KONSEP KEPELBAGAIAN KEMAJUAN
BBB, 05 Zulhijjah 1439H. = 17 Ogos 2018M.
(Juma`at):
Dalam pembicaraan Prof. Dr. Mahyuddin terhadap
kertaskerja Prof. Dr. Yusof Hussein dan kegiatan ilmiah yang dianjurkan oleh
pihak Masjid Al-Umm, beliau menimbulkan tujuan kegiatan – termasuk yang berkaitan
dengannya, misalnya kegiatan ilmiah di pengajian tinggi, beliau menimbulkan
tujuan -
Visi dan misi dari kegiatan sedemikian.
Dengan menimbulkan persoalan yang sedemikian,
beliau memberi pandangan berhubung dengan tujuan adalah bagi mencetuskan apa yang disifatkan sebagai kemajuan. Beliau
bertanya, banyak istilah yang memaksudkan dengan kemajuan antaranya katanya
ialah:
Hadharah, peradaban, tamadun dan `umran
(`imarah).
Menurut Profesor Dr. Mahyuddin, sepanjang
kajiannya dan terlibat membicarakan kemajuan-kemajuan yang dicapai kelompok, bangsa
dan umat.
Beliau berpendapat dan menyatakan sokongan
dengan apa yang diistilahkan oleh Ibn Khaldun di dalam bukunya Muqaddimah yang
menggunakan istilah kemajuan ialah ``Umran`. Ibn Khaldun menggunakan istilah ``Umran` bagi
menggambarkan kemajuan yang dicapai oleh negara bangsa yang dia mengkajinya. Beliau berpendapat istilah
yang digunakan oleh Ibn Khaldun ini lebih tepat bagi menggambarkan kemajuan
dicapai oleh kelompok, puak, negara dan bangsa. Menurutnya beliau kini
menggunakan istilah ini di dalam membicarakan kemajuan negara bangsa – termasuk bagi umat Islam.
Walau bagaimana pendapat berkenaan adalah
pendapat peribadi Profesor Dr. Mahyuddin.
Sebenarnya di sana terdapat berbagai istilah
yang mencerminkan kemajuan yang setiap satunya mencerminkan sifat dan ciri kemajuan
berkenaan. Istilah-istilah seperti:
Hadharah, tamadun, peradaban dan `imarah
Adalah merujuk kepada kemajuan yang dicapai, tetapi setiap satu mempunyai ciri an
perbezaan yang seharusnya digunakan pada tempatnya yang sesuai.
Menyebut hadharah kita teringat dengan istilah
`Islam Hadhari` yang digunakan pada zaman
Tun Abdullah Badawi pada zaman beliau mnjadi Perdana Malaysia – Zaman antara
Tun Mahadhir pada peringkat pertama hingga zaman kenaikan Dato` Seri Najib Tun Razak`
Konsep Hadhari lebih memaksudkan kemajuan kini (hadharah = kini, hadir sekarang). Islam
Hadhari ialah `Kemajuan Islam Terkini` yang seharusnya sentiasa segar.
Bermaksud juga kemajuan keislaman yang dicapai hingga kekinian.
Adapun tamadun, adalah dapat diasosiasikan dengan
istilah `Madinah` yang merujuk kepada `Madinah al-Munawwarah` dan juga kepada
sebarang bandar.
Status yang dikatakan Madinah, ialah satu
kependudukan yang penduduknya hidup menurut peraturan dan teratur, khususnya
dari segi fizikal. Termasuk kemajuan yang dicapai ialah kemajuan peraturan,
undang-undang dan kaedah kehidupan yang maju dan adil. Madinah yang dibangunkan
oleh Rasulullah s.a.w. mencapai ciri tamadun lahiri dan rohani yang
dilambangkan dengan nama Madinah.
Adapun istilah `Peradaban` lebih merujuk kepada kemajuan nilai yang
dicapai seperti kemajuan keilmuan, etika dan peraturan yang memaksudkan dengan pencapaian masyarakat
berada di dalam kemajuan dan kebahagiaan (bersifat nilai).
Adapun `umran (`Imarah) yang dari pecahan dari
istilah ini ialah imarah. Maksud lahir dari istilah ini ialah kemajuan negara
kota dengan binaan secara teratur yang melambangkan kemajuan. Tentulah
bersamanya ada aturan, nilai dan budaya hidup, agama dan kepercayaan. Ciri
sedemikian digambar oleh Ibn Khaldun dalam menggambarkan negara kota yang disifatkan sebagai kemajuan secara
`Imran`.
Masjid Al-Umm menggunakan istikah
`mengimarahkan masjid` . Iaitu mengadakan berbagai-bagai kemajuan dari segi
ibadat, pengajian dan kegiatan kemasyarakatan yang mana dengan kegiatan ini
kita sifatkan mengimarahkan masjid.
Walau bagaimana kita tidak setuju dengan Pengulas
yang terpesona dengan istilah `Umran Ibn Khaldun dan mau memasukkan semua
kegiatan dan kemajuan di bawah istilah `Umran. Kita berpendapat berbagai
istilah ada makna yang membezakannya dari istilah yang memaksudkan kepada
kemajuan dan berciri sendiri. Banyaknya istilah berkenaan mencerminkan
banyaknya ciri kemajuan dan berpelbagaian yang sekaligun mencerminkan kekayaan
tamaduan dan peradaban umm,ah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment