March 2, 2017

ABU `ALI AL-THAQAFI PENGUKUH SUNNAH


BBB,  02 Jamadil Akhir 1438H. =  01 Mac 2017M. (Rabu):
Abu `Ali al-Thaqafi, ialah panggilan bagi Muhammad bin `Abdul Wahhab. Dia bersahabat dengan Aba H*afs* dan Hamdun al-Qas*s*ari.  Dia adalah imam bagi kebanyakan ilmu shara` dan mendepani pada setiap bidang. Namun terganggu semua bidang, kerana tertarik dan tertumpu minat kepada ilmu tasawuf. Dia bercakap tentang keilmuan tasawuf ini seelok-elok percakapan – terutama tentang keaiban  diri dan kekejian amalan serta keperluan menurut Sunnah. Dengannya terkenal ilmu tasawuf di Naisaburi. Dia meninggal pada tahun (m. 328H.).
Adalah Abu `Uthman al-Hiri berkata, ``Sesungguhnya dia banyak memberi manfaat kepada diriku, khususnya apabila aku melihat kepada kekhusyukan pemuda ini, ya`ni Aba `Ali al-Thaqafi.
Abu `Ali al-Thaqafi mempunyai sanad dalam meriwayatkan Hadith hingga kepada Rasulullah s.a.w.
Diperturunkan dua sanad Hadith berkenaan:
Mengkhabarkan kami Abu Bakr, Muhammad bin `Abdullah bin Zakariyya berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin `Abdul Wahhab al-Thaqafi berkata, bercakap kepada kami Abu al-Ah*was*, Muhammad bin al-Haitam, bercakap kepada kami Ibn `Ufair berkata, bercakap kepada kami al-Fdhl bin al-Mukhtar al-Bas*ri daripada Hisham bin Hassan daripada al-Hasan daripada Anas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud:
``Siapa daripadamu (hendak)  datang berjuma`at, maka hendaklah dia mandi.``
Mengkhabarkan kami Abu al-Husain, Muhammad bin Muhammad bin al-Hasan al-Karizi berkata, bercakap kepada kami Abu `Ali, Muhammad bin `Abdul Wahhab al-Thaqafi berkata, bercakap kepada kami Isma`il bin Ishaq berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Salamah daripada Malik daripada Ishaq bin `Abdullah bin Abi T*alh*ah daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud:
``Mimpi yang elok dari lelaki yang salih satu juz` daripada empat puluh enam juz` daripada nubuwwah.``
Ini adalah Hadith  sahih diriwayatkan oleh Ahmad di dalam musnadnya dan Bukhari dan Muslim di Sahih kedua-duanya. Juga diriwayatkan oleh Abu Da`wud dan Tirmidhi.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Mansur bin`Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Thaqafi berkata, ``Kalaulah seorang lelaki menghimpunkan ilmu-ilmu keseluruhan dan bersahabat dengan kumpulan-kumpulan manusia, dia tidak sampai kepada kelakian (keunggulan) sebenarnya, melainkan dengan  ujian (riyadhiyyat) daripada shaykh, imam, mu`addib (sasterawan) yang memberi nasihat. Siapa yang tidak mengambil persuratan dari ustadz yang dapat mengkritik kesilapan dan keaiban amalannya dan menilai diri dan ilmunya, maka tidak harus dia menjadi ikutan dan pembetulan  panduan.
Berkata Abu `Ali al-Thaqafi r.a. ``Akan datang kepada umat ini satu zaman yang tidak baik dari segi kehidupan bagi orang mu`min, kerana terpaksa bersandar kepada ketidakjujuran (munafik).
Katanya lagi,, upp (celaka)  kepada yang semata tumpukan kepada keduniaan dan upp juga orang hasratnya berpaling (kepada tidak baik), yang berakal yang tidak cenderung sama ada gangguan hidup dan tidak pula berpaling  oleh ujian.
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata,  aku mendengar Aba `Ali al-Thaqafi berkata,
``Sempurna `ubudiyyah ialah lemah dan pendek daripada mendapat ma`rifat `illah sesuatu dengan cara kulliyyah.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu `Ali al-Thaqafi, ``Bagi tiap-tiap sesuatu ada had dan kesempurnaan, siapa yang terlibat dengan sesuatu kepada had-hadnya, maka dia telah berjaya dan lulus, siapa yang kurang daripada had-hadnya, maka dia rugi dan kurang dari haknya, siapa melebihi hadnya, maka dia berada pada pinggir yang boleh membawa kepada kebinasaannya.``
Dengan sanad ini berkata Abu `Ali al-Thaqafi kepada setengah sahabatnya, sayugia engkau tidak memisahkan empat perkara yang halal, iaitu, ``Benar pada percakapan, benar pada amalan, benar pada hubungan kasih sayang (al-mawaddah) dan benar pada amanah.``
Dengan sanad yang sama  berkata Abu `Ali al-Thaqafi,  ``Allah tidak menerima amal-amal, kecuali yang betul, dan daripada yang betul ialah bersih dan ikhlas dan daripada keilhlasan hendaklah bersesuaian dengan al-Sunnah.``
Dan dengan sanad yang sama berkata Abu `Ali al-Thaqafi, ``Siapa yang bersahabat dengan pembesar-pembesar bukan di atas jalan penghormatan dia diharamkan , yakni tidak mendapat faedah dari mereka itu, tiada keberkatan memandang mereka dan tidak lahir baginya dari cahaya-cahaya mereka sesuatu.``
Dengan sanad ini kata Abu `Ali al-Thaqafi, ``Jangan engkau memohon pembetulan perkara yang tidak betul, dan jangan meminta diperbetulkan adab dari orang yang tidak beradab.``
Dengan sanad ini berkata Abu `Ali, ``Ilmu menghidupkan hati daripada kejahilan dan cahaya mata dari kegelapan.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu `Ali, ``Cabang-cabang (dahan-dahan) yang betul tidak bercabang melainkan dari umbi (batang) yang sebenar, siapa yang mau betul perbuatan menurut Sunnah, maka hendaklah dia perbetulkan keikhlasan hatinya, kerana betul pada zahir amalan bergantung pada betul ikhlas dalaman.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, ``Aku menghadiri majlis Abu `Ali al-Thaqafi, maka dia bercakap tentang mahabbah dan hal orang-orang yang di dalam kecintaan, lalu dia mengungkapkan puisi berkenaan  mahabbah:
Hingga bila  terganggu saat-saat penungguan
Berapa lagi pemutusan dan penghijrahan
Waspada  pada kepentingan masa berlaku
Perpisahan antara hubungan penaka waktu.
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Thaqafi berkata,
``Tiada sesuatu yang lebih utama engkau berpegang dengannya daripada diri engkau dan tidak ada sesuatu yang lebih aula engkau mengalahkannya daripada hawa nafsu engkau.``
Demikian pendapat Abu `Ali al-Thaqafi yang antaranya membicarakan soal pengukuhan Sunnah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment