March 24, 2017

PENDAPAT ABU AL-`ABBAS AL-DINAURI: ANTARANYA MERUMITKAN


BBB,  24 Jamadil-Akhir 1438H. = 23 Mac 2017M. (Khamis):
Dari kalangan sufi yang disenaraikan oleh Al-Qushairy ialah Abu al-`Abbas al-Dinauri. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Muhammad. Dia bersahabat dengan Yusuf bin al-Husain, `Abdillah al-Kharraz, Abi Muhammad al-Jariri, Abi al-`Abbas bin `At*a` dan Ruym. Dia adalah shaykh yang memberi fatwa, bertariqah secara muhasabah dan istiqamah. Menurut Al-Qushairy dia adalah seorang `alim dan fadhil (mempunyai kelebihan).
Dia datang ke Naisabur dan tinggal beberapa masa. Di situ dia menyampaikan wa`az* kepada orang ramai dan bercakap secara lisan ma`rifat dengan kalam yang indah. Kemudian dia berpindah dari Naisabur ke Samarqand dan meninggal di sana selepas tahun (m. 340H.).
Aku mendengar Aba  Bakr, Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim berkata, ``Aku  masuk menemui Abu al-`Abbas al-Dinauri, ketika ia hendak keluar berpindah ke Samarqand. Aku berkata kepadanya,
``Apakah yang membebankanmu untuk berpindah ke Samarqand, sedangkan penduduk Naisabur masih cenderung kepada  engkau ? Bahkan mereka kasihkan engkau ?`` Maka dia menjawab secara berpuisi dan menggubah kata,
Apabila terikat qadha` di atas engkau sebagai ikatan
Maka tiada yang menghuraikannya kecuali qadha` bukan ?
Apalah sangat dengan bermuqim di negara  kehinaan
Sedangkan di negara kemuliaan meluas qadha` peluang !
Dan berkata Abu al-`Abbas, ``Bahawa lisan zahir tidak mengubah hukum batin..``
Dan berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri, ``Limpahi dengan rukun tasawuf dan kenali jalannya dan fahami ketinggian maknanya dan ubah sikap negatif seperti tamak yang memburukkan adab dengan menekankan  ke ikhlasan. Hindar dari sifat keji dan mengikut hawa dan dunia.  Bukanlah kekejian sedemikian sebagai tariqah bagi kaum.
Aku mendengarnya berkata, berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri, ``Ketahuilah bahawa manusia seharusnya malu dengan berbagai tuntutan tak sepadan dengan amalan, dia seharusnya  malu dari kehaibatanNya. Apabila fana hamba dari menuntut, maka muncullah kebenaran pada tuntutan daripada tuntutan.``
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, berkata Ibn `Abbas al-Dinauri, ``Mukashafat nyata dengan penglihatan dan mukashafat hati dengan perhubungan.``
Aku melihat tulisan `Abdullah bin Muhammad al-Mu`allim, berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri,
``Kealiman berlebih kurang dari segi tartib dalam mushahadat tentang sesuatu.
Ada kaum yang kembali daripada sesuatu kepada Allah Ta`ala, mereka menyaksikan sesuatu sebagaimana sesuatu itu, kemudian kembali darinya kepada Allah `Azza wa Jalla.
Ada kaum kembali daripada Allah Ta`ala kepada sesuatu, tanpa tutupan, mereka tidak melihat sesuatu, melainkan apa yang dilihat haq sebelumnya.
Ada kaum yang kekal dengan sesuatu, kerana tidak ada jalan bagi mereka itu kepada Allah untuk penyeberangan.``
Dan berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri,
``Ketahui olehmu sedekat-dekat dzikir ialah  melupai selain daripadaNya.  Setinggi-tinggi dzikir bahawa dia ghaib dalam dzikir dan tenggelam ia dengan yang dzikir daripada kembali kepada maqam dzikir. Ia disifatkan pada maqam fana` al-fana`.``
Dan berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri, ``Ilmu ada dua jenis ilmu,
Ilmu berdirinya hamba dengan penyaksian terhadap Allah, dan ilmu dengan ilmu Allah pada kehambaan, iaitu ilmu yang ghaib daripada hamba.``
Dan berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri, ``Ketahuilah pakaian lahir tidak mengubah hukum batin.``
Aku melihat  tulisan ayahku r.h.a. Berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri, ``Bagi Allah ada hamba-hamba,
belum matang dari segi ma`rifat, tapi sebok dengan khidmat, dan ada hamba yang tidak sempurna khidmat, maka tergencat.``
Dan berkata bu al-`Abbas al-Dinauri,
``Siapa yang dahaga kepada suatu hal dia bertumpu secara dahsyat, siapa yang sampai kepadanya tapi tidak berterusan.``
Dan berkata Abu al-`Abbas, ``Tiada sampai manusia kepada martabat terpilih, melainkan dengan kebenaran. Pada setiap waktu dan hal yang kosong dari kebenaran adalah batal. Beliau berpuisi:
Alangkah indah kebenaran  laksana bertempat
Dan kebenaran pada setiap tempat indah tepat.
Berkata Abu al-`Abbas, ``Yang mencinta sanggup memilih kebencian untuk keredhaan yang dikasihi. Bagi maksud ini dia berpuisi lagi:
Aku melihatmu dengan dosaku diriku menjauhkan
Aku berjauh dengan diriku bagi mencari  kedekatan.
Demikian padangan Abu al-`Abbas al-Dinauri antaranya agak merumitkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment