BBB, 28 Jamail Akhir 1438H. = 27 Mac 2017
(Isnin):
Nama lengkap bagi Abu `Abdullah al-Rudzbari
ialah Ahmad bin `At*a` bin Ahmad al-Rudzbari, iaitu anak saudara (sebelah
perempuan) bagi Abi `Ali al-Rudzbari, shaykh di negeri Sham pada waktunya.
Dirujuk kepadanya ahwal yang khas baginya. Dia menguasai berbagai ilmu, dari
ilmu qira`at (Al-Qur`an), ilmu shari`at, ilmu hakikat, akhlak dan shama`il yang
khas baginya. Dia terkenal mengangkat kedudukan orang-orang faqir,
memeliharanya dan melazimkan adab-adab dengan mereka itu, bahkan dia kasih
kepada para fuqara`, cenderung kepada mereka dan berlemah lembut dengan mereka.
Dia meninggal di S*ur pada tahun (m. 369H.)
Mengkhabarkan kami oleh Abu `Ali, Muhammad
bin Sa`id, berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` al-Rudzbari berkata:
``Dzauq
ialah awal bagi segala wajdan, maka ahli ghaib apabila mereka minum tidaklah
menghilangkan, tetapi bagi ahli al-hudhur ianya menghidupkan.``
Dan aku mendengarkannya berkata, ``Tidak
ada sebarang perkara yang buruk, melainkan memandangnya lebih buruk oleh sufi yang sebenar,``
Tentang ini menasyidkan kepadanya oleh
Muhammad bin Nas*r bagi dirinya dalam makna:
Aku mengisyaratkan kepada kekasih dengan
isyarat mata
Maka dijawab dengan isyarat mata yang
difahamnya
Maka kataku hilang arah tempat pergian yang dituju
Adakah halangan daripada kebenaran dimaksud
itu
Kita tidak mendengar kejahatan, tapi jika
demikian
Sesungguhnya bagi sufi, maka dia lebih dari
kejahatan.
Aku mendengar Aba Nas*r `Abdullah bin `Ali
al-T*usi berkata, Aku mendengar `Abdullah al-Rudzbari berkata, ``Aku bermimpi dalam tidur ada seorang
berkata kepadaku, sahkah apa yang engkau dirikan solat ? Maka kataku sah dari segi
qasad, maka aku mendengar suara menyebut
ru`yah yang dimaksud menggugurkan ru`yah yang diqasadkan.
Katanya,
dan berkata Abu `Abdullah, ``Khusyuk di dalam solat alamat kejayaan
solat. Sebagaimana firman Allah bermaksud, ``Sesunggyhnya berjayalah orang mu`minun yang mereka itu di
dalam solat mereka itu adalah khusyu` (Al-Muminun: 1-2)
Katanya, dan berkata Abu `Abdullah al-Rudzbari, ``Siapa berkhidmat
kepada raja-raja tanpa akal, menyelamatkannya oleh kejahilan dari hukuman.``
Katanya dan berkata Abu `Abdullah
al-Rudzbari, ``Siapa yang memelihara diri dari kekejian, diselamatkannya oleh
kebenaran.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Duduk
bersama dengan keadaan bercanggahan mengganggu ketenteraman jiwa, duduk dengan
yang banyak aduan menggugat fikiran.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Tidaklah
bermaksud elok berada di dalam majlis elok dari segi hubungan, dan tidaklah
bererti elok percakapan, boleh dibicarakan soal kerahsiaan dan tidak boleh
dipercayai tentang kerahsiaan melainkan terhadap mereka yang terbukti bersifat
amanah.``
Aku mendengar `Ali bin Sa`id berkata, aku
mendengar Ahmad bin `At*a` al-Rudzbari berkata, dia disoal tentang (istilah
tasawuf) al-qabdh dan al-bast* dan daripada
hal orang yang `qabadh` dan sifatnya katanya, sesungguhnya al-qabdh seawal
sebab-sebab fana` dan `al-bast* sebab bagi baqa`. Katanya siapa yang qabdh
tentang ghaib dan hal dengan kehadiran `bast*, dan sifat daripada qabdh ialah
duka dan sifat daripada bast* ialah gembira.``
Katanya, dan berkata Abu `Abdullah, ``Siapa
yang dahaga kepada hal lebih sempurna daripada yang dahsyat dengannya dan
tidaklah orang yang dahsyat dengannya lebih sempurna daripada orang yang dahaga
kepadanya. Ini adalah keadaan qabdh al-haqq dengan al-fana` dan bast*nya dengan
al-baqa`.``
Aku mendengar Aba Nas*r berkata, ``Tasawuf
menafikan dari pengamalnya sifat bakhil dan juga menafikan dari pengamalnya
dari bersifat jahil. Seharusnya kedua-duanya bukan sifat sufi.``
Aku mendengar `Ali bin Sa`id berkata, aku
mendengar Ahmad bin `At*a` berkata, ``
Rahsia `al-sima` tiga perkara (seterusnya
semuanya tiga):
Balaghah dari segi lafaz*. Lembut maknanya
dan istiqamah manhajnya.
Rahsia watak ialah. Baik akhlak, betul
ungkapan dan tepat kejadian.
Rahsia yang benar, Ilmu tentang Allah,
tunai janji dan tinggi himmah.
Keperluan suasana. Udara yang baik, dimasuki cahaya,
menyenangkan.
Pertentangan suasana. Percanggahan kekasaran dan kekacauaan.
Menyenangkan: Kalangan sufi, fuqara` dan
pencinta mereka.
Mesra didengar. Tentang cinta, wajdan dan
takutkan Tuhan.
Gerak pendengaran: rentak, takut dan
wajdan.
Rentak gembira: Rentak, paluan tangan dan
gembira.
Ketakutan. Tangisan, memukul badan dan
suara kesedihan
Dan wajdan.
Ghaibah, pendepanan dan kejutan suara.
Demikianlah pendapat-pendapat Abu `Abdullah
al-Rudzbari yang agak sukar difahami.
Sekian.
No comments:
Post a Comment