BBB,
18 Jamadil Akhir 1438H. = 17 Mac 2017M. (Juma`at):
`Abdullah al-Razi, ialah nama penuh bagi
Abu Muhammad, `Abdullah bin Muhammad bin `Abdullah bin `Abdul Rahman al-Razi
al-Sha`rani – Berasal dari Razi. Berkelahiran dan mendapat pendidikan di
Naisabur.
`Abdullah al-Razi bersahabat dengan Al-Junayd bin Muhammad, Abu
`Uthman al-Hiri, Muhammad bin al-Fadhl, Ruym, Samnun, Yusuf bin al-Husain, Abu
`Ali al-Jurjani, Muhammad bin Hamid dan
lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh kaum sufi. `Abdullah al-Razi adalah dari sahabat terbaik dari
sahabat-sahabat Abi `Uthman. Adalah Abu `Uthman memuliakannya dan
menyanjungnya. Dia mengenal tentang kedudukannya.
`Abdullah al-Razi adalah shaykh utama di
kalangan shaykh-shaykh di Naisabur pada zamannya. Dia mempunyai kaedah latihan
(al-riyadhiyyat) yang tidak mampu dilakukan oleh kalangan yang lain daripada
ahlinya. Dia alim di dalam bidang-bidang- keilmuan kumpulan. Dia banyak
menyalin Hadith-Hadith dan turut meriwayatkannya.. Dia dianggap orang yang
thiqah. Dia meninggal tahun (m. 353H.).
Antara Hadith yang `Abdullah al-Razi
menjadi salah seorang sanad rawinya ialah:
``Menmgkhabarkan kami `Abdullah bin
Muhammad bin `Abdullah bin Abdul Rahman al-Razi al-Sufi berkata, bercakap
kepada kami Yahya bin Ahmad bin Jabalah, berkata, bercakap kepada kami bapaku,
katanya, bercakap kepada kami Sulaiman bin Kharb, katanya, bercakap kepada kami
Shu`bah, daripada Ayyub, daripada Abi Qillabah daripada Anas r.a. berkata,
``Disuruh (oleh Rasulullah s.a.w) Bilal
mengkumandangkan adzan dan disuruh iqamah.``
Riwayat-riwayat tentangnya pula,
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata, sesungguhnya dia disoal,
Apakah gerangan manusia mengetahui keaiban
mereka, tetapi tidak kembali kepada jalan yang betul ?``, Maka katranya, ``Kerana
mereka sebok bermegah dengan ilmu, tetapi tidak sebok mengamalkannya. Mereka
sebok dengan persoalan-persoalan zahir, tetapi tidak sebok dengan adab-adab
batin, maka dibutakan Allah hari mereka itu dan diqaydkan anggota-anggota
mereka dengan ibadat.``.
Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad
al-Mu`allim berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata,
``Al-`Arif tidak menyembah Allah secara muwafakat dengan makhluk, bahkan
menyembahNya muwafakat dengan kehendak Allah
`Azza wa Jalla.``
Aku mendengar Aba Nas*r , Muhammad bin Ahmad
berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata,
``Dalil-dalil ma`rifat ialah ilmu dan
beramal dengan ilmu dan takut di dalam beramal.``
Katanya, berkata `Abdullah,
``Ma`rifat meruntuhkan hijab di antara
hamba dengan Tuan mereka dan dunia menghijabkan mereka dengan Tuan mereka.``
Katanya, dan berkata `Abdullah al-Razi,
``Adapun yang menimbulkan berbagai aduan
dan sempit dada, akibat dari kurang ma`rifat dengan Allah `Azza wa Jalla.``
Katanya, dan berkata `Abdullah al-Razi,
``Makhluk keseluruhannya mendakwa dengan
ma`rifat, tetapi mereka sebenarnya terpinggir dari ma`rifat. Kebenaran ma`rifat
adalah keistimewaan para anbiya` salawat Allah `alaihim dan sadat daripada
auliya` radhiya Allah `anhum.
Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad
al-Mu`allim berkata, aku mendengar `Abdullah al-Razi berkata,
``Siapa yang mau mengetahui tempat dirinya
dan ikutan yang haq atau kelainan-kelainan (kesalahan-kesalahan) bagi, maka dia
hendaklah melihat kepada orang yang berlainan
kehendaknya dengannya. Bagaimana dia dapati dirinya berbanding
dengannya. Maka jika tidak ada perubahan, maka hendaklah dia mengetahui bahawa
dia di atas yang benar.``
Katanya, dan aku mendengar Abdullah al-Razi
berkata, ``Dikatakan kepada setengah `arifin, ``Apakah yang mendorong engkau
mengasing diri (khulwah) ?, Dan membuat
engkau tidak lalai ? Katanya, Dengan memilih terbaik dalam mendepani dunia.``
Katanya, dan aku mendengar
`Abdullah al-Razi, berkata,
``Siapa yang tidak mengutamakan diam,
sesungguhnya apabila dia bercakap, cakapnya banyak yang lagha.``
Aku mendengar Aba Nas*r al-Kharrabi
berkata, aku berkata kepada `Abdullah al-Razi,
``Ajarkan daku do`a yang aku boleh berdo`a
dengannya, maka dia berkata kepadaku,
Allahumma , amin kepada kami dengan
kebersihan ma`rifat dan kurniakan kami cara yang betul dari segi mu`amalah di
antara kami dan engkau menurut al-Sunnah, dan engkau benar tawakkal, elok sangka,
dan kurniakan kami segala kemungkinan dapat kami mendekati Engkau dengan
mendapat keselamatan dua negeri – dunia
dan akhirat.
Demikian pendapat `Abdullah al-Razi untuk diikuti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment