BBB,
04 Jamadil Akhir 1438H. = 03 Mac 2017M. (Juma`at):
Al-Kattani ialah panggilan kepada Muhammad
bin `Ali bin Jaa`far al-Kattani, kunyahnya ialah Abu Bakar, dan dikatakan Abu
`Abdullah, tetapi Abu Bakar ialah lebih sahih. Beliau adalah berasal dari
Baghdad, bersahabat dengan Al-Junayd,
Abi Sa`id al-Kharraz dan Abi al-Husain al-Nuri. Dia menetap di Makkah
dan meninggal di sana pada tahun (m. 322H.). Demikian sebagaimana disebut oleh
Abu `Abdullah al-Husain bin Muhammad bin Jaa`far al-Razi.
Abu Bakar al-Kattani adalah merupakan salah
seorang imam yang penting pada zamannya, sebagaimana diriwayatkan daripada Abi
Muhammad al-Murta`ish, bahawasanya dia
berkata, ``Al-Kattani adalah lampu bagi kawasan al-Haram.
Aku mendengar al-Shaykh Aba `Abdil Rahman al-Sulami
berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Razi
berkata, melihat Al-Kattani terhadap seorang shaykh yang memutih rambut kepalanya dan janggutnya
uban. Dia meminta-minta dari orang ramai. Maka kata Al-Kattani, ``Orang ini mencuaikan hak Allah pada masa
kecilnya, maka Allah mencuaikannnya juga pada masa tuanya. ``
Berkata Al-Kattani, ``Nafsu syahwat adalah
pemegang tali syaitan, siapa yang memegang tali ini dia hamba bagi syaitan.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
al-Razi berkata, aku mendengar Muhammad bin `Ali al-Kattani berkata, ``Bahawa
bagi Allah sejenis angin yang dinamakan `Angin Pagi` tersimpan di bawah `arasy, berhembus di waktu
sahur, membawa pengaduan dan istighfar kepada Al-Malik al-Jabbar.
Katanya,
aku mendengarnya berkata, ``Apabila engkau memohon kepada Allah Ta`ala
al-taufik, maka hendaklah engkau memulakan dengan amal (berusaha).
Katanya, disoal kepadanya oleh setengah
murid, maka memohon darinya dengan kata `wasiatkan daku`, maka jadilah
sebagaimana engkau dilihat pada manusia, kalau tidak maka lihat pada manusia
sebagaimana berlaku.``
Katanya,berkata Al-Kattani, ``Jadilah di
dunia dengan badan engkau dan di akhirat dengan hati engkau.``
Katanya, aku mendengarnya berkata,
``Wujudnya pemberian dari Al-Haqq sebagai shuhud Al-Haqq dengan Al-Haqq, kerana
Al-Haqq dalil di atas tiap-tiap sesuatu,
dan tidak ada sesuatu – lain dariNya, dalil ke atasNya.``
Katanya, dikatakan kepada Al-Kattani,
``Siapa `arif ?, maka katanya, ialah yang muwafakat ma`rufnya dengan
perkara-perkara yang disuruh dan tidak menyalahinya sesuatu dari segi ahwalnya,
dia berkasih sayang dengan mahabbah para
auliya` dan sentiasa mengingatinya.
Katanya, aku mendengar Al-Kattani berkata,
``Kesufian adalah kehambaan pada zahir dan kemerdekan pada batin.``
Katanya, aku mendengar dia berkata, sima`
bagi awam ikut secara tabi`i, sima` bagi
murid-murid keinginan dan kegerunan, sima` bagi para auliya` melihat tanda-tanda dan kenikmatan, sima` bagi
`arifin adalah di atas mushahadah, sima`
bagi ahli hakikat secara kashaf dan `iyan. Bagi setiap satu daripada mereka itu
ada tempat sumber dan maqam.``
Katanya, berkata Abu Bakar al-Kattani,
``Sesungguhnya Allah melihat kepada hambaNya dengan kehambaannya, dia tidak melihat
mereka itu sebagai ahli bagi ma`rifatNya. Ini menjadikan mereka tertumpu kepada berkhidmatkanNya.
Aku mendengar Aba al-Hasan al-Qazwini
berkata, Aku mendengar Aba Bakr
al-Kattani berkata, ``Apabila sahlah iftiqar hamba kepada Allah, sahlah Ghaniyy
diriNya, kerana keduanya hal yang menyempurnakan.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi
berkata,, aku mendengar Al-Kattani berkata,
``Orang yang lalai hidup di dalam kasihan (hilmi)
Allah. Orang yang mengingati Allah mereka
hidup di dalam rahmat Allah. Orang yang `arif mereka hidup di dalam kelembutan
(Lut*f) Allah. Dan orang yang benar
mereka hidup dekat dengan Allah.``
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Jaa`far
berkata, ditanya Al-Kattani tentang Sunnah yang tidak dipertikai oleh seorang
daripada ahli ilmu, maka katanya, zuhud di dunia, bersifat pemurah diri
(sakhawah) dan memberi nasihat kepada makhluk.``
Katanya, aku mendengar Aba Bakr Al-Kattan
berkata, ``Siapa yang Allah memberi kepadanya himmah ( tinggi kemahuan), tidak
memutuskan dirinya daripada makhluk, tetapi dia tidak pula ditawan oleh
hiasannya sama ada sedikit atau banyak.``
Katanya, ditanya Al-Kattani daripada orang
bersifat takut (al-muttaqi=waspada), katanya, Dia berwaspada jalan yang biasa
diikuti orang awam yang bersifat nafsu-syahwat, dia waspada dari terjatuh di
dalam perbalahan pendapat, Dia melazimkan dirinya dengan muwafakat, mengukuhkan
keyakinan, berpegang dengan tawakkal dan mengambil pertunmjukan dari Allah
`Azza wa Jalla dalam setiap perkara dan tidak melupaiNya dalam setiap tindakan.
Katanya, disoal Abu Bakar al-Kattani
tentang sufi, maka katanya, ``Orang yang dirinya kenal tentang dunia dan
cirinya, tinggi himmahnya dengan akhirat, bermurah dirinya dengan semua,
menerima permintaan, memberi kemesraan
kepada semua.``
Katanya, berkata Muhammad bin `Ali
al-Kattani,
``Hakikat kebenaran apabila terserlah
kerahsiaan yang menghilangkan keraguan dan angan-angan, kerana kebenaran
apabila menguasai di atas kerahsiaan, dia mengatasinya dan tidak kekal yang
lain bersamanya sebarang kesan.``
Dan katanya, berkata Al-Kattani, ``Keilmuan
tentang Allah lebih sempurna dari ibadat
kepadaNya.``
Demikian kebernasan pendapat Muhammad bin
`Ali al-Kattani.
Sekian.
No comments:
Post a Comment