BBB, 15 Jamadil-Akhir 1438H. = 14 Mac 2017M. (Selasa):
Ja`far al-Khuldi, ialah Abu Muhammad Ja`far
bin Muhammad bin Nas*ar. Dilahir dan
Mendapat didikan di Baghdad. Dia bersahabat dengan Al-Junayd bin
Muhammad dan cenderung kepadanya. Dia bersahabat dengan Al-Nuri dan Ruym, Samnun dan Aba Muhammad al-Jariri
dan lain-lain dari shaykh-shaykh sezaman dengannya. Dia adalah menjadi rujukan
di dalam kepelbagaian ilmu kaum,
tercatat di dalam kitab-kitab mereka, di dalam hikayat-hikayat mereka dan
perjalanan mereka. Dia adalah mufti bagi
kalangan shaykh-shaykh dan berdudukan tinggi di kalangan mereka. Dia menunaikan
haji sampai enam puluh kali haji. Ja`far Muhammad al-Khuldi meninggal di
Baghdad tahun (m. 348H.), dan kuburnya di
Al-Shuniziyyah di samping kubur Sari al-Saqati dan Al-Junayd
al-Baghdadi.
Berkata Muhammad bin Husain bin Ja`far al-Razi, berkata, aku
mendengar Ja`far bin Muhammad bin Nus*air berkata, ``Aku mempunyai, lebih kurang seratus tiga
puluh diwan (antologi), iaitu diwan-diwan tasawuf., katanya, maka aku berkata
kepadanya,, ``Adakah padamu kitab-kitab Muhammad bin `Ali al-Turmidzi ? Katanya, `Tidak, aku tidak mengesan
elemen-elemen tasawuf padanya.
Ja`far bin Muhammad al-Khuldi mempunyai
sanad Hadith yang dia menjadi salah seorang perawinya.
Mengkhabarkan kami Yusuf bin `Umar bin
Masrur al-Zahid di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Ja`far bin Muhammad
bin Nus*air al-Khuldi, secara imla`, berkata, bercakap kepada kami Al-Harith
bin Abi Usamah berkata, bercakap kepada kami Yazid bin Harun, berkata,
mengkhabarkan kepada kami Azhar bin Sinan al-Qurashiyy berkata, bercakap kepada
kami Muhammad bin Wasi` berkata, ``Aku datang ke Makkah, maka aku berjumpa di
sana dengan Salim bin `Abdullah bin `Umar, maka dia bercakap kepadaku daripada
bapanya daripada datuknya `Umar daripada Rasulillah s.a.w. bersabda, bermaksud:
``Siapa masuk ke dalam pasar, maka
hendaklah dia berkata , la ilaha illa Allah, wahdahu la sharikalah. Lahu
al-mulk wa lahu al-hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa hayyun la yamut, biyadihi
al-khair wa huwa `ala kulli shayin qadir.``
Allah memberi kepadanya seribu-ribu
(sejuta) kebaikan dan dihapuskan darinya seribu-ribu kejahatan. Dan dia
mengangkat kepada seribu-ribu darajah atau dikatakan, dibina baginya rumah
disyurga (bahkan bertambah).
Katanya kumudian aku pergi ke Khurasan,
maka aku bertemu dengan Qutaibah bin Muslim, maka aku berkata, ``Aku datang
kepadamu dengan hadiah, aku bercakap kepadanya berkenaan sebuah Hadith. Dan adalah Qutaibah menunggang
pada kenderaannya, maka dia datang ke pasar dan dia mengatakannya dan
berlalu.``.
Berkata Ja`far, ``Tidak mendapat hamba lazat
bermu`amalah beserta Allah dengan lazat
nafsu, kerana ahli hakikat terputus hubungan dengan yang memutuskannya daripada
yang Haqq sebelum diputuskan oleh perhubungan
khalayak.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
bin Shadzan berkata, aku mendengar Ja`far berkata, ``Adapun antara hamba dan wujud bahawa tenang hatinya
dengan taqwa . Apabila hatinya tenang dengan taqwa turunlah ke atasnya barakat
daripada ilmu dan hilanglah daripadanya kegemaran dunia.``
Katanya, berkata Ja`far, `` Perbedaan
antara riya` dan ikhlas, bahawa orang yang riya` bekerja untuk dilihat dan
orang yang ikhlas beramal untuk menyampaikan.` `
Katanya berkata Ja`far, ``Yang baiknya merendahkan nafsu dan membesarkan
penghormatan orang muslimin.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-`Abbas bin
Muhammad bin al-`Abbas al-Khilal di Marwi berkata,, aku mendengar Ja`far
al-Khuldi berkata, aku medengar al-Junaid dia disoal tentang tasawuf, dia
berkata, ``Meninggikan kepada akhlak yang mulia dan memalingkan daripada akhlak
yang hina. Maka ditanya lagi oleh penanya, maka dia berkata, apa pendapat
engkau ?, maka dia berkata seperti katanya.
Kemudian dia berkata, ``Puncaknya, pada
halnya, mati tiap-tiap suatu, dan masuk pada tiap-tiap suatu, dan mengambil
dari tiap suatu, dan tidak hilang sesuatu, dan tidak mengambil daripadanya
sesuatu dan dia mengambil dalil dari suruhan Nabi s.a.w. tentang awliyatnya,
apabila berlaku penurunan wahya ke atas Baginda. Baginda bersabda ``Daththiruni,
daththiruni –Selimutkan daku, selimutkan daku`` dan berlaku.
Katanya, aku mendengar Ja`far al-Khuldi,
berkata, ``Jadikanlah diri kepada Allah sebagai hamba yang bersih (ikhlas),
nescaya engkau merdeka dari segala yang lain.``
Aku mendengar Al-Husain bin Yahya
al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`far al-Khuldi disoal tentang tawakkal,
katanya,``Menseimbangkan hati ketika ada dan tiada, bahkan gembira ketika tiada,
dan risau ketika ada, bahkan istiqamah bersama Allah di atas kedua hal.``
Aku mendengar setengah sahabat Ja`far
berkata, ``Aku melalui bersamanya perkuburan di Al-Shuniziyyah dan seorang
perempuan menangis tangisan yang menyayat hati dan dia menepuk -nepuk di atas
kubur. Maka berkata kepadanya Ja`far. ``Apa sebab engkau ?, maka katanya, ` Aku meratapi kematian anakku. Maka Ja`far
berpuisi:
Dia mengadu, siapa yang tidak merasa
Berat perpisahan yang dikasihi tiada
Sesungguhnya rusuh diri oleh perpisahan
Serbat minuman lebih pahit dari jadam !
Katanya, berkata Ja`far kepada setengah
sahabatnya, ``Jauhi daripada dakwaan-dakwaan, dan lazimi diri dengan melakukan suruhan-suruhan. Banyak sekali aku
mendengar, sayyiduna Junayd berkata,
``Siapa yang melazimi tariqat al-mu`amalah
secara ikhlas, nescaya Allah merehatkannya dari dakwa-dakwa yang dusta.``
Demikian pesanan Ja`far bin Muhammad al-Khuldi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment