BBB, 03
Jamadil Akhir 1438H = 02 Mac 2017 (Khamis):
Abu al-Khair al-Aq*ta` adalah berasal dari
Maghribi, Utara Afrika. Dia tinggal di
Tinat - seoalh-olah jama` muannath salim
bagi perkataan `Tinah`. Nama Tinat ini adalah merupakan tempat berada di
perpantaian laut Sham – Tepian laut mediterranean kini. Dulu dikenali sebagai
`Laut Putih` - Laut Sham. Dia dikatakan
mempunyai ayat-ayat, karamat dan firasat yang tajam. Dia mempunyai kedudukan
penting dari segi tasawuf.
Abu al-Khair al-Aqt*a` bersahabat dengan
`Abdullah bin al-Jala` dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh sufi.. Dia
satu-satu tokoh sufi yang mempunyai ``Tariqat al-Tawakkal``. Binatang buas dan
berbisa dikatakan jinak dan suka kepada beliau. Beliau mati pada tahun (m. 340H. Lebih
kurang).
Abu l-Khair al-`Aqt*a` pernah bermimpi
berhubung dengan Rasulullah s.a.w.
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah al-Isfahani
berkata, aku mendengar Aba al-Khair al-Aqt*a` berkata:
``Aku masuk ke
bandar Madinah Rasulillah s.a.w. dan aku di `Faqah`, aku bermukim lima hari, aku tidak
mengalami apa-apa dzauq, aku melawat kubur dan aku memberi salam kepada Nabi
s.a.w. dan kepada Abu Bakar dan `Umar r. `anhuma dan aku berkata, ``Aku menjadi
tamumu pada malam ini ya Rasulallah. Aku mengambil tempat di sudut dan aku
tidur di belakang mimbar. Aku bermimpi dalam tidur menemui Rasulullah s.a.w.
dan Abu Bakar di kanannya dan `Umar di
kirinya dan `Ali bin Abi Talib di antara keduanya r.`anhum, maka menggerakkan
aku oleh `Ali dan berkata, ``Bangun ! Sesungguhnya Rasulullah telah datang,
maka katanya, ``Aku berdiri kepadanya. Aku mencium antara dua matanya . Dia
memberi kepadaku sekeping roti. Aku
makan separuhnya, apabila aku terjaga kudapati di tanganku separuh daripada
roti itu.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,
menasyidkandaku Abu al-Khair al-Aqt*a`:
Menyelinap kasih di hatinya dan rindu
Dan dhapus – tiada kesan oleh hawa nafsu
Tiada kelihatan oleh penaka sangkaan
Tersembunyi
dirosakkan oleh sangkaan.
Dengan sanad ini berkata Abu al-Khaiur
al-Aqt*a`:
``Hati adalah bekas, maka ada bekas yang penuh dengan iman, maka alamatnya ialah
kasihan belas terhadap sesama muslimin, mengambil berat terhadap apa yang
diperlu mereka dan menolong mereka itu dengan apa yang dapat memberi kebaikan
kepada mereka. Dan ada hati yang penuh dengan nifaq, maka alamatnya ialah dendam, kesumat, tipu daya
dan hasad.``
Aku mendengar Aba al-Hasan, Muhammad bin Zaid
berkata, aku mendengar Aba al-Khair al-Aqt*a` berkata,:
``Tidak bersih hati engkau melainkan dengan
memperbetulkan niat kepada Allah Ta`ala, dan tidak bersih badan engkau
melainkan dengan berkhidmat kepada auliya` Allah Ta`ala.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Khair:
``Tidak sampai seseorang kepada hal yang
mulia, melainkan dengan melazimkan muwafakat, menjaga adab, menunaikan
kewajipan-kewajipan fardhu, bersahabat dengan orang-orang salih dan menghormati
para fuqara` yang benar.``
Dan dengan sanad yang sama berkata Abu
al-Khair al-Aqt*a`:
``Haram di atas hati yang patuh dengan suruhan
mencintai keduniaan sedang dengan rohnya bertasbih kepada yang ghaib.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata,,
aku mendengar Aba al-Khair al-Aqt*a` berkata,
``Sesungguhnya yang berdzikir kepada Allah,
tidak bergantung pada dzikirnya. Dia menyerah kepada penerimaan Allah dengan penyerahannya.``
Katanya, dan berkata Abu al-Khairal-Aqt*a`:
``Siapa yang tidak bersama Allah sebagai kehadiran berterusan dengan ma`rifat
pengenalan, dan menjaga pembawaan berterusan denganNya, dan mushahadah dengan
sebenar, maka akan mengganggu dirinya
dengan kedukaan, berterusan ujian dalam perubahan zaman.
Katanya, berkata Abu al-Khair al-Aqt*a`:
``Dakwaan-dakwaan dengan kelebihan-kelebihan menjadikan hati tidak
tertanggung hingga terkeluar pada lisan yang sepatutnya tidak dikeluarkan,
bahkan tidak dilhat kebenarannya sebagai tidak dilihat oleh yang buta daripada
kebaikan ,maupun kehuduhan.
Bermaksud ada perkara-perkara kerahsiaan yang
tidak sepatutnya didedahkan, yang
antaraya boleh membawa kepada fitnah dan
masalah. Bahkan ada perkarayang hendak diperkatakan perlu dilihat dari
kesesuaian khalayak. Ketidak kesesuaian meyebabkan mereka menolak yang
menyebabkan kerugian dan bertukar dari perkara yang dapat memanfaatkan kepada
kemudharatan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment