BBB, 26 Jamadil-Akhir 1438H. = 25 Mac
2017M. (Sabtu):
Nama selengkap bagi Abi al-Qasim al-Nas*r
Abadzi, ialah Ibrahim bin Muhammad bin Mahmawayh, Shaykh Khurasan pada waktunya.
Berasal dari Naisabur dan di situ dia mendapat didikan, bahkan dilahirkan. Dia
muraja`ah kepada berbagai-bagai ilmu pengetahuan daripada menghafal sirah dan
menghimpunkannya. Juga mempelajari berbagai ilmu tawarikh dan khas mempelajari
tentang ilmu-ilmu hakikat. Dia disifatkan satu-satu shaykh baik dari segi ilmu
dan hal pada zamannya.
Dia juga dikenali sebagai Shaykh Khurasan
dan bersahabat dengan Abi Bakr al-Shibli, Abi `Ali al-Rudzbari, Abi Muhammad
al-Murta`ish dan shaykh-shaykh yang lain. Dia tinggal di Naisabur dan keluar
pada penghujung umurnya ke Makkah dan menunaikan haji tahun 336H. Dia tinggal
berhampiran al-Haram dan meninggal pada tahun 367H.
Dia adalah `alim di dalam ilmu Hadith. Dia banyak menulis (salin) Hadith-Hadith dan
meriwayatkannya. Dia disifatkan sebagai seorang yang thiqah.
Antara Hadith yang mana ia adalah di dalam
sanad sebagai perawi:
Bercakap kepada kami Ibrahim bin Muhammad
bin Mahmawayh, al-Nas*r Abadzi al-Sufi berkata,
Bercakap kepda kami Ahmad bin Muhammad bin
Fadhalah al-T*usi, berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin Thaqif berkata,
bercakap kepada kami Hafs* bin Yahya daripada Kharijah bin Mus*`ab daripada
Ayyub daripada Yahya Ibn Kathir, daripada Fat*imah binti Qays –( riwayat
al-Sha`bi), berkata Fatimah, ``Mentalaqkan daku suamiku tiga kali pada masa
Rasulullah s.a.w, maka bersabda Rasulullah s.a.w. ``Tidak boleh sekedudukan dan
tiada nafkah.``
Aku mendengar Shaykh Aba `Abdul Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar Al-Nas*r Abadzi berkata, ``Apabila ternyata bagi engkau sesuatu daripada
pertanda kebenaran, maka jangan engkau berpaling bersamanya kepada syurga dan
tidak kepada neraka, dan jangan ada lintasan kedua-duanya di dalam hati engkau,
maka apabila engkau kembali daripada hal itu, maka besarkanlah apa yang
dibesarkan Allah.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata,
dikatakan kepada Al-Nas*r Abadzi, bahawa setengah manusia duduk bersama orang
yang lupa dan berkata, ``Aku ma`sum melihat mereka itu (perempuan), maka
katanya, selama gambaran bayangan dia kekal, kerana soal suruh dan larang kekal
dan soal halal dan haram dikhitabkan dengannya dan tidak melampaui perkara
shubuhat, melainkan dia terdedah kepada perkara yang haram.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, berkata Al-Nas*r Abadzi, ``Asal tasawuf ialah melazimkan amal menurut
al-Kitab dan al-Sunnah, meninggalkan perkara nafsu dan bid`ah, menghormati
guru, sentiasa berwirid, tinggalkan perkara rukhs*ah dan penta`wilan.
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi
berkata, ``Muwafaqat dengan athar adalah elok, dan muwafakat dengan suruhan
lebih elok, siapa yang muwafaqat dengan Haqq, sama ada dalam lahz*ah atau
lintasan, kiranya ia tidak selari dengannya selepas itu, maka dia bersalahan
dengan hal.``
Aku mendengan Al-Nas*r Abadzi berkata, ``
``Yang gemar memberi, tidak ada ukuran
baginya, dan yang gemar melihat kepada pemberi, maka dipuji.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim disoal,
``Adakah tidak diri dan harta bagi Allah `Azza wa Jalla ? Bagaimana dia membeli
barang yang baginya? Maka ia berkata, `Dia sebagai memuliakan namaNya. Dia
membeli daripada mereka itu apa yang bagiNya, memperlihatkan kepada mereka itu,
seperti ayah membeli sesuatu untuk anak, sebagai perhatian, dia memilikkan
engkau akan diri engkau. Kemudian digugurkannnya dari milik engkau, supaya tidak
jatuh kepada engkau, dengan memilikkannya kepada engkau, gantian dengan engkau
membeli dengannya menggantikannya
(engkau beli perkara yang tidak ditimbangkan).
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi berkata, ``Sesuatu mempunyai dalil
daripadanya dan tidak ada dalil ke atasnya selain daripadanya.``
Aku mendengarnya berkata, ``Ibadat menuntut tumpuan jiwa,
kesalahan menandakan ketaqsiran. Seharusnya ditingkatkan kepada yang lebih baik
bagi mendapat ganjaran yang lebih baik.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nasr Abadzi
berkata, ``Darah keluarga terdekat dari pertalian keturunan dan darah orang
yang cinta cergas dan hangat.``
Aku mendengar Aba l-Qasim berkata, ``Ahli
al-mahabbah berdiri di atas maqam yang haqq, jika kamu ke depan tidak kelihatan
dan jika engkau lewat terlindung.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim berkata,
``Bebanan haqq tidak tertanggung melainkan mereka yang berhak.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim berkata,
``Menarik haqq dari tarbiah dan amalan di dalam al-thaqalain.``
Demikian pendapat Abu al-Qasium al-Nasr
Abadzi yang antaranya menuntut ketelitian untuk difahami.
Sekian.
No comments:
Post a Comment