BBB,
27 Jamadil AKHIR 1438H. = 26 MAC 2017M. (Ahad):
Termasuk di dalam senarai yang disusun oleh
Al-Qushairy, ialah Al-H*us*ri. Beliau adalah Abu al-Hasan, `Ali bin Ibrahim,
berasal dari Bas*rah, tinggal di Baghdad. Dia adalah Shaykh di `Iraq dan lidah
baginya. Kata Al-Sulami, ``Kita tidak melihat pada orang yang kita lihat
daripada shaykh-shaykh lebih sempurna dari segi hal, dan tidak ada seindah
lisan sebagaimananya dan lebih tinggi dari segi kalam (percakapan)``. Atau
sebagaimana disifatkan oleh Al-Qushairy,``Mengajaibkan dari segi hal dan lisan.``
Dia adalah satu-satunya shaykh dan lisan
zaman. Bahkan dia adalah satu-satunya yang membawa t*ariqatnya. Dia setinggi-tinggi
shaykh, bijaksana dan lembut. Dia adalah lisan pada tauhid yang dia istimewa
dengannya dan mempunyai maqam pada tafrid dan tajrid bagi dirinya dan tidak
bersyarikat padanya seorang selepasnya. Dia adalah ustaz bagi penduduk `Iraq.
Dia membawa nilai adab yang mengadabkan mereka itu.
Beliau bersahabat dengan Abi Bakr al-Shibli
dan lain-lain daripada shaykh-shaykh. Dia meninggal di Baghdad pada hari
Juma`at pada bulan Dzil Hijjah tahun (m. 371H.).
Berkata Al-H*us*ri, ``Manusia berkata, Al-H*us*ri tidak bercakap tentang nawafil,
pada hal padaku ada aurad daripada hal pemuda, kalau aku meninggalkan satu
raka`at, nescaya aku lagha, maka aku bertaubat.``
Dan kata Al-H*us*ri, ``Siapa mendakwa
tentang sesuatu daripada hakikat, maka didustakan oleh penyaksiaan (shawahid)
dan menjelaskannya oleh barahin.``
Aku mendengar `Abd al-Wahid bin Bakar,
berkata, aku mendengar `Ali bin Ibrahim berkata, ``Sufi tidak digoncang oleh
goncangan dan tidak tetap pada penetapannya.``
Aku mendengar Shaykh Aba al-Hasan al-H*us*ri,
berkata, ``Adam pada tempatnya, adalah tempat bagi `illah-`illah, maka
dikhitabkan menurut kesesuaian
`illah-`illah. Firman Allah Ta`ala bermasud:
``Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai
ni`mat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga itu dan tidak akan
bertelanjang .`` (Taha: 118).
Dan jikalau tidak, maka tiada maqam
berdekatan yang memberi kesan kepadanya dari segi lapar dan bertelanjang.``
Aku mendengarnya berkata, ``Ilmu kami yang
kami padanya menilai kepada ilmu yang tertulis dan menghapuskan keilmuan yang
bermasalah (meragukan). Apa yang nyata daripada sesuatu itu yang kami ikuti.``
Dan kami mendengarnya berkata, ``Tidak ada
kekurangan qadar bagi seseorang yang melakukan kelebihan-kelebihan. Dia memulai
yang itu dan mengakhirkan yang itu di dunia bersama manusia demi manusia dan di
akhirat. Firman Allah bermaksud:
``Dan kamu akan beroleh pada hari akhirat
apa yang diingini oleh nafsu kamu.`` (Fussilat: 31)
Daripada makanan dan minuman dan
perkahwinan. Semoga syurga di atas kehendak ahlinya. Semoga kita berjaya
dengannya daripada apa yang dituntut. Kita berpeluang menyaksikan orang yang
kita muliakan dengan ma`rifatnya dan kita mulai dengan berbagai-bagai
keberkatan, bahkan kalau kita kenalnya, kita tidak saksikan selain
daripadanya.``
Aku mendengar Aba Nas*r `Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, aku mendengar Al-H*us*ri berkata, ``Aku
melihat kepada kehinaan, tiap-tiap yang mempunyai kehinaan, maka bertambah
hinaku di atas kehinaan mereka itu. Dan aku melihat pada kemuliaan pada
tiap-tiap kemuliaan, maka bertambah kemuliaan di atas kemuliaan mereka itu.
Kemudian dia membaca firman Allah bermaksud:
`Siapa yang menghendaki kemuliaan, maka
bagi Allah kemuliaan keseluruhan.`` (Fat*ir: 10).
Aku mendengar Aba al-Farj al-Warthani
berkata, aku mendengar Al-H*us*ri berkata,
``Sufi ialah yang tidak mendapati selepas
ketiadaannya dan tidak dengan tiada selepas adanya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Sufi,
wajdannya wujudnya dan sifatnya hijabnya.``.
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Sufi jika disifatkan dia menyangkal dan jika bertajalli maka kashaf.``
Katanya
dan berkata Al-H*us*ri, ``Takut daripada Allah ialah `illah dan hijab,
kerana bahawasanya apabila adalah takutku daripadanya, tidak menghilangkan
kehendaknya padaku dan raja`ku tidak menyampaikan kepada kehendakku
daripadanya, maka tergendala di sisiku
hukum khauf dan raja` bagi mereka yang mutahaqqiq. Adapun mereka yang mempunyai
catatan dan keilmuan, maka di atas mereka itu wajib melazimkan adab.``
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali berkata,
disoal Al-Hus*ri, ``Adakah mendalam yang mencintai atau menggerunkan ? Maka
katanya, ``Cinta adalah merosakkan ! Tidak tinggal bersamanya sifat. Maka dia
menggubah ungkapan:
Katanya, engkau memburukkan kami pada
perkara tidak bermanfaat
Menggerunkan oleh pintu-pintu sukar membuka tertutup rapat
Apakah yang meragukan engkau ? Dalam
kegelapan engkau mengetuk pintu
Kata kau keinginan bersangatan menggerakkan
ketamakan itu
Katanya seumurku sesungguhnya lintasan
kegerunan
Sehingga kesampaian semoga kebimbangan
menghilang
Kataku tidaklah dia melainkan pembunuhan
atau kemenangan
Menghilangkan ketakutanku dan kegerunan yang mengancam.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar
berkata, ``Aku mendengar Al-H*us*ri berkata,
``Menyempitkan diri oleh waktu dan nafasku,
hilang kerehatanku melainkan teringat pada nafas-nafas berlari bersama diri,
semoga tenteram diri hilang dari kekeruhan suasana, lalu dia menggubah
ungkapan:
Masa menyelimuti Salma berterusan
Berzaman dalam perhatian dan ihsan.
Demikian ingatan dan ungkapan Al-H*us*ri
yang sukar difahami dan memerlukan renungan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment