BBB, 01 Rajab 1438H. = 29 Mac 2017M. (Rabu):
Senarai tambahan kedua, ialah Abu `Ali
al-Jurjani, yang nama penuhnya ialah Al-Hasan bin `Ali yang dia disifatkan
sebagai `ulama` besar di Khurasan. Melihat kepada gelarannya yang dinisbahkan kepada Jurjia (Georgia), menunjukkan bahawa tokoh ini
mempunyai pertalian dari Georgia yang mana Islam tersebar luas pada zaman
kegemilangannya bukan saja ke Georgia, malah ke Armenia, Herzegovina dan ke
beberapa negara di Balkan.
Pelajar-pelajar pada masa itu turut datang mempelajari keilmuan Islam
di tempat-tempat yang maju dengan perkembangan ilmu pengetahuan seperti di
Khurasan, Tusi, Naisaburi hinggalah ke
Baghdad.
Abu `Ali al-Jurjani seorang yang alim dan
mempunyai banyak karangan. Beliau membicarakan keilmuan yang berhubung dengan
afat (kekejian), riyadhat dan mujahadat. Dia juga berbicara keilmuan yang
berhubung dengan ma`rifat dan hikmah (hikam). Dia membicarakan persoalan secara
realiti, kontroversi dan sinis
Dia bersahabat dengan Muhammad `Ali bin
al-Tirmidzi dan Muhammad bin al-Fadhl yang sebaya umur di antara mereka.
Berkata penyusun - `Abdul Rahman al-Sulami,
aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,
aku mendengar Aba `Ali al-Jurjani berkata:
``Tiga perkara daripada simpulan tauhid,
iaitu, takut, harap dan mahabbah. Maka bertambah takut daripada makin bertambah
dosa dengan melihat kepada balasan siksa Allah, dan bertambah harap (raja`), lantaran makin bertambah
kebaikan dan melihat kepada balasan baik dari Allah. Dan bertambah mahabbah
dengan bertambah dzikir dan balasan
diharapkan. Yang takut tidak tenteram untuk melepaskan dari kebimbangan,. Yang
mengharap tidak lekang dari permohonan dan yang mencinta tidak rehat dari
menyebut yang dicinta.``
Maka takut adalah api yang menyala, dan raja` ialah cahaya menyala dan mahabbah ialah cahaya yang
bercahaya.``
Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad bin
`Abdullah bin `Abdul Rahman al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Jurjani
berkata, tentang bakhil yang mengandungi tiga huruf (dalam bahasa `Arab), iaitu
– -ba` bermaksud bala`, kha`
bermaksud khusran (rugi) dan lam
bermaksud laum (tercela).
Maka bakhil ialah bala kepada diri sendiri,
rugi ialah pada usahanya dan cela pada tempatnya.``
Dengan sanad ini, maka aku mendengar Aba
`Ali berkata,
``Yang mendahului (al-muqarrabun) ialah
mereka yang paling dekat dengan kurniaan
Dan yang tertinggi dari segi maqam ialah
`ulama` yang dekat dengan Allah dari kalangan ciptaan Allah. Mereka mengenal
Allah dengan ma`rifat sebenar dan menyembahNya dengan ikhlas ibadat, mereka
berlindung denganNya dengan shauq dan mahabbah. Mereka adalah sebagaimana difirmankan
Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan sesungguhnya mereka di sisi kami
adalah dari orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya.`` (S*ad: 47).
Dengan sanad ini aku mendengar Aba `Ali
berkata, ``Daripada alamat bahagia kepada seorang hamba dimudahkan taat kepadanya,
dan muafakat dengan Al-Sunnah pada perbuatannya, dia bersahabat dengan orang
membawa kebaikan, elok akhlaknya bersama kawan-kawan, dia mengusahakan perkara
ma`ruf kepada makhluk, ambil berat kepada kaum muslimin dan amat menjaga
waktu.``
Dengan sanad ini aku mendengar Aba `Ali
berkata, ``Orang celaka ialah orang yang menzahirkan apa yang disembunyikan
Allah ke atasnya dari berbagai-bagai maksiatnya.``
Dengan sanad ini, menanyanya oleh setengah
sahabatnya, ``Bagaimanakah jalan kepada Allah ?``, Maka katanya, ``Jalan
kepadaNya banyak, sesahih jalan, seimarahnya dan jauh dari syubhah, ialah
mengikut Sunnah daripada perkataan dan perbuatan, dan azam, dan i`tiqad dan
niyyah.
Kerana Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman
bermaksud:
``Dan jika kamu mentaati, maka kamu
mendapat pertunjukan.`` (Al-Nur: 54).
Maka ditanya bagaimana jalan bagi mengikut
Al-Sunnah. Maka katanya, ``Menjauhi perkara-perkara bid`ah, mengikut apa yang
diijmakkan oleh golongan awal daripada `ulama` Islam, dan jauhi dari `majlis
al-kalam` dan ahlinya, melazimkan jalan ikutan dan turutan. Yang demikian
menyuruh Nabi s.a.w. dengan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Kemudian Kami wahyukan kepada engkau
bahawa menurut millah Ibrahim yang hanif.`` (Al-Nahl: 123).
Dan dengan sanad ini, aku mendengar Aba
`Ali disoal tentang Abi Yazid al-Bist*ami dan lafaz*-lafaz* yang dihikayatkan
daripadanya (yang kontroversi ungkapannya).
Maka katanya, ``Dirahmat Allah Aba Yazid
! Halnya dan apa yang diucapkan. Dan
semoga dia bercakap dengannya kerana sebab ghalabah (tekanan intuisi) atau
dalam keadaan kemabukan. Kalamnya, siapa yang bercakap tentangnya, dan semoga
tidak sebagaimana dihikayatkan tentangnya.
Maka lazimkan engkau wahai saudara, pertama
mengira dari segi mujahadah Abi Yazid, pemutusannya (dari realiti nyata), dan
mungkin tidak terjangkau maqam kesampaiannya, selepas melalui mujahadat. Kalau
pun engkau sampai kepada yang demikian, maka apa yang dihikayatkan tentang
kalamnya, maka tidak tertaakul akan kesampaian pada had maqam terdekat dari
maqam-maqam. Mungkin dia lebih tinggi dari itu.``
Dan dengan sanad yang sama aku mendengar
Aba `Ali berkata, ``Makhluk keseluruhan adalah medan rentasan kelalaian ! Banyak dari mereka berada di
dalam sangkaan dan mereka berdepan dengan keadaan berbolak-balik, sedangkan
mereka bercakap tentang mukashafah ?
Demikian diperkatana oleh Abu `Ali
al-Jurjani. Antaranya realiti, kontroversi dan sinis.
Sekian.
No comments:
Post a Comment