BBB,
23 Jamadil Akhir 1438H. = 22 Mac
2017M. (Isnin):
Abu `Abdillah bin Khafif, nama secara
lengkapnya ialah Muhammad bin Khafif bin Isfankushadz al-S*abyu yang bermukim
di Shiraz. Adalah ibunya dari Naisabiriyyah. Adalah dia guru daripada segala
guru pada zamannya. Dia bersahabat dengan Ruym, Al-Jariri, Abu al-`Abbas bin `At*a`, T*ahir al-Maqdisi,,
Abu `Amrin al-Dimashqi, dan pernah bertemu dengan al-Husain bin Mansur. Dia
adalah alim di dalam keilmuan zahir dan ilmu hakikat. Dia disifatkan
satu-satunya shaykh pada waktunya dari segi hal, ilmu dan akhlak. Dia meninggal
pada tahun (m. 371H.)
Abu `Abdillah Muhammad bin Khafif mempunyai
sanad Hadith yang dia adalah salah seorang rawinya:
Mengkhabarkan kami oleh Abu `Abdillah,
Muhammad bin Khafif, akan ijazah,, berkata, Bercakap kepada kami Ahmad bin
Sam`an, berkata, bercakap kepada kami al-Fadhl bin Hammad, berkata, bercakap
kepada kami `Abdul al-Karim bin Ma`ali bin `Imran, berkata, bercakap kepada
kami S*alih bin Musa al-T*alhi daripada Abi H*azim daripada sabli bin Ma`ad,
berkata:
``Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
`` Jikau dunia diadili, di sisi Allah, maka
senilai sayap nyamuk, tidak diberi
kepada orang kafir seteguk minuman
daripadanya.``
Sebuah lagi riwayat, Dan mengkhabarkan kami
oleh Abu `Abdillah, Muhammad bin Khafif,, sebagai ijazah, berkata,
mengkhabarkan kami Muhammad bin Ahmad bin Shadzahurmur berkata, bercakap kepada
kami Zaid bin Ahzam, daripada Abi Da`wud daripada Shu`bah daripada `Abdillah
bin Dinar, daripada Ibn `Umar r. a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.
bermaksud:
``Tatkala aku dimi`rajkan ke langit aku
mendengar suara yang menggegarkan, maka kataku, wahai Jibril, ``Siapa ini ?``,
katanya, ``Musa`` yang bersuara kepada Tuhannya. Maka kataku, ``Mengapa
sedemikian ?``, Katanya, ``Dia mengetahui yang demikian daripadaNya, maka dia
menanggungnya.``
Berkata Ibn Khafif, ``Kemahuan ialah
berterusan kesungguhan dengan meninggalkan kerehatan.``
Dan katanya, ``Tidak ada sesuatru yang
lebih mudharat kepada seorang murid dengan tolerans terhadap nafsu dengan
memperalatkan perkara-perkara yang mudah. Dan menerima takwil-takwil.``
Dia disoal tentang al-qurb, maka katanya,
``Dekat engkau denganNya - Allah Ta`ala
dengan melazimkan muwafakat dan dekatNya dengan engkau dengan berterusan
taufiq.``
Aku mendengar Aba `Abdillah bin Khafif berkata, `` Aku lemah daripada
berdiri, bagi melakukan sunat-sunat nawafil, maka aku jadikan ganti tiap-tiap
rakaat daripada wirid-wiridku dua rakat
bagi yang lain dari solat duduk sebagai separuh dari solat berdiri.``
Mengkhabarkan kami Muhammad bin Khafif,
sebagai ijazah, bahawasanya dia disoal tentang tasawuf, maka katanya, ialah
membersih hati daripada muwafakat manusia dan memisahkan akhlak tabi`i dan
memadamkan sifat-sifat manusia, dan menjauhi dakwaan-dakwaan diri, turun kepada
sifat-sifat rohaniah, dan bergantung dengan ilmu-ilmu hakikat, menggunakan apa
yang lebih untuk masa berterusan. Menasihat
kepada semua umat, menepati janji dari segi hakikat dan mengikut Rasulullah
s.a.w. dari segi shari`ah.``
Berkata Muhammad bin Khafif, `` al-sakr,
ialah gelegak hati ketika bersama, dengan medzikiri yang dikasihi.``
Berkata Ibn Khafif, ``Al-riyadhah ialah
memecahkan nafsu dengan berkhidmat dan menyekatnya dari sebarang gangguan
ketika.``
Dan berkata Ibn Khafif, ``Iman ialah
membenarkan hati dengan apa yang diketahui tentang Haq daripada perkara-perkara
yang ghaib.``
Dan
berkata Muhammad bin Khafif, ``Takut ialah gementar hati lantaran
mengetahui daripada kekuasaan yang
disembah.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, ``Taqwa
ialah menjauhi apa yang menjauhkan engkau daripada Allah Ta`ala.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, ``Tawakkal
ialah memada dengan jaminanNya dan menggugurkan tohmahan terhadap qadha`Nya.``
Dan berkata Abu `Abdillah, Tuntutan
berbagai-bagai:
Tuntutan iman yang menuntut engkau secara
sempurna dengan betulnya tas*diq dengan janji baik (wa`ad) dan janji jahat (wa`id).
Tuntutan ilmu, apa yang menjelaskan denganmya
hukum-hukumnya, maka zahirlah
dalil-dalilnya dan menuntut engkau mengamalkan kebenarannya.
Dan tuntutan `al-haqq` (kebenaran), iaitu
yang nyata kefahaman engkau yang membawa engkau menanggapi, mengakuri dan
mengamali.``
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Al-Mushahadah
ialah penglihatan hati dengan kemurnian keyakinan kepada apa yang dikhabarkan
oleh yang Haqq daripada perkara-perkara ghaib.``
Dan berkata Abu `Abdillah,``Kedekatan
(al-qurb) ialah pemggolongan perjalanan
dengan kelembutan pendekatan.``
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Kesampaian
ialah orang yang sampai kepada yang dicintai, tanpa sesuatu yang lain (dia
ghaib dari sesuatu yang lain).
Dan disoal oleh Muhammad bin Khafif
``Mengapa terjadi bala bagi mereka yang mencintai lebih besar dari perjalanan
ahwal ?
Maka katanya, ``Kerana mereka terkesan pada roh mereka, maka dibalakan
mereka oleh kasih sebagaimana firman Allah bermaksud ``Dia mengasihi
mereka`` (Al-Ma`idah: 54). Siapa berkemampuan mendengar kalam ini ? Melainkan
ternyata baginya perkara-perkara hakikat.
Catatan terakhir di dalam Tabaqat
al-Sufiyyat oleh `Abdul Rahman al-Sulami):
(Semua yang tercatat adalah merupakan
ijazah yang diperturunkan oleh Abu `Abdillah, Muhammad bin Khafif kepada
penerima-penerimanya).
Sekian.
No comments:
Post a Comment