BBB, 02 Rajab 1438H = 39 Mac 2017M.
(Khamis):
Satu pendekatan yang agak berlainan yang
dibuat Abdul Rahman al-Sulami, iaitu membicarakan dua tokoh adik beradaik
secara bersama. Muhammad dan Ahmad adalah dua dari shaykh yang besar dan berkedukan tinggi di Iraq.
Kedua-kedua mereka hadir di dalam
majlis-majlis ilmu yang dipimpin oleh Al-Junayd dan sahabat-sahabat Al-Junayd.
Mereka bersahabat dengan Sari al-Saqati,
Aba al-Fath* al-H*ammal, Harith al-Muhasibi, Bish al-Hafi. Dan tariqat keduanya
tentang wara` mendekati tariqat Bish al-Hafi.
Bagi Muhammad dia mempunyai sanad Hadith kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Mengkhbarkan kami Sa`id bin al-Qasim bin
al-`Ila` al- Barda`i, berkata, bercakap kepada kami Abu T*alhah, Ahmad bin
Muhammad bin `Abd al-Karim, seorang qari` di Basrah berkata, aku mendengar Muhammad bin
Abi al-Ward, berkata aku mendengar Bish bin al-Harith, berkata, bercakap kepada
kami al-Mu`afi bin `Imran, daripada Isra`il dari Muslim, daripada Habbah
daripada `Ali bin Abi T*alib berkata,
bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud: ``Wahai `Ali, Makanlah bebawang ada `niyyan` kalaulah tidak malaikat
mendatangiku nescaya aku memakannya.``
Aku mendengar Aba al-Farj al-Warthani, `Abd
al-Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-Dimashqi berkata,,
aku mendengar al-Junayd berkata, aku mendengar Muhammad bin Abi al-Ward
berkata, ``Pada peningkatan kelupaan (ghaflah) adalah peningkatan `ubudiyyah,
kerana kelupaan ada dua jenis, kelupaan rahmat, dan kelupaan dicela (niqmah).
Adapun yang disifatkan rahmah, kiranya dibuka tutupan, maka menyaksi kaum akan
kebesaran yang dia tidak terputus dari `ubudiyyah dan menjaga kerahsiaan
(al-sirr). Adapun yang dicela ialah kelupaan (ghaflah) yang mengganggu hamba
dari ketaatan kepada Allah Ta`ala dengan maksiatnya.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah,
berkata, aku mendengar Ja`far al-Khuldi
berkata, berkata Ahmad bin Abi al-Ward, ``Dibentangkan bentangan ketinggian
bagi para auliya` bagi peningkatan mereka dan bagi mengangkat mereka itu dan
mengiringi pernyataan mushahadah dan hamparan kehaibatan berdepan dengan
seteru, yang tidak diberi ruang bagi keburukan perbuatan mereka itu. Maka
mereka tiada peluang penyaksian dari
sebagai kerehatan dalam penyaksian
tertinggi.``
Dengan sanad yang sama, aku mendengar Ahmad
bin Abi al-Ward berkata, ``Mengekalkan perhubungan dengan kaum dengan lima
perkara:, lazimkan ziarah, tinggalkan khilaf, melakukan khidmat, sabar di atas
musibah dan jaga kemuliaan.``
Dengan sanad ini aku mendengar Muhammad bin
al-Ward ditanya, ``Siapa wali ?``
Maka katanya, ``Siapa yang mewalikan
wali-wali Allah dan menentang seteru-seterunya.``
Dengan sanad yang sama berkata Muhammad bin
Abi al-Ward, ``Siapa yang adalah nafsunya tidak gemar dunia, maka ahlu bumi
menyukainya, dan siapa yang adalah hatinya tidak suka dunia, maka adalah ahli
langit menyukainya.``
Dan dengan sanad ini aku mendengar Ahmad
bin Abi al-Ward berkata, ``Apabila ditambah pada wali tiga perkara, ditambah
juga daripadanya tiga perkara,
``Apabila bertambah kedudukannya bertambah
tawadhu`nya,
Apabila bertambah hartanya bertambah
dermawannya.
Apabila bertamabah umurnya bertambah
ijtihadnya.``
Dengan sanad yang sama aku mendengar
Muhammad bin Abi al-Ward disoal daripada firman Allah Ta`ala yang bermaksud,
``Maka adakah orang yang diperelokkan kepadanya amalan buruknya, maka
dilihatnya cantik ? (Fat*ir: 8). Maka katanya orang menyedari tentang
kejahatan, maka ia adalah baik, ``
lantaran insafnya.
Dan dengan sanad ini aku mendengar Ahmad
bin Abi al-Ward berkata, ``Alam keseluruhannya adalah dalam kawalan dari
kawalan pemilik dan pemiliknya mengetahui semuanya.``
Dengan sanad ini, aku mendengar Muhammad
bin Abi al-Ward berkata, ``Lontarkan dunia kepada yang mau menerimanya dan
kandungannya, siapa yang menerimanya seharusnya menguruskannya dengan baik.``
Dengan sanad ini aku mendengar dari Abi
al-Ward berkata, ``Daripada adab faqir dalam kefaqirannya, jangan merungut, dan
menyebut tentang bala bagi pencari dunia, tetapi hendaklah bersifat rahmat dan
kasihan terhadapnya dan berdo`a baginya supaya melapangkannya dengan
kurniaannya padanya.``
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad bin Was*il
berkata, bercakap kepada kami `Abdul Khaliq bin al-Hasan al-Baghawi, berkata,
bercakap kepada kami Muhammad bin Harun al-Hashimi, berkata, bercakap kepada
kami Muhammad bin Abi al-Ward, berkata aku mendengar Bishr bin al-Harith
berkata, ``Aku berpergian kepada `Isa
bin Yunus, berjalan kaki, maka dia memuliakan daku dengan sepenuh adab dan dia
berkata kepadaku, ``Apa yang dapat kuberikan kepada engkau ?``, Kataku, ``Aku
teruja dapat menemui dan melihat shaykh.``
Maka dia pun menangis dan berkata, ``Wahai saudaraku, siapalah sangat saya,
apakah cara aku dapat memuliakan engkau. Kemudian dia berkata, ``Adakah sesuatu
yang engkau mau bertanya. Maka kataku
(berhubung dengan Hadith), bercakap kepadaku – Hadith `Abdullah bin `Iraki bin
Malik (Hadith Hasan), daripada bapanya, daripada Abi Hurairah r.a. katanya,
bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidaklah merupakah sadaqah kepada
hambanya dan kerabat terdekatnya.``
Hadith sahih diriwayatkan oleh Ahmad pada
Musnadnya , Bukhari, Muslim, Abu Da`wud, al-Tirmidhi, al-Nasa`i dan Ibn Majah –
(catatan kaki).
Kemudian berkata `Isa, dan bercakap kepada
kami `Amru bin `Abid al-Muhaddith (al-Madzmum) daripada Al-Hasan daripada
`Aishah , bahawasanya ia berkata:
``Ya Rasulallah ! Adakah orang perempuan
berkewajipan berjihad ? Sabda Baginda `Ya !` Jihad dengan tidak berperang, iaitu
Hajji dan `Umrah.``
Demikian
ungkapan dari Muhammad dan Ahmad bin Abi al-Ward yang disekalikan
pembicaraan.
Sekian.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.