BBB, 13 Jamadil-Akhir 1438H. = 12 Mac 2017M. (Ahad):
Turut disenaraikan oleh Al-Qushairy
tokoh-tokoh sufi di dalam Al-Risalat al-Qushayriyyahnya ialah
Abu Sa`id bin al-A`rabi, nama lengkapnya
ialah Ahmad bin Muhammad bin Ziyad bin Bishr bin Dirham al-`Atari, berasal dari
Basrah. Menetap di Makkah, pada masanya dialah Shaykh di al-Haram sebagai Shaykh dan `ulama` yang berkedudukan.
Dia meninggal di Makkah tahun (m. 341H.). Dia mengarang banyak kitab.
Dia
bersahabat dengan Abi al-Qasim al-Junayd bin Muhammad, Amri ibn `Uthman
al-Makki, Abi al-Husain al-Nuri, Hasnan al-Masuji, Abi Ja`far al-Khaffari dan
Abi al-Fath al-Hammali.
Beliau mempunyai sanad di dalam Hadith yang
beliau turut meriwayatkannya. Dia disifatkan sebagai seorang yang thiqah.
Mengkhabarkan kami Muhammad bin al-Hasan
daripada al-Khashshab al-Baghdadi, berkata, mengkhabarkan kami Abu Sa`id Ahmad
bin Muhammad bin Ziyad al-A`rabi al-Sufi di Makkah, dia berkata, nengkhabarkan
kami oleh Abu Yahya Muhammad bin Sa`id bin Ghalib al-Dhariri, berkata, bercakap
kepada kami Waki` daripada al-A`mash daripada Abi Salih daripada Abi Hurairah
r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Jangan kamu memaki (mencela)
sahabat-sahabatku, maka demi yang diriku di tanganNya, kalau seorang daripada
kamu memberi nafkah seperti seorang secara bermusuhan, maka tidak sampai
bantuan salah satu dari mereka dan tidak
sebahagian daripadanya.``
Berkata Ibn al-A`rabi, ``Serugi-rugi orang
yang rugi dari kalangan manusia, orang yang salih amalannya dan ternyata
keburukan orang yang lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,,
aku mendengar Aba Sa`id bin al-A`rabi berkata,
``Sesungguhnya Allah Ta`ala memperelokkan
dunia bagi al-`arifin membolehkan keluar daripadanya, dan memperelokkan syurga
bagi ahlinya kekal di dalamnya. Maka kalau dikatakan bagi al-`arif, bahawa
engkau kekal di dunia, nescaya mati kegundahan. Dan kalau dikatakan bagi ahli
syurga, kamu keluar daripadanya, juga mati kegundahan. Maka baik dunia dengan sebutan keluar daripadanya dan elok
syurga dengan sebutan kekal padanya.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Hasan bin
al-Khashshab berkata, aku mendengar Ibn al-A`rabi berkata, ``Ma`rifat
keseluruhannya mengiktiraf dengan kejahilan, dan tasawuf keseluruhannya
meninggalkan yang tidak penting (yang lebih), dan zuhud ialah mengambil apa
yang tidak dapat tidak daripadanya dan meninggalkan apa yang baki. Dan
mu`amalah keseluruhannya menggunakan
yang aula, maka yang aula ialah daripada ilmu. Dan tawakkal keseluruhannya mencampakkan lindungan dan redha
keseluruhannya dan menolak rintangan dan
mahabbah keseluruhannya memberi kesan kepada
yang dicintai keseluruhan, dan afiyah keseluruhannya meninggalkan
takalluf dan sabar keseluruhannya menerima bala dengan tenang, penyerahan
keseluruhannya tama`ninah bila mendatang, Dan yakin keseluruhannya meninggalkan
pengaduan ketika bertentang dengan apa yang diharapkan. Dan thiqah dengan
Allah, ilmu engkau bahawasanya dengan engkau. Untuk kebaikan engkau, engkau lebih tahu daripada engkau dengan diri engkau.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
berkata, aku mendengar Aba Sa`id berkata, bahawasanya Allah meminjam setengah
akhlak para walinya kepada seterunya supaya
melembutkan mereka itu dari keistimewaan
wali-wali.
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id
berkata, `Hati apabila diterima dia diberi kerihatan dengan lembut perasaan dan
apabila bercanggah dikembalikan kepada kesusahan.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id
berkata, ``Siapa yang diislahkan Allah himmahnya, maka dia tidak diganggu oleh
ujian kehuruharaan , dan tidak oleh kepayahan secara tiba-tiba, maka tinggilah
dia dengan ketinggian himmahnya hingga ke tertinggi martabat dan bersih dari
kekotoran menyeluruh.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id
berkata, ``Kesebokan engkau dengan diri engkau mengganggu engkau dari beribadat
kepada Tuhan engkau, dan tidak ada hamba yang lebih lemah dari yang lupa dari
kelebihan Tuhannya yang mengingatkannya untuk mentasbih dan membesarkanNya,
yang dia hidup dariNya, lebih dekat dari memohon pahala ke atasnya, atau dia
bermegah dengannya.``
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad
bin`Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba Sa`id bin al-A`rabi di Makkah
berkata, ``Tetap janji baik dan janji jahat daripada Allah Ta`ala, maka jika
adalah janji baik sebelum janji jahat, maka janji jahat sebagai ancaman, dan
jika adalah janji jahat sebelum janji baik, maka janji jahat termansukh. Maka
apabila keduanya berhimpun bersamaan, maka pengalahan dan penetapan ialah janji
baik, kerana janji baik ialah hak hamba, dan janji jahat hakNya `Azza wa Jalla,
dan yang mulia tidak lalai dari haknya dan dia tidak cuai dan meninggalkannya
ke atasnya.``
Katanya dan aku mendengar Aba Sa`id bin
al-A`rabi berkata, ``Sesungguhnya Allah Ta`ala menjadikan nikmatnya sebab bagi
ma`rifatNya, dan taufiqnya sebab bagi mentaatiNya dan pemeliharaanNya sebab bagi menjauhi maksiatnya, dan rahmatNya
sebab bagi taubat, dan taubat sebab bagi keampunanNya dan pendekatan
kepadaNya.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Sa`id
berkata, ``Allah Ta`ala menjadikan anak Adam dalam kelalaian, dan
ditunggangi oleh syahwat dan lupa, maka
semuanya adalah lalai, melainkan hamba yang dirahmat Allah dari melakukannya.
Sedekat manusia kepada taufiq,ialah orang yang mengetahui kelemahan dan
kehinaan diri, lemah dan kurang kebolehan, beserta tawadhu` kepada Allah, dan
kurang mendakwa diri mempunyai kekuatan di dalam pekerjaannya, melainkan dia
terhina dan mengakui kelemahannya.
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
berkata, aku mendengar Aba Sa`id
berkata, ``Peningkatan keilmuan secara bersederhana dan pergerakan kepada
hakikat dengan mukashafah.``
Katanya, disoal Abu Sa`id tentang akhlak
para fuqara`, maka katanya, ``Akhlak mereka di dalam kejadian kefaqiran,
kegoncangan di dalam kewujudan, uns dalam kerusuhan dan gusar ketika kegembiraan.``
Demikian
pendapat Abu Sa`id bin al-A`rabi yang agak unik dan istimewa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment