaji
juga boleh dapatkan kitab berkenaan untuk ditadah dan dipelajari pengajaran
yang diajar. Pada masa guru mengajar pengaji boleh mengemukakan soalan dan
boleh berlaku perbincangan, walaupun agak jarang. Perhubungan dalam pengajaran
sedemikian lebih bersifat komunikasi sehala dan jarang-jarang dua hala. Tujuan
pengajian diadakah adalah untuk memberi kefahaman terutama ahli jama`ah tentang
keilimuan-keilmuan fardhu bagi memperbaiki dengan keilmuan-keilmuan berkenaan
di dalam amal ibadat mereka agar amal ibadat jama`ah lebih sempurna dari segi
amalan. Dengan adanya kegiatan pengajaran lebih meningkatkan pengimarahan
masjid.
Kalau dilihat kepada pengajian yang dianjurkan
oleh Masjid Al-Umm, pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an adalah pengajian
yang paling banyak dianjurkan. Dalam pengajian
antara Maghrib dengan Isya` terdapat pengajian yang berhubung dengan
Al-Qur`an yang bersifat teori. Manakala
bagi yang bersifat praktikal – Membaca bagi mengelokkan bacaan yang dikenali
dengan Tahsin Qiraat Al-Qur`an terdapat beberapa kelas yang dibimbing oleh Imam
dan dapat diikuti oleh sesiapa yang berminat. Dalam kelas sedemikian guru
mengajar dan pengaji diminta mengaji dan dibimbing pengajian mereka agar lebih
baik dari segi bacaan dan tajwid.
Pegajian Al-Qur`an diadakan selepas solat
subuh dalam mana mereka yang berminat membaca Al-Qur`an dihadapan pembimbing
yang memperbaiki bacaan mereka. Bimbingan ini berlaku di kalangan muslimat,
manaka bagi muslimin ada tadarrus Al-Qur`an yang berterusan sejak Ramadhan.
Masing-masing memperbaiki bacaan antara mereka.
Satu pengajian yang ditekankan ialah Pengajian
Bahasa `Arab. Kepentingan bahasa `Arab tidak dapat dinafikan. Dalam ibadat
adalah menggunakan bahasa `Arab, Al-Qur`an adalah berbahasa `Arab, kitab-kitab
yang digunakan ada yang dalam bahasa
`Arab. Bahkan peristilahan yang berhbung dengan bahasa `Arab banyak digunakan
di dalam kitab dan pengajian. Oleh
kerana pentingnya bahasa `Arab, maka bahasa ini juga disediakan pengajaran dengan dibimbing oleh guru yang pakar di dalam bahasa tersebut.
Setakat ini kelas berjalan dengan baik. Diharap pengaji-pengaji tidak berkurang
atau mengundur diri, kerana sering dianggap bahasa `Arab adalah payah.
Sebenarnya menguasai bahasa `Arab adalah kunci bagi keilmuan Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment