March 16, 2017

UNGKAPAN DARI ABU AL-`ABBAS AL-SAYYARI


BBB, 15 Jamadil Akhir 1438H. = 15 Mac 2017M. (Rabu):
Abu al-`Abbas  al-Sayyari, nama legkapnya ialah AL-Qasim bin al-Qasim bin Mahdi bin Bik Ahmad bin Sayyar. Dia adalah dari Marwi dan menjadi shaykh di sana. Dia adalah orang yang mula bercakap di kalangan mereka daripada ahli negeri tentang hakikat ahwal. Dia bersahabat dengan Aba Bakr, Muhammad bin Musa al-Farghani  al-Wasit*i dan kepadanya ia cenderung berhubung dengan keilmuan bagi golongan ini. Dia disifatkan seorang shaykh yang petah bercakap pada waktunya. Dia bercakap tentang ilmu tauhid menurut Sunnah. Dia juga alim dan mendalam dalam bidang fiqh. Dia juga banyak menulis (menyalin) Hadith dan meriwayatkannya. Dia meninggal tahun (m. 342H.).
Beliau mempunyai sanad Hadith yang beliau menjadi antara perawinya:
Mengkhabarkan kami `Abdul Wahid bin `Ali al-Sayyari berkata, bercakap kepada kami Abu al-`Abbas, al-Qasim bin al-Qasim, al-Sayyari, bercakap kepada kami Abu al-Muwajjah, Muhammad bin `Amrin bin Al-Muwajjah, mengkhabarkan kami `Abdullah bin  `Uthman, berkata, aku membaca kepada Abi Hamzah daripada al-A`mash, daripada Abi Salih, daripada Abi Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Sebaik-baik percakapan empat perkara, dia tidak memudharatkan engkau dengan mana satu engkau mulakan. Subhana Allah, wa al-hamduli Allah, La ilaha illa Allah dan Allahu akbar.``
Disoal Abu al-`Abbas al-Sayyari, ``Dengan apakah yang dapat memperbaiki murid dirinya, maka katanya dengan bersabar dengan melakukan segala suruhan dan menjauhi segala larangan, dan bersahabat dengan orang-orang salih dan berkhidmat kepada para fuqara`. Dan dia berkata, bukanlah lazat yang berakal  dengan mushahadah al-haqq semata-mata, kerana mushahadah al-haqq fana, lantaran itu tiada padanya lazat.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid bin `Ali al-Sayyari, aku mendengar bapa saudaraku (sebelah ibu) Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, ``Bagaimana jalan untuk meninggalkan (menghapuskan)  dosa yang berlaku ke atas engkau, yang telah tercatat pada al-lauh al-mahfuz* atau untuk menyisihkan qadha`yang terikat kepada hamba ?``
Kkatanya, aku mendengar pada satu hari, dikatakan kepadanya, bagaimana murid dapat melawaskan dirinya ? Bagaimana caranya ? Maka dengan sabar dengan segala suruhan, menjauhi larangan, bersahabat dengan para salihin, berkhidmat kepada rufaqa`, duduk bersama para fuqara` dan seseorang itu ialah bagaimana dia meletakkan dirinya.. Kemudian dia bertamthil  dan berouisi sebagaimana katanya:
Aku sabar di atas kelazatan hingga hilang
Aku melazimkan diriku hijrah meninggalkan
Tidaklah nafsu melainkan yang dialami pemuda
Kalau tamak dia melemaskan  dan hasinya tiada
Berlalu hari nafsu nafsu bertambah ghirah
Semuanya hilang  tiada kekal tiada serlah.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin `Ali berkata, disoal Abu al-`Abbas daripada ma`rifat, maka katanya, ``Hakikat ma`rifat ialah keluar daripada apa yang diketahui – ma`arif.``
Dan katanya, berkata Abu al-`Abbas juga, ``Hakikat ma`rifat, bahawa tidak terlintas di hati apa yang selain dariNya.``
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa mengenal Allah, tunduk kepadaNya tiap-tiap suatu, kerana nyata kesan pemilikanNya semua.`
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Tidak bercakap seseorang tentang `al-haqq` , melainkan orang yang ianya termahjub.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa yang menjaga hatinya dengan Allah dengan secara benar, maka Allah meluncur dari lidahnya hikmah.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Tidak istiqamah iman seorang hamba, sehingga dia sabar di atas kehinaan seperti dia sabar di atas kemuliaan.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, ``Kegelapan (kezaliman) orang-orang tamak menegah dari cxahaya mushahadat.``
Katanya, aku mendengar Aba al-`Abbas berkata pada firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Setiap hari Dia dengan urusanNya`` ( Al-Rahman:  29), maka katanya ``Dia menzahirkan yang ghaib dan mengghaibkan yang zahir.``
Katanya, berkata Abu al-`Abbas, ``Pakaian hidayah bagi awam, dan pakaian haibah bagi al-`arifin, dan pakaian hiasan bagi ahli dunia, dan pakaian pertemuan bagi para auliya`, dan pakaian taqwa bagi ahli yang hadhir. Firman Allah Ta`ala bermaksud, ``Dan pakaian taqwa itulah lebih baik.`` (Al-A`raf:   26).
Katanya, berkata Abu al-`Abbas, ``Dikatakan bagi setengah hukama`. ``Dari mana engkau mendapat  sumber kehidupan ? Katanya, daripada yang menyempitkan sumber kehidupan kepada yang Dia kehendaki tanpa `illah dan melawaskan kepada yang dikehendaki, tanpa `illah.``.
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Siapa yang teliti pandangan pada perkara agamanya, Allah melawaskan jalan sirat dan timbangan, siapa yang tidak teliti tentang perkara agamanya, maka Allah menyempitkan jalannya (siratnya) pada masanya, siapa yang mengutamakan  hak Allah Ta`ala daripada haknya, nescaya terlepas dari kesusahan dan akibatnya.``
Katanya, dan banyak sekali Abu al-`Abbas menyebut-menyebut puisi berikut,
Apabila subuh  menjelma  diufuk  ternyata cahaya
Perjalanan  sama beredarnya planet-planet diangkasa
Seolah dihidangkan  kehidupan dengan minum makan
Putaran mengelilingi berterusan melangsungkan kehidupan.
Demikian ungkapan dari  Abu al-`Abbas al-Sayyari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment