BBB, 02
Jamadil-Awwal 1438H. = 30 Januari 2017M. (Isnin):
Nama penuh bagi Al-Nuri ialah Abu al-Husain
Ahmad bin Muhammad al-Nuri. Dilahir dan
terdidik di Baghdad, berasal dari Khurasan, dari sebuah kampung antara Hirat
dan Marwu al-Rudz yang dipanggil Bughshur. Dia dikenali sebagai Ibn al-Baghawi.
Dia adalah Shaykh utama kaum dan `ulama` mereka. Tidak ada pada masanya
seelok t*ariqat yang dibawa dan tiada
selembut kata seumpamanya. Meninggal tahun 295H. Sehayatnya dia bersahabat
dengan Sari al-Saqati, Ibn Abi al-Hawari, Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab. Dia
juga berkesempatan dengan Al-Junayd dan Ahmad bin Abi al-Hawari.
Al-Nuri mempunyai sanad Hadith kepada
Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Qasim, `Abdul
Rahim bin `Ali al-Bazzar al-Hafiz* di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Abu
`Abdullah, Muhammad bin `Umar bin al-Fadhl, bercakap kepada kami Muhammad bin
`Isa al-Dihfan berkata, ``Adalah aku
berjalan bersama Abu al-Husain, Ahmad bin Muhammad yang terkenal dengan
panggilan Ibn al-Baghawi al-Sufi. Maka kataku kepadanya, ``Apakah yang engkau
hafaz* daripada Sari al-Saqati. Maka dia berkata:
Bercakap kepada kami Al-Sari daripada
Ma`ruf al-Karkhi daripada Ibn al-Samak, daripada Al-Thauri, daripada Al-Aa`mash
daripada Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud;
``Siapa yang menunaikan kepada saudara
muslimnya satu hajat adalah baginya pahala seperti orang yang berkhidmat kepada
Allah seumurnya.``.
Berkata Al-Nuri r.h.a. ``Tasawuf ialah
meninggalkan peluang bagi nafsu.``
Berkata Al-Nuri, ``Semulia-mulia pada zaman
kita dua perkara, `Alim yang beramal dengan ilmunya dan `Arif yang bercakap
tentang hakikat.``
Berkata Ahmad bin Muhammad al-Barda`i
berkata, dia mendengar Al-Murta`ish berkata, aku mendengar Al-Nuri berkata:
Siapa yang engkau melihatnya mendakwa di
dalam keadaan hal bersama Allah yang mengeluarkannya dari had ilmu shara`, maka
jangan sekali-kali engkau mendekatinya.``
Al-Farghani berkata, bahawa dia mendengar
Al-Junayd berkata:
``Semenjak kematian Al-Nuri, tidak ada
seorang bercakap tentang hakikat kebenaran.``
Berkata Abu Ahmad al-Maghazili, ``Tidak aku
lihat yang lebih kuat beribadat dari Al-Nuru. Dan dikatakan `Tidak al-Junayd`,
maka katanya `Tidak Al-Junayd.``
Berkata Al-Nuri, ``Barang siapa sampai kemesraan membawanya kepada
kedekatan dan barang siapa sampai kasih mesra, maka dia menjadi pilihan di
antara hamba.``
Al-Farghani mengungkapkan nasyid kepada
Al-Nuri dengan katanya;
Berapa hasratku tenggelam berulang
Kujadikan hati tempat jatuh ujian
Haq daripadaku menghilangkan kesukaran
Dengan tangisan atau memungkinkan
pertemuan.
Disoal Al-Nuri tentang tasawuf, maka
katanya, ``Bukanlah tasawuf dengan tulisan dan keilmuan, tetapi adalah dengan
akhlak.``
Abdul Wahid bin Abu Bakar berkata, dia
mendengar seorang pemuda berhimah tinggi berkata, aku mendengar Abu al-Husain
berkata, `` Ahlu agama mempunyai pendirian,, ahlu al-tauhid terus berkeyakinan ,
ahli redha kerehatan, ahli yang termangu
dalam keheranan. Kemudian dia berkata, ``Sesungguhnya kebenaran apabila zahir runtuh apa yang
terdinding dan tersembunyi.``
`Ali bin `Abdullah al-Baghdadi berkata, ``
Aku mendengar seorang penunggang yang bawa barangan berkata,
Mendengar Ibrahim bin Fatik berkata, ``Aku
mendengar Al-Nuri berkata,`` Maqam-maqam ahlu al-naz*ar adalah pada naz*arnya
(penelitiannya), daripada mereka ada naz*ar bersifat bersenangan, dan daripada
mereka itu adalah naz*ar secara berfaedah, daripada mereka itu adalah naz*ar
pertanda mukashafah dan antara mereka naz*ar adalah perebutan antara mushahadah
dan daripada mereka itu adalah naz*ar secara mushakalah dan mumathalah,
daripada mereka itu orang yang naz*arnya
yang baik dan bermulahaz*ah dan daripada mereka itu orang yang naz*arnya
naz8ar yang ishraf dan mut*ala`ah dan setiap daripada mereka itu adalah ahli
naz*ar.
Berkata Al-Nuri, ``Siapa yang mengait sesuatu dengan Allah, maka
perkembaliannya pada setiap sesuatu ialah kepada Allah.``
Ditanya Al-Nuri tentang faqir yang sebenar,
maka katanya, ``Ialah yang tidak mentohmah Allah Ta`ala dengan sebab-sebab dan ialah kepadaNya
pada setiap hal.``
Al-Nuri mengungkapkan puisi berikut:
Berapa kuelakkan persoalan agar berlalu
Tapi berterusan mohon kebaikan dan rahmat
itu
Aku berazam untuk tidak melayan sebarang
lintasan
Di hati, tapi engkau tetap datang berdepan
Tidakkah engkau melihat tika ku tidak
menyenangi
Engkau dihatiku begitu besar lagi
menguasai.
Demikian cetusan dari Abu al-Husain al-Nuri
yang mempertahankan pegangan Sunni.
Sekian.