March 5, 2017

KEPELBAGAIAN PENDAPAT ABU YA`KUB AL-NAHRAJURI


BBB,  05 Jamadil-Akhir 1438H. = 04 Mac 2017 (Sabtu):
Al-Nahrajuri, ialah Abu Ya`kub Ishaq bin Muhammad al-Nahrajuri ialah dari kalangan `ulama` dan shaykh-shaykh  sufi mereka. Bersahabat dengan Abi `Amrin bin `Uthman al-Makki, Abi Ya`kub al-Susi, Al-Junayd  dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh. Menetap di Tanah Haram bertahun-tahun lamanya dan meninggal di sana tahun (m. 330H.). Adalah Abu `Uthman Maghribi berkata, ``Aku tidak tengok di kalangan shaykh-shaykh kami lebih bercahaya darinya.
Riwayat-riwayat tentangnya:
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata,  aku mendengar Aba al-Husain Ahmad bin `Ali  berkata, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata:
``Dunia ibarat laut, yang lain adalah pantai. Perahu adalah Taqwa dan manusia adalah pelayar.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Razi, berkata, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Aku melihat seorang lelaki sedang bertawaf bermata satu. Dia berkata:
`Aku berlindung dengan Engkau daripada Engkau`.
Aku berkata, ``Doa apakah ini ?``. Katanya , Pada satu hari aku melihat seorang, aku mendekatinya secara baik. Tiba-tiba sebuah tempeleng mengenai mataku dan mengalir air mataku. Tiba-tiba aku mendengar ungkapan, ``Satu tempeleng dengan satu penglihatan dan kalau ditambah pandangan akan ditambah pukulan !``.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali berkata, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, `` Sebaik-baik ahwal yang menepati ilmu.``
Aku mendengar Aba  Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba Ya`kub al-Nahrajuri berkata, ``Tentang al-fana` dan al-baqa`. Dia adalah fana` dari segi melihat  mendirikan kehambaan kepada Allah. Dan baqa` melihat melaksanakan Allah akan hukum-hukum.``
Katanya, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Benar ialah muwafakat dengan Haqq secara sembunyi dan nyata. Dan hakikat benar ialah kata-kata secara Haqq, walaupun pada tempat-tempat yang  dianggap mebinasakan.``
Katanya, aku mnendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Hamba menyembah Allah sebagai  pengingatan dan arif menyembahNya secara kecintaan.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar  Al-Nahrajuri berkata pada kata-kata yang berkata, ``Beringatlah daripada manusia dari kejahatan buruk sangka`` maka katanya, `Buruk  sangka dengan  diri kamu  dan juga buruk sangka dengan manusia.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Merentasi dunia dengan langkah-langkah kami, dan merentasi ke akhirat melangkauinya dengan hati.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Siapa yang kenyang dengan makanan, sesungguhnya dia sentiasa di dalam kelaparan. Siapa yang kaya dengan harta dia sentiasa berhajat (muftaqiran), siapa yang bertujuan berhajat kepada makhluk, sentiasa terhalang,, siapa yang memohon persoalan yang dihadapi selain daripada Allah, dia sentiasa di dalam kehinaan.``
Aku mendengar Aba al-Husain berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali berkata, aku mendengar Aba Ya`kub berkata, ``Yang menghasikan ahli hakikat pada hakikat mereka itu, bahawasanya Allah Ta`ala tidak luput, maka dipohon dariNya, tidak ada penghujung, maka dia mendapati. Siapa yang berkehendak pada kewujudan dia boleh membawa kepada ghurur. Adapun wujud di sisi kita ialah mengetahui hal dan menkashaf ilmu dengan bukan hal.``
Dan dengan sanadnya dia berkata, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, berhubung dengan firman Allah Ta`ala bermaksud, ``Dia menjualnya dengan harga yang rendah`` (Yusuf: 20), maka dia berkata, ``Kalau dijadikan harganya dengan dua kawn (langit dan bumi) masih lagi murah pada pandangannya dan apa yang dikhaskan dengannya.``
Dengan sanadnya berkata, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Mushahadah roh adalah tahqiq, sedang mushahadah hati ialah ta`rif.``
Dengan sanadnya Al-Nahrajuri berkata, ``Kepatuhanku adalah hak Tuhanku yang harus kudului agar tidak mendukakan diri. Apabila diizinkan bagiku menunaikan hak, ini adalah menggembirakan daku. Ia adalah nikmat dari kemurahan, kelebihan, penunaian janji sebagaimana disifatkan. Sifat hamba antaranya lemah dan daif.``
Dengan sanad ini dia berkata,  aku mendengar Al-Nahjuri berkata, ``Ma`rifat manusia dengan Allah  menjadikannya keheranan  denganNya.``
Aku mendengar Aba  al-Husain berkata, aku mendengar Ibrahim bin Fatik berkata, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Keyakinan adalah mushahadah iman dengan ghaib.``
Katanya, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Siapa mengenal Allah dia tidak berpaling dariNya.``
Katanya, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata,  al-jam` (menghimpun) adalah   kebenaran yang berdiri dengannya sesuatu, sedang perpecahan (al-tafriqah)  mencerahkan kepada hak dari segi batin.``
Aku mendengar Al-Nahrajuri berpuisi. Dia mengungkap:
Ilmuku daripadaNya, dengan langkah uzur ke sampingmu
Cukup memada  sebagai pemberian sewajar tidak mengadu
Ku berpegang dengan ilmumu, sebagai hujah peganganku
Sebagai maqam mushahadah adil tanpa sebarang  pengaduanku.
Katanya, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata, ``Tidak sampai seorang `arif kepada Tuhannya, melainkan dengan tiga aspek kalbu, iaitu ilmu, amal dan akhlak.
Katanya, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata bagi seorang lelaki, ``Nyatakan himmah ! Maka katanya, kenapa engkau berkata sedemikian, wahai shaykh, katanya kerana Allah Ta`ala berfirman bermaksud, ``Katakanlah harta dunia adalah sedikit.`` (Al-Nisa`: 77).  Lihatlah nasib engkau dari kesedikitan ini, berapa yang ada pada tangan engkau daripadanya, sedang engkau bakhil dengannya, engkau mau manusia memuliakan dikau, kalau dengan dzatnya, sesungguhnya engkau berbelanja amat sedikit, kalau engkau tegah, engkau tegah sesuatu yang sedikit. Maka tidaklah dengan tegahan engkau dicela dan tidak juga dengan membelanjakan engkan mendapat pujian !.
Demikian kepelbagaian pendapat Abu Ya`kub al-Nahrajuri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment