March 17, 2017

INGATAN DARI ABU BAKAR AL-DUQQI


BBB,  17 Jamadil-Akhir 1438H. = 16 Mac 2017M. (Khamis):
Abu Bakr al-Duqqi, ialah Abu Bakar, Muhammad bin Da`wud al-Dinuri, yang terkenal dengan panggilan `Al-Duqqi`. Beliau tinggal di Sham. Berumur lanjut, melebihi 100 tahun dan beliau meninggal selepas (m. 350H.). 
Al-Duqqi  adalah teman Abu `Ali al-Rudzbari, tetapi sebagaimana disebutkan beliau berumur lebih lanjat. Dia juga bersahabat dengan Abu Bakar al-Zaqqaq al-Kabir, Abu Bakr al-Misri  dan Abu `Abdullah bin al-Jala`  dan beliau cenderung kepadanya  (Abu `Abdullah). Dia adalah shaykh tertinggi dan terkehadapan pada zamannya dan teristimewa dari segi hal.
Antara riwayat tentangnya:
Berkata Abu Bakar al-Duqqi, Perut adal;ah tempat berhimpun segala makanan, apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang halal, keluarlah dari anggota-anggota amalan yang salih, dan apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang shubhah, engkau keliru jalan terhadap Allah dan apabila engkau masukkan ke dalamnya perkara yang dilarang (haram), maka adalah antara engkau dan Allah adalah hijab.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Muhammad bin Da`wud al-Duqqi dan dia adalah disoal perbezaan  di antara faqr dan tasawuf. Maka katanya, ``Al-Faqr ialah hal daripada ahwal tasawuf. Maka dikatakan baginya, ``Apa alamat sufi ?`` Maka katanya dia selalu risau bagi tiap-tiap perlakuan yang lebih baik baginya daripada yang lainnya dan adalah dia terpelihara daripada perkara-perkara yang keji.``
Aku mendengar Abu Bakar al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi berkata,
``Alamat mendekati (Allah) ialah terputus hubungan daripada tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Al-Duqqi berkata,
``Berapa daripada kegembiraan yang gembiranya mendatangkan bala kepadanya, dan berapa daripada dukacita yang dukacitanya memberi kejayaan baginya.``
Katanya, aku mendengar Al-Duqqi berkata,
``Faqir itu ialah yang tiada sebab dari segi zahirnya dan tidak menuntut sebab daripada batinnya.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Quqqi berkata,
``Siapa yang mengenal Tuhannya, tidak terputus  harapnya (kepada Tuhannya), dan siapa yang mengenal dirinya dia tidak `ujub dengan amalannya. Dan siapa mengenal Allah `Dia datang` kepadaNya.`` Tambahnya,
``Siapa melupai Allah dia berlindung kepada makhluk. Dan orang mu`min itu tidak lupa sehinggalah dia lalai. Dan apabila dia berfikir dia duka dan beristighfar.``
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi, berkata,
``Kalam Allah Ta`ala, apabila dinyatakan di atas ruang permukaan, menghilangkan  yang lain dan  perhatian hanya terhadapnya.``
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata, disoal Al-Quqqi tentang keburukan adab para fuqara` bersama Allah dari segi ahwal mereka. Maka katanya,
``Demikian dengan langkah-langkah mereka  berubah dari pencapaian hakikat ilmu kepada sifat zahir ilmu.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi  berkata,
``Adapun hati yang bersih tiada padanya  perkara-perkara yang mengaibkan.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Duqqi berkata, ``Sesungguhnya hati yang bersih daripada keaiban diperkukuhkan dengan datang kepadanya perkara-perkara mengaibkan.``
Katanya, dan aku mendengar Ab Bakr al-Duqqi berkata,
``Ikhlas ialah kemurnian pada zahir insan dan batinnya, pada diam, dan geraknya bersih kerana Allah. Tidak digerakkan oleh kepentingan diri, dan tidak oleh hawa nafsu, dan tidak kerana makhluk dan tidak lahir dari dirinya sifat tamak.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Allah Ta`ala menjadikan makhluk keseluruhannya dinamik (bergerak). Mereka  meneroka di muka bumi. Dan antara kehidupan daripada mereka itu ahli ma`rifat.
Makhluk dinamik  kerana ada sebab-sebab (contoh bekerja bagi mencari rezeki Allah bagi kelangsungan penghiupan).
Ahli ma`rifat menghidupkan kehidupan dengan maklumat mereka (ma`ruf mereka).
Tidak ada kehidupan secara hakikat, melainkan bagi mereka yang berilmu (berma`rifat) tiada yang lain.
Demikian ingatan daripada Abu Bakar Al-Duqqi yang dapat dijadikan panduan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment