March 6, 2017

PESANAN MEMANFAATKAN DARI ABU AL-HASAN AL-MUZAYYIN


BBB, 06 Jamadil-Akhir 1438H. = 05 Mac 2016M. (Ahad):
Nama lengkap bagi Al-Muzayyin ialah Abu al-Hasan  `Ali bin Muhammad al-Muzayyin yang mendiami Baghdad. Dia bersahabat dengan Al-Junayd,  Sahl bin `Abdullah dan mereka yang segenerasi dengannya dari kalangan `ulama` di Baghdad. Dia mendiami Makkah, berhampiran (al-Haram ) dan meninggal padanya pada tahun (m. 328H.). Sebagaimana disebut oleh Abu `Abdullah al-Razi, dia adalah sewara` shaykh dan paling muhasabah dari segi hal.
Antara riwayat tentang Al-Muzayyin.
Aku mendengar Shaykh Aba `Abdul Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Muzayyin berkata:
``Melakukan dosa selepas berdosa mengakibatkan pertambahan dosa, dan melakukan kebaikan selepas kebaikan mengakibatkan pertambahan kebaikan.``
Katanya, disoal Al-Muzayyin tentang al-tauhid, maka katanya,
``Engkau mengetahui bahawa sifat-sifat Allah Ta`ala nyata bagi sifat-sifat makhluk dibandingkan sifat-sifatNya dari segi qadim berbanding dengan sifat-sifat makhluk yang baharu.``
Katanya, ``Barang siapa tidak terkaya dengan Allah, nescaya dia mengharapkan makhluk (yang lemah), siapa yang terkaya dengan Allah (mengharapkanNya), mengharapkan kepdaNya makhluk.``
Katanya, disoal Al-Muzayyin tentang ma`rifat, maka katanya, `` Bahawa engkau mengenal Allah Ta`ala dengan sempurna RububiyyahNya, dan engkau mengenal diri engkau dengan `ubudiyyah, dan engkau mengetahui bahawa Allah Ta`ala ialah awal bagi segala sesuatu, dengaNya berdiri setiap sesuatu, dan kepadaNya kembali tiap-tiap sesuatu dan Dia  memberi rezeki bagi tiap-tiap sesuatu.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar al-Warthani berkata,  aku mendengar Muhammad bin  Ahmad al-Najjar berkata, Aku mendengar Aba al-Hasan al-Muzayyin berkata,
``Jalan-jalan kepada Allah sebilangan bintang-bintang, aku berhajat kepada jalan sedemikian, tapi aku tidak mendapatinya.``
Katanya,  aku  medengar Al-Muzayyin berkata,
``Siapa yang mencari jalan kepadaNya dengan secara sendiri, diasesat mulai dari langkah pertama, siapa yang dikehendaki bagi jalan kebaikan, maka diberi pertunjuk ke jalan sedemikian. Dan nampak kepada pencapaian maksud. Berbahagialah bagi sesiapa yang qasadnya kepada Allah tanpa halangan dari halangan kejadian (langit dan bumi).``
Katanya, aku mendengar Aba Hasan al-Muzayyin berkata,
`Barang siapa terkaya kepada Allah, Allah menjadikan makhluk berhajat kepadaNya.``
Aku mendengar Aba Bakr bin shadzan berkata, aku mendengar  Aba Hasan al-Muzayyin pada satu hari, dan adalah di Tan`im, dia berkehendak ihram bagi `umrah, dia menangis sepanjang perjalanan kepadanya dan bernasyid.
``Adakah memberi manfaat air mataku, maka aku tagiskan Engkau.
Jauh sekali, tidaklah aku tamak kepada Engkau, melainkan redha.
Dia berterusan mengungkapkan sedemikian hingga dia  sampai ke pintu Makkah !
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Muzayyin berkata,
``Bila zahir akhirat fanalah padanya dunia, dan apabila zahir dzikir Allah, maka fanalah padanya dunia dan akhirat. Dan apabila tahqiqlah dzikir, maka fanalah hamba dan dzikirnya dan kekallah yang didzikir dengan sifat-sifatNya.``
Katanya, aku mendengar l-Muzayyin berkata, ``Bagi hati ada lintasan-lintasan, digamggu oleh sesuatu dari hawa nafsu, akan tetapi akal yang menyertai dengan taufiq meyekat dan menahannya.``
Katanya, disoal Abu al-Hasan al-Muzayyin tentang tauhid, maka katanya, ``Bahawa engkau metauhidkan Allah dengan ma`rifat dan engkau mengesakanNya dengan ibadah dan engkau mengesakanNya dengan kembali kepadaNya pada tiap-tiap apa pada engkau dan ke atas engkau dan engkau mengetahui setiap apa yang terlintas di hati engkau, atau kemungkinan isyarat kepadanya, maka Allah Ta`ala berlainan dari sedemikian.  Dan engkau ketahui bahawa sifat-sifatNya  nyata bagi sifat-sifat makhlukNya. Bahawa sifat-sifatNya qadim sebagaimana nyata sifat-sifat makhluk adalah baharu.``
Aku  mendengar `Abdul  Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Muhammad bin Ahmad  al-Najjar  berkata, aku mendengar Aba al-Hasan al-Muzayyin berkata, ``Siapa yang berhajat kepada Allah Ta`ala dan sah kefaqirannya kepadaNya, iaitu dengan melazimi adab-adabnya, maka dikayakannya Allah dengannya daripada tiap-tiap barang  yang selain darinya.``
Katanya, aku mendengar Al-Muzayyin berkata, ``Memiliki hati dengan membersih dari  daya dan kekuatan.`` - Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
Katanya, aku mendengar Al-Muzayyin berkata, ``Siapa yang dibentang daripada mushahadah kepada Tuhannya menjadiknnya oleh Allah dia berusaha pada mentaatiNya dan khidmat kepadaNya. Dan kalau nyata baginya ancaman, dia tidak mungkin dipisahkan.``
Katanya, diriwayatkan Abu al-Hasan pada satu hari berfikir, dan mengalir air matanya, maka dikatakan kepadanya, Mengapakah sedemikian wahai shaykh, maka katanya, `Aku mengingatkan hari lepas yang menyukarkan mencapai kemahuan dan melalui hari demi hari, khidmatku kepada kalangan sadat dari sahabat-saahabatku, aku mengingati keadaanku dari masa mengalami kemuliaan ahwal. Maka ia berpuisi:
Tempat-tempat aku mengingini dan  menjinaki
Hari-hari demi hari-hari mengharapkan  matang diri
Katanya, aku mendengar Aba al-Hasan al-Muzayyin berkata,
Yang heran dengan kerjanya istidrak, yang mengelokkan sesuatu daripada ahwalnya mensyukuri dengannya dan menyangka dia sampai adalah tertipu daya (angkuh). Sebaik-baik dari segi  hal ialah siapa yang berkemampuan dari segi perbuatan dan hal, dia tidak menyaksi lain dari Yang Satu dan tiada kecewa dengannya dan tiada kerinduan melainkan kepadaNya.
Katanya di soal Al-Muzayyin daripada faqir yang sebenar, maka katanya, ``Yang tinggal kepada jaminan Allah kepadanya dan membimbangkannya dari masuk faktor-faktor lain dengan berbagai wajah yang boleh mengubah dan mempengaruhi tumpuan.
Demikian  berbagai  pesanan bermanfaat dari Al-Muzayyin yang dapat dijadikan panduan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment