March 9, 2017

ILHAM DAN UNGKAPAN ABU BAKAR BIN T*AHIR AL-ABHARI


BBB,   09 Jamadil Akhir 1438H. =  08 Mac 2017H. (Rabu):
Antara nama tokoh sufi yang disenaraikan oleh Al-Qushairy ialah Abu Bakar bin T*ahir al-Abhari. Nama sebenarnya ialah `Abdullah bin T*ahir bin Hatim al-T*a`i. Dia adalah antara shaykh sufi terkenal di Al-Jabal. Dia adalah seorang yang alim lagi wara`. Dan dia adalah dari salah seorang teman Al-Shibli. Bersahabat dengan Yusuf bin al-Husain dan rapat dengan Muz*affar al-Qirmisainy dan lain daripada keduanya dari kalangan shaykh-dhaykh sufi. Dia meninggal hampir tahun (m. 330H.)
Abu Bakar mempunyai sanad Hadith yang namanya sebagai salah seorang rawi di dalam sanad berkenaan:
Mengkhabarkan kami Abu Ya`kub, Yusuf bin Ibrahim bin `Amir, al-Abahari al-Maqri yang dikenali dengan al-Shafi`e berkata, berkata kepada kami Abu Bakar, `Abdullah bin T*ahir al-Abhari al-Sufi berkata, bercakap kepada kami `Ubaid bin `Abdul Wahid, berkata, bercakap kepada kami Adam bin Abi Iyas berkata, bercakap kepada kami Isma`il bin `Iyyash daripada al-Mat*`am bin al-Miqdam dan `Anbasah bin Sa`id al-Kala`ii daripada Fas*ih al-`Ansi daripada Rakbi al- Misri berkata,
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Berbahagialah bagi siapa yang tawadhu` tanpa mengurangkannya, dia menghina diri tanpa miskin, dia menafkahkan harta yang dihimpunkannya tidak secara ma`siat, bergaul dengan ahli fiqh dan hikmah, dan merahmati orang yang hina dan miskin. Berbahagialah siapa yang menghinakan dirinya dan elok parasnya dan elok tempat tidurnya dan mulia kedudukannya, dia mengasingkan diri dari manusia yang jahat. Berbahagialah mereka yang beramal dengan ilmunya dan menafkah kelebihan daripada hartanya dan dia berpegang dengan kemuliaan kata-katanya.``
Aku mendengar Aba  Bakr Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr bin T*ahir berkata, ``Menjamak ialah menjamakkan perkara yang berpecah-pecah, dan berpecah ialah pecahan perkara-perkara yang terhimpun,. Apabila engkau himpunkan, engkau kata ``Allah`` dan tidak ada yang lainnya, dan apabila engkau pecahkan, engkau lihat pada alam ciptaan.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Dihimpunkan mereka itu pada Adam dan dipecahkan mereka itu pada zuriat turunan.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Muhammad, berkata, aku mendengar Bundar bin al-Husain berkata,
``Aku membuat baik kepada  Abi Bakar bin T*ahir katanya dalam ungkapan, ``Allah Ta`ala memandang NabiNya s.a.w di atas apa yang berlaku pada umatnya daripada selepasnya, daripada khilaf. Apa yang mengenai mereka itu padanya. Maka adalah apabila disebut demikian dia mendapat pertolongan dalam hatinya daripadanya, maka dia menuntut ampun bagi umatnya s.a.w.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba Bakr bin T*ahir berkata,
``Mengharap perubahan dari kejahatan kepada kebaikan mengislahkan antara dua golongan, dan mengharapkan kebaikan kepada kejahatan menjadi fitnah antara dua golongan.``
Katanya, dan aku mendengarnya disoal, ``Apalah gerangan manusia membawa daripada gurunya, apa yang tidak dibawa daripada dua ibu bapanya.`` 
Maka katanya, ``Kerana dua ibu bapanya sebab kehidupannya yang fana, dan gurunya sebab kehidupannya yang kekal, iaitu membenarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
``Jadilah dirimu orang alim, atau yang belajar, dan jangan jadi antara keduanya maka engkau binasa.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah  berkata, aku mendengar Aba Bakr bin T*ahir berkata, ``Siapa daripada kamu yang faqir, bahawa tidak ada keinginan berusaha, sesungguhnya ianya keperluan, tetapi janganlah melampau lebih dari keperluan.``
Aku mendengar dia berkata, aku mendengar Aba Bakr berkata, ``Apabila engkau sayang saudara engkau kerana Allah,  maka kurangkanlah pergaulan dengannya bersifat dunia.``
Aku mendengar `Ali bin Sa`id al-Thughri berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali al-Wasit*i berkata, aku mendengar Aba Bakr bin T*ahir mengungkapkan puisi:
Tiap azab yang menimpa manusia  menjelma
Ialah limpahan  hati  yang cinta dan mesra.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr bin T*ahir berkata,
``Di dalam ujian ada tiga perkara, pembersihan, kaffarah dan ingatan. Maka pembersihan ialah dari sifat-sifat takabbur,  kaffarah ialah daripada kesalahan-kesalahan kecil dan ingatan kepada ahli-ahli memurnikan jiwa (sufi).``
Aku mendengar Husain bin Ahmad berkata, aku bertanya Aba Bakr bin T*ahir  tentang hakikat, maka katanya, ``Hakikat kesemuannya ilmu, maka aku bertanyanya tentang ilmu,  maka katanya, ilmu keseluruhannya hakikat !``
Katanya, berkata Abu Bakar, ``Aku melihat seorang lelaki mengucap selamat tinggal kepada ka`bah dan menangis sambil mengungkap puisi:
Ingatlah mungkin seorang menghampiri dan menyangka
Cintanya, berlambat lebih  merasa dekat dan lebih suka.
Katanya, dan berkata Abu Bakar, ``Siapa yang takut ke atas dirinya goncangan oleh tunggangan kehidupan, sesungguhnya orang yang takut menghadapi goncangan peristiwa, tidak meningkat kepada ketinggian kemuliaan di dalam ahwal.``
Bersabda Nabi s.,a.w. bermaksud:  ``Allah suka kepada orang yang berani, walaupun secontoh membunuh ular.``
Katanya dan berkata Abu Bakr, ``Tawakkal tidak  melemahkan hukum waktu engkau dan ma`rifat tidak  mengabaikan hukum waktu engkau.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar setengah sahabat kami berkata,, ``Aku hadir bersama Abi Bakr bin  T*ahir melawat janazah, aku melihat keluarga mayat banyak menangis, maka dia melihat kepada sahabat-sahabat  lalu dia berpuisi:
Dan dia menangis oleh kematian dan meninggalkan dirinya
Dia menyangka tangis mengurangkan dari mereka itu duka
Kalau mereka berakal dan melihat secara wajar
Nescaya mereka itu tidak menangisi tapi sedar.
Demikian ilham dan ungkapan dari Abu Bakar bin T*ahir al-Abhari yang wajar direnungi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment