BBB,
14 Jamadil-Akhir 1438H. = 13 Mac 2017M. (Isnin):
Senarai seterusnya ialah Abu `Amrin al-Zujaji yang
nama penuhnya ialah Muhammad bin Ibrahim bin Yusuf bin Muhammad al-Naisaburi.
Bersahabat dengan Abi `Uthman, al-Junayd, al-Nuri, Ruyam dan
Ibrahimal-Khawas*s*. Dia ke Makkah dan menetap padanya dan menjadi shaykh di
sana dan menjadi tumpuan. Dia meninggal di Makkah pada tahun (m. 348H.).
Aku mendengar datukku r.h.a. berkata,
``Adalah aku berada di Makkah dan adalah pada masa itu turut berada ialah
Al-Kuttabi, al-Nahrajuri, al-Murta`ish dan lain-lain daripada kalangan
shaykh-shaykh. Mereka semua berada di dalam halaqahnya, mendepani mereka di
dalam halaqah ialah Abu `Amrin. Dan apabila mereka bercakap pada sesuatu
persoalan, mereka sekaliannya merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Abu
`Amrin.
Dan aku mendengar Ab `Uthman al-Maghribi
berkata, ``Adalah Abu `Amrin dari kalangan salikin, tanda-tanda dan
fdhilat-fadhilatnya lebih banyak daripada yang dihitung dan dibilang.
Adalah dikatakan, bahawa Abu `Amrin
al-Zujaji menjaga kebersihan dirinya dan apabila dia hendak membuang air kecil
atau besar, dia keluar ke kawasan di luar dari kawasan al-Haram, sebagai
menghormati kawasan al-Haram. Dikatakan adalah selma 40 tahun, iaitu selama beliau tinggal di Makkah.
Aku mendengar Shaykh Aba `Abdul Rahman
al-Sulami r.h.a. berkata, aku mendengar datukku Aba `Amrin bin Najid berkata,
disoal Aba `Amrin al-Zujaji, ``Apakah gerangan menyebabkan engkau selalu
berubah ketika mengangkat takbir pertama di dalam solat-solat fadhu ?
Maka katanya,``Kerana aku takut apabila
memulakan solat fadhuku berlaku kelainan dari sebenarnya. Maka siapa berkata,
``Allahu akbar, dan dihatinya sesuatu yang lebih besar dariNya, atau dia
membesarkan sesuatu yang lain daripadaNya di dalam perjalanan waktu,
sesungguhnya dia mendusta akan dirinya dengan lisannya dan barang siapa bercakap tentang suatu hal yang tidak dia
sampai kepadanya, adalah kalamnya fitnah
bagi siapa yang mendengarnya dan dakwaan bertalian di dalam hatinya dan diharam
oleh Allah menyampaikan kepada hal berkenaan.``
Aku mendengar Abu Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar Aba bakr al-Zujaji berkata,
``Ma`rifat itu ada enam wajah, iaitu
ma`rifat al-wahdaniyyah, ma`rifat membesarkan (al-Ta`z*im), ma`rfat kurniaan
(al-minnah), ma`rifat Qudrah, ma`rifat al-azal dan ma`rifat al-asrar.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar
Aba `Amrin berkata, ``Allah membahagi rahmat kepada orang yang mengambil berat
dengan perkara agamanya.``
Katanya, disoal Abu Amrin tentang `al-hamiyyah` (sifat hati), maka katanya,
hamiyyah dihati membetulkan ikhlas dan melazimkannya, dan hamiyyah pada diri,
meninggalkan dakwaan dan pengakuan.``
Dan katanya, aku mendengar Aba `Amrin
berkata, `Al-hamiyyah meninggalkan aduan
daripada ketidakbaikan (al-balwa),
bahkan menganggapnya sebagai ujian, kerana semuany darinya, barang siapa
merendahkan pemberian dari kekasihnya menyatakan kekurangan kasihnya.``
Katanya disoal Abu `Amrin daripada
al-sama`, maka katanya, Ianya merupakan
aspek hal yang memerlukan kepada kejutan yang menyedarkannya kepadanya.
Al-sama` ialah daripada kelemahan hal, kalau dia kuat dia tidak perlu kepada
al-sama` dan keganjilan.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata,
aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata, ``Siapa menziarahi Tanah Haram dan
hatinya tidak tercenderung kepada sesuatu, khususnya kebesaran Allah,
sesungguhnya dia adalah kerugian.``
Katanya, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata, ``Siapa yang terkait dengan haram
melalui teman yang melakukan perkara haram, Allah menjauhkannya dari
mereka yang dekat dengannya dan
hillang kemurniaan hatinya, timbul dari lidahnya aduan-aduan, hilang dari
hatinya ma`rifat, hilang cahaya keyakinan, daya
usaha dan kekuatan dan menjadi umpatan.
Katanya, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata, ``Dharurah ialah apa
yang menegah yang mengalaminya dari kata
dan dikata, khabar dan menuntut khabar, menjadikannya sebok memberi perhatian pada waktunya dan daripada
kelapangan kepada waktu-waktu yang
lain.``
Katanya, aku mendengar Muhammad bin
`Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Amrin al-Zujaji berkata,, ``Adalah
manusia pada zaman jahiliah mengikut naluri dan tabi`at yang diwarisi, maka
apabila diutuskan Rasulullah s.a.w. mereka mengikut shari`at dan dipandu dengan akal yang
betul dengan pengolahan yang memperluaskan keilmuan.``
Aku mendengar Aba Abdillah al-Karmani berkata, aku
mendengar seorang lelaki berkata kepada Abi `Amrin al-Zujaji , ``Bagaimana
jalan kepada Allah ?``. Maka berkata
kepadanya Abu `Amrin,
``Aku
menyatakan , Menjenguh engkau kepada persoalan ketuhanan menggugahkan minda dan kejiwaan ia adalah
dalil kepada persoalan.``
Katanya, dan berkata Abu Amrin, ``Hati
engkau lebih tahu dengan sentuhan, diperkukuh dengan taufiq, tinggalkan apa
yang mengganggu kalbu. bertenang
mendepani kepelbagaian larian waktu.``
Demikianlah mendepani kerumitan cara berfikir dan pendapat-pendapat
Abu Amran al-Zujaji.
Sekian.
No comments:
Post a Comment