March 19, 2017

BERBAGAI PESANAN ABU `AMRIN BIN ISMA`IL BIN NUJAID


BBB, 19 Jamadil Akhir 1438H. =  18 Mac 2017M. (Sabtu):
Ternasuk di dalam senarai tokoh sufi yang disusun oleh Al-Qushairy, ialah Abu `Amrin bin Nujaid. Beliau ialah Isma`il bin Nujaid bin Ahmad bin Yusuf bin Salim bin Khalid al-Sulami. Dia bersahabat dengan `Uthman al-Hiri yang merupakan sahabat terbesarnya. Dia berkesempatan bertemu dengan Al-Junayd al-Baghdadi, iaitu shaykh terpenting pada zamannya. Dia mempunyai tarikat yang tersendiri berasaskan hal dan menjaga waktu.
Dia mendengar  Al-Hadith dan meriwayatkannya dan mempunyai sanad di dalam Hadith. Dia tergolong sebagai orang yang thiqah. Dia meninggal pada tahun (m. 366H.).
Sanad yang Abu Amrin menjadi salah seorang perawinya;
Bercakap kepada kami datukku, Isma`il bin Nujaid bin Ahmad bin Yusuf, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Fudhail, daripada Hisham bin `Urwah, daripada bapanya, daripada A`ishah r.`anha, bahawa Nabi s.a.w. adalah Baginda menerima hadiah dan diberi pahala kepadanya (pemberi hadiah).
Manakala riwayat tentang Abu `Amrin  Isma`il bin Nujaid ialah:
Aku mendengar Shaykh  `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, aku mendengar datukku Aba `Amrin bin Nujaid berkata:
``Tiap-tiap hal bukanlah dari natijah ilmu, maka kiranya berlaku kemudharatan kepada pendukungnya, maka dia lebih dari manfa`at yang didapati.``
Aku mendengarnya berkata, ``Siapa yang mencuaikan waktu dari waktu-waktu yang difardhukan Allah Ta`ala ke atasnya, maka diharamkan baginya mencapai kelazatan menunaikan kefardhuan berkenaan, walaupun selepas berlalu beberapa masa.``
Beliau juga disoal tentang tasawuf, maka katanya, ``Sabar dengan suruhan dan larangan.``
Dan aku mendengarnya dia berkata, ``Siapa yang tidak dapat  pendidikan dari  apa yang dilalui dari pengalaman, maka ketahuilah dia orang yang tidak terdidik.``
Dan aku mendengarnya, bahawa dia disoal,, ``Apa itu tawakkal ?.  `` Maka katanya, ``Paling dekatnya ialah baik sangka dengan Allah `Azza wa Jalla.``
Aku mendengarnya dia berkata, ``Siapa yang ingin mengetahui qadar ma`rifatnya terhadap Allah Ta`ala,, maka hendaklah dia melihat qadar haibatnya Allah baginya ketika dia melaksanakan khidmatnya kepadaNya.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Sesungguhnya lahir dakwa-dakwa ialah dari ghurur, kononnya mengetahui asrar.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Siapa yang merasa dirinya mulia, dia menghina dirinya dari segi agama.```
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tawakkal ialah redha dengan hukum Allah Ta`ala padanya.``
Dan aku mendengarnya berkata,  ``Mentarbiah tentang ihsan adalah lebih baik daripada ihsan.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tidak murni seorang dalam melangkah kepada `ubudiyyah sehingga  bersama – termasuyk ahwalnya keseluruhan.
Dan aku mendengarnya  disoal, ``Apakah yang tidak dapat tidak bagi seseorang hamba ?`` Maka katanya melazimkan `ubudiyyah menurut Sunnah dan berterusan muraqabah.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Hawari berkata, aku mendengar Aba `Amrin bin Nujaid berkata, `` Apabila Allah menghendaki kepada seorang hamba kebaikan, direzekikan dia berkhidmat kepada para salihin dan ahbar, dan ditaufiqkan dengan menerima apa yang diisyaratkan kepadanya dan dimudahkannya jalan-jalan yang baik dan ditutup dari jalan-jalan yang jahat.``
Aku mendengar datukku, ketika disoal, ``Dari mana lahirnya dakwa-dakwa ? Dia berkata, ``Adapun lahirnya dakwa-dakwa, lantaran dari rosaknya permulaan. Siapa yang sehat permulaannya sehatlah pengakhiran. Siapa yang rosak permulaannya, maka rosaklah semua bahagian raja` ahwalnya, sesuai dengan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan  (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh.`` (Al-Taubah: 109).
Dan aku mendengarnya  berkata, ``Bermudah dengan suruhan Allah, menandakan kekurangan ma`rifat dengan suruhan.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tidaklah bagi kalangan `al-malamah` dakwaan, kerana dia tidak melihat sesuatu ada pada dirinya yang dia dapat mendakwa dirinya dengannya, Sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Adapun yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambanya ialah para `ulama`.`` (Fat*ir: 28).
Aku mendengar Abd al-Wahid bin `Ali al-Sayyari di Marwi berkata, aku berkata kepada bapaku `Amri bin Nujaid, pada akhir perpisahan aku dengannya, ``Wasiatkanlah kepadaku.`` Maka dia berkata kepadaku, ``Lazimkan dirimu kewajipan-kewajipan ilmu, hormatlah kepada semua orang muslimin,, jangan persiakan hari-harimu,, dia adalah sesuatu yang mulia bagimu, jangan menyombong dengan apa yang diberi kebolehan,, tetapi jadikannya sebagai pertolongan kepada manusia, semampu yang dapat kamu memberi khidmat dan bekerja untuk mereka. Jangan abaikan peluang  yang dapat engkau mematuhi perintah Allah.``
Dan aku mendengar `Abd al-wahid berkata, ``Siapa yang menyembunyikan kelebihannya pada makhluk menyenangkannya mendepani  persoalan dunia dan akhirat.``
Demikian berbagai pesanan Abu `Amrin Ismail bin Nujaid.

Sekian.

No comments:

Post a Comment