BBB,
12 Jamadil Akhir 1438H. = 11 Mac
2017M (Sabtu):
Senarai seterusnya yang disusun oleh
Al-Qushairy ialah Ibn Yazdaniar. Beliau ialah Abu Bakar, al--Husain bin `Ali
bin Yazdaniar dari keturunan Arminia. Dia mempunyai tariqat tasawuf yang khusus
baginya. Dia adalah alim lagi wara`. Dia mengingkari setengan ungkapan dan
lafaz* mereka (sufi). Kealimannya lebih ketara dari segi ilmu z*ahir, ilmu
mu`amalat dan ma`arif.
Beliau mempunyai kedudukan di dalam sanad
Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami Abu Bakar,
Muhammad bin `Abdullah bin `Abd al-`Aziz bin Shadzan al-Razi, berkata,
mengkhabarkan kami Abu Bakar, al-Husain bin `Ali bin Yazdaniar al-Sufi,
berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Yunus bin Musa al-Basri, bahawasanya
dia berkata, bercakap kepada kami Abu `As*im al-Dhahhak bin Mukhallad al-Nabil
berkata, bercakap kepada kami Ibn Juraij daripada Abi al-Zubair, daripada
Jabir, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda, bermaksud:
``Orang mu`min makan di dalam bekas yang
satu dan orang kafir makan di dalam tujuh bekas (am`aa`).``
Menurut catatan, ini adalah Hadith sahih,
dikeluarkan oleh Ahmad pada Musnadnya dan juga oleh dua Shaykh - Bukhari dan Muslim, al-Tirmidzi, Ibn Majah
daripada Ibn `Umar. Dan dikeluarkan oleh Ahmad dan Muslim daripada Ibn Jabir
dan dikeluarkan oleh Ahmad dan dua shaykh daripada Abi Hurairah dan
duikeluarkan oleh Muslim dan Ibn Majah daripada Abi Musa. Demikian al-Khatib
al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad. Juga di dalam Al-Jami` al-S*aghir dan
Miftah al-Tartib).
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar Aba Bakr Yazdaniar berkata,
``Jagalah, engkau tamak pada `uns` dengan Allah,
sedangkan engkau suka `al-uns` dengan manusia, jagalah, engkau tamak pada
cintakan Allah, sedangkan engkau tamak pada kelebihan-kelebihan, dan jagalah
engkau tamak pada kedudukan di sisi Allah, sedangkan engkau suka pada kedudukan
pada sisi manusia.``
Aku
mendengar Aba al-Faraj berkata, aku mendengar `Ali bin Ibrahim al-Armawi
berkata, Aku mendengar Ibn Yazdaniar
berkata,
``Engkau melihat aku, aku telah bercakap
dengan apa yang telah aku bercakap dengannya, mengingkari tasawuf dan kesufian.
Demi Allah aku tidak bercakap kepada mereka melainkan dengan rasa ghirah
terhadap mereka, kalau-kalau , mereka mendedahkan rahsia al-haq, dan menyatakan
kepada yang bukan ahli. Maka membawa kepadaku kepada ghirah berkenaan ke atas mereka. Dan bercakap kepada mereka
itu, kecuali mereka itu adalah tokoh-tokoh berkelayakan, maka dengan mahabbah
dengan mereka membawa kepada taqarrub kepada Allah.``
Ternyata Abu Bakar Yazdaniar melihat bahawa
tidak sewajar didedahkan tentang ilmu tasawuf, khususnya pada yang tidak
mmpunyai asas. Keilmuan ini hanya layak dibicarakan oleh mereka yang berkebolehan di
dalam bidang tersebut, kalau tidak baginya, ia boleh membawa lebih kepada kerosokan dari kebaikan.
Aku mendengar Abu Bakar al-Razi berkata,,
aku mendengar Aba Bakr Yazdaniar, beliau
disoal,
``Apakah perbezaan antara murid dan
al-`arif ?``
Maka katanya, ``Murid ialah penuntut. Dan
`arif ialah perkara yang dituntut
(mat*lub). Yang dituntut ialah yang dikehendaki, manakala yang mencari gemar
dengan yang dituntut.``
Katanya, aku mendengar Ibn Yazdaniar
berkata,
``Al-Mahabbah asalnya ialah muwafakat. Dan yang mengasihi dia yang
memberi kesan redha kepada yang dikasihi di atas semua perkara.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar berkata,
``Roh adalah tempat tanaman bagi kebaikan,
kerana dia adalah logam rahmat, manakala nafsu dan jasad ialah tempat tanaman
kejahatan, kerana dia adalah logam syahwat. Dan roh memang dijadikan untuk
kemahuan kebaikan dan nafsu dijadikan dengan kemahuan kejahatan. Hawa nafsu
mentadbirkan jasad, dan akal mentadbirkan roh, dan ma`rifat hadir pada barang
antara akal dan hawa. Dan ma`rifat itu
di dalam hati. Dan hawa dan akal berbalah dan menguasai. Hawa ialah tentera
nafsu, akal tentera bagi hati. Dan taufiq daripada Allah membantu akal,
kehinaan mewmbantu hawa. Dan kejayaan bagi siapa yang dikehendaki Allah
kebahagian baginya dan kehinaan bagi
siapa yang dikehendaki Allah kecelakaan.
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar
berkata,
``Redha
makhluk dengan Allah adalah keredhaan mereka itu dan dia melakukannya
dan redha mereka itu hendaklah muwafakat dengan Redha Allah.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar
berkata,
``Ma`rifat ialah membetul ilmu dengan Allah
dan yakin pandangan (naz*ar) dengan mata hati kepada apa yang pada Allah Ta`ala
dengan apa yang dijanji dan pada perbendaharaanNya.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar
berkata, ``Ma`rifat ialah tahqiq hati dengan wahdaniyyat Allah Ta`ala.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Yazdaniar
berkata, ``Ma`rifat ialah lahirnya hakikat dan bertemu shawahid.``
Katanya, aku mendengar Ibna Yazdaniar
berkata, ``Barangsiapa beristighfar kepada Allah, sedang dia terus melazim dan melakukan dosa, maka
Allah mengharamkan ke atasnya taubat dan dari kembali kepadaNya.
Demikian pendapat Ibn Yazdaniar yang dapat
diikuti dan dinilai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment