BBB,
07 Jamadil Akhir 1438H. = 06 Mac
2017M. (Isnin):
Senarai tokoh sufi seterusnya yang disusun
oleh Al-Qushairy ialah Abu `Ali bin al-Katib. Beliau ialah bernama Al-Hasan bin
Ahmad, daripada pembesar shaykh-shaykh sufi di Mesir. Beliau bersahabat
dengan Abi `Ali al-Rudzbari, Abi Bakr
al-Misri dan lain dari keduanya. Beliau adalah satu-satu shaykh pada zamannya.
Dan adalah Abu `Uthman al-Maghribi berkata:
``Adalah Abu `Ali al-Katib dari
kalangan salikin``.
Adalah Abu `Uthman al-Maghribi
memuliakannya dan memandang tinggi
kedudukannya. Dia meninggal lebih kurang tahun (m. 340H.)
Berkata Ibn al-Katib,``Apabila tenang hati
dari ketakutan, tidak berkata lisan, melainkan dengan apa yang diberi
perhatian.``
Dan berkata Ibn al-Katib, bahawa kaum
Mu`tazilah,
``Membersihkan (mensucikan) Allah Ta`ala
dengan rasional akal, mereka silap, manakala kaum sufi membersihkan Allah
Ta`ala berdasarkan ilmu, maka mereka itu betul.``
Aku mendengar Ahmad bin`Ali bin
Jaa`far berkata, aku mendengar Aba `Ali
al-Katib berkata,
``Apabila tertumpulah hamba kepada Allah
dengan keseluruhannya, maka seawal-awal apa yang memberi faedah oleh Allah Ta`ala akan hambanya bahawa `al-istighna`
Allah daripada selainNya.``
Katanya, dan aku mendengar Aba `Ali bin
al-Katib berkata,
``Apabila seorang laki-laki mendengar
kata-kata hikmah, maka dia tidak menerimanya, maka dia berdosa, dan apabila dia
mendengarnya dan dia tidak beramal dengannya, maka dia adalah munafik.``
Katanya,aku mendengar Aba `Ali berkata,
``Bersahabat dengan pencinta-pencinta kerohanian (al`ushshaq), maka ubatnya ialah
berpisah dari mereka itu.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Bas*ri
berkata,
``Dikatakan
kepada bapaku, bahawa `Ali bin al-Katib ditanya, ``Kepada syurga mana engkau
cenderung ?`` , ``Kepada faqir atau si kaya ?``
Maka katanya, ``Kepada yang lebih tinggi
martabat dari keduanya ! Dan lebih tinggi kadar dari keduanya.``
Lantas ia mengungkapkan puisi:
Aku bukanlah penunggu di samping si kaya
Lantaran
ketinggian ada pada faqir kedana
Aku bersabar menunggu yang dapat mengganti
Allah
mengira dan memuji di atas kesabaran diri.
Di atas sanad yang sama berkata Abu `Ali,
``Allah Ta`ala mengurniakan kepada hamba
kemanisan iman bagi yang mendzikirNya. Kalau dia bergembira dan bersyukur
kepadaNya dia menjinakkannya dengan mendekatkan diri denganNya dan kalau kurang
dari segi kesyukuran, maka larian dzikir pada lidahnya hilang kemanisan.``
Dan dengan sanad yang sama, berkata Abu
`Ali bin al-Katib,
Hembusan angin adalah angin sepoi
mesra dari yang dicinta, kiranya
disembunyikan ada pertanda zahir dalilnya, Kalau dirahsiakan tetap terserlah
terbuka jua. Lantasa ia berpuisi lagi:
Apabila
rahsia disembunyi pada manusia
pecah dalam sebutan
Ternyata persoalan dibicarakan di kalangan
walau pun tidak diucapkan
Mewangi dengannya nafas-nafas mereka meninggalkan kesan bauan
Adakah rahsia kasturi dapat disembunyikan,
atau udara mampu dimampatkan ?
Dengan
sanad ini berkata Abu `Ali
al-Katib:
``Himmah adalah muqaddimah bagi setiap
sesuatu, siapa sah himmahnya dengan kebenaran, maka datanglah mengikutinya
perkara-perkara yang sah dan benar. Sesungguhnya cabang-cabang mengikut
umbi-umbi. Dan siapa yang mencuaikan himmahnya, datang mengikutinya berbagai
kecuaian. Yang cuai dari segi hal-hal dan perbuatan-perbuatan tidak layak
bertempat di hamparan kebenaran.``
Demikian ungkapan-ungkapan Abu `Ali
al-Katib.
Sekian.
No comments:
Post a Comment