March 22, 2017

PELBAGAI PENDAPAT DAN PENGALAMAN BUNDAR BIN AL-HUSAIN


BBB, 22 Jamadil Akhir 1438H. =  21 Mac 2017M. (Selasa):
Bundar bin al-Husain, iaitu Bundar bin al-Husain bin Muhammad bin al-Muhallab, kunyahnya Abu al-Husain daripada Shibraz dan tinggal di Arrajan. Adalah dia alim di dalam bidang usul. Dia mempunyai `lidah` yang masyhur di dalam bidang hakikat. Dan adalah Abu Bakar al-Shibli memuliakannya dan membesarkan kedudukannya. Beliau meninggal di Arrajan pada tahun (m. 353H.).
Berkata Bundar bin al-Husain, ``Jangan engkau memusuhi diri engkau, kerana dia bukan untuk engkau. Tinggalkannya kepada Pemiliknya membuat apa yang Dia kehendak.``
Berkata Bundar lagi,  ``Bersahabat dengan ahli bid`ah mewariskan penentangan terhadap kebenaran. Katanya, ``Tinggalkan apa yang dikehendak nafsu kepada  apa yang engkau pastikan kebaikan.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Ahmad al-Isbahani, berkata, aku mendengar Bundar bin al-Husain, dan aku menyoalnya perbezaan antara yang bersifat  tasawuf dan  mendekati (Allah). Dia berkata, ``Bahawa orang sufi ialah orang yang dipilih Allah bagi dirinya, maka dia dibersihkan.  Dia menjaga kesucian diri. Ia adalah sifat diri tanpa dakwa. Allah mencukupinya dan diberi balasan oleh Allah dengan keaslian pembawaannya. Adapun al-mutaqarrib adalah dari usaha diri mendekati Allah dengan suruhan-suruhan dari segi lahir dan batin. Dia adalah orang yang ta`at.``
Katanya, aku mendengar Bundar bin al-Husain berkata,  tangisan adalah berbagai-bagai.
Tangis gembira  dengan adanya yang sebelumnya tidak ada.
Tangis kecewa, dengan hilang hal yang sebelumnya dia dengannya.
Tentang tangis gembira, sebagaimana firman Allah bermaksaud:
 ``Apabila mereka mendengar  apa yang diturunkan kepada Rasul (Al-Qur`an) engkau melihat mata-mata mereka itu limpah dengan air mata dari sebab mereka tahu tentang kebenaran ( Al-Ma`idah:  83).
Dan firman Allah Ta`ala tentang tangis kecewa bermaksud:
`` Berpaling mereka itu, dan mata-mata mereka itu tergenang dengan air mata dukacita. Bahawa mereka tidak mempyunyai sesuatu pun untuk mereka belanjakan (untuk pergi berjihad di jalan Allah.``         (Al-Taubah: 92).
Aku mendengar  `Abd al-Wahid bin Muhammad berkata, aku mendengar Bundar berkata, `` Secara jamaah adalah di atas kebenaran, manakala secara berpecah tidaklah bagi kebenaran.``
Katanya dan berkata Bundar, ``Bukanlah daripada adab setakat bertanya sahabat engkau, ke mana dan bagaimana.``  (Sepatutnya meraikannya lebih dari itu).
Katanya, aku mendengar Bundar berkata, `` Tinggalkan apa yang diingini nafsu, sebaliknya perhati dan nilai.``  (Berfaedah atau sebaliknya).
Katanya, ``Aku mendengar Bundar (menjawab), aku menyoalnya perbezaan antara mahabbah dan malu. Dia berkata:
``Al-Mahabbah ialah kemahuan yang menggerakkan, manakala malu ialah, tidak berterang – yang mengasihi ialah tuntutan yang ghaib, sedang yang malu adalah hadir. Antara duanya berbeza, kerana mahabbah sah dalam keghaiban, dan malu bersama penyaksian. Maka sudah tentulah berbeza antara ghaib dan asing dengan hadir yang dekat.``
Katanya, dan aku mendengar Bundar berkata, ``Kesufian sepakat dari segi wahdaniyyah (akidah) dari segi jumlah – kata, tetapi mereka berpecah dari segi cara menyampaikan, cara dan kaedah. Masing-masing mengalami hal yang berbeza dari segi gambaran seperti dari aspek mujtahid, zuhud,, `abid, kha`if (takut), harap, , kaya, faqir, murid, murad, sabar, redha, tawakkal, kasih, getaran, jinak, rindu, luahan, dambaan, wajdan, fana, baqi dan berbagai ahwal. Dan terhimpun keseluruhan ahwal pada satu secara himpunan.``
Katanya, aku mendengar Bundar berkata, `` Hujjah ahli bid`ah mewarisi penyelewengan dari kebenaran.``
Katanya, aku mendengar Bundar berkata, ``Siapa yang tidak mengarah kepada Kiblat  secara benar (hakikat), maka  menyebabkan rosak solatnya.``
Katanya, aku mendengar Bundar berkata:
``Siapa yang tidak terkesan dengan kebenaran, maka tidak terbuka baginya hakikat. Yang Haqq ialah Allah Subhanahu wa Ta`ala.``
Menasyidkan kami oleh Muhammad bin `Abdullah al-Razi, berkata, menasyidkan kami Bundar:
Perjalanan masa mengadabkan daku
Sesungguhnya dia berterusan  menasihatku
Aku mengecapi manis madu pahitnya hempedu
Demikian ragam kehidupan pemuda  yang dilalu
Tidak  melalui kejahatan, tidak jua kenikmatan
Melainkan  menjadi  ramuan  dalam kehidupan.
Demikian kepelbagaian pendapat dan pengalaman Bundar bin Al-Husain yang dapat dinilai dan dapat dijadikan panduan.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment