BBB:
01 Jamadil-Akhir 1438H. = 28
Februari 2017M. (Selasa):
Dia adalah Abu Muhammad, `Abdullah bin
Muhammad bin Munazil. Menurut Al-Qushairy dia adalah Shaykh al-Malamatiyyah, dia
adalah satu-satunya pendukung Al-Malamatiyyah pada zamannya, iaitu tariqat yang
dia berkeseorangan dengan tariqat tersebut. Dia daripada shaykh yang
berkedudukan tinggi di Naisabur. Dia bersahabat dengan Abi Salih Hamdun bin
Muhammad al-Qas*s*ar yang Hamdun mengambil tariqat daripadanya. Dia alim di
dalam ilmu-ilmu zahir. Dia banyak menulis Hadith dan meriwayatkannya. Dan
adalah Abu `Ali al-Thaqafi mengangkatnya dari segi kadarnya dan tempatnya dan menyanjungnya. Dia meninggal di Nisabur
pada tahun (m. 329H. atau 330H.).
`Abdullah bin Muhammad bin Munazil
mempunyai sanad sebagai rawi di dalam Hadith.
Bercakap kepada kami bapaku, r.h.a.
berkata, bercakap kepada kami Abu Muhammad, `Abdullah bin Muhammad bin Munazil,
berkata, bercakap kepada kami Jaa`far bin Muhammad bin Siwwar, berkata,
bercakap kepada kami Qutaibah bin Sa`id berkata, bercakap kepada kami `Abdul
Wahid daripada Isma`il bin Sami` berkata, bercakap kepada kami Abu Ruzain
berkata, aku mendengar Aba Hurairah berkata,
bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa yang memelihara anjing, bukan
anjing pemburu atau gembala kambing, mengurangkan pahala amalannya setiap hari
satu qirat (satu inci).
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain r.h.a.
berkata, aku mendengar `Abdullah al Mu`allim berkata, aku mendengar `Abdullah
bin Munazil berkata,
``Tidak mencuai seseorang, fardhu dari
berbagai fardhu, melainkan dibalakan oleh Allah Ta`ala dengan mencuaikan
sunnah-sunnah dan berterusan seseorang mencuaikan sunnah, melainkan dia
dibalakan dengan berbagai bid`ah.``
Aku mendengan Al-Shaykh Aba `Abdul Rahman al-Sulami berkata, aku
mendengar Aba Ahmad bin `Isa berkata,
aku mendengar `Abdullah bin Munazil berkata,
``Seafdhal-afdhal waktu-waktu engkau, waktu
yang engkau menerima padanya daripada bisikan-bisikan diri engkau dan waktu
manusia menerima padanya silap sangka engkau.``
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin
`Abdullah bin Shadzan berkata, Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad bin Munazil
berkata, `` Seharusnya tidak ada rasa kehinaan bagi orang yang bekerja, menyoal dan ditolak permohonan.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Siapa
yang mengangkat bayangan dirinya daripada dirinya, maka hidup manusia di bawah
bayangannya.``
Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad bin
Fadhlawaih berkata, aku mendengar `Abdullah bin Muhammad bin Munazil berkata,
``Ubahlah dengan lisan engkau daripada hal engkau dan janganlah dengan kalam
engkau engkau bercerita ahwal lain daripada engkau.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Siapa
yang melazimkan dirinya sesuatu yang tidak dia perlu kepadanya, dia
mensia-siakan daripada ahwal seumpamanya, apa yang patut dihajat kepadanya dan
tidak dapat tidak memerlukannya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, dia disoal seseorang dengan satu masalah,
maka dijawab dan dikatakan kepadanya, ``Ulanglah kepadaku,``(Aku kesal pada apa
yang berlaku !)``
Katanya, aku mendengar dia berkata, ``Siapa
yang besar kadarnya di sisi manusia, dia memerlukan dirinya padanya.. Adakah
engkau tidak melihat bahawa Ibrahim a.s.
tatkala Allah menjadikannya Khalil, maka dia berkata – Firman Allah bermaksud: ``
Jauhkanlah daku dan anak-anakku daripada menyembah berhala.`` (Ibrahim: 35).
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Siapa
yang masuk dalam perkara ini dengan lemah dia menjadi kuat padanya dan siapa
yang memasukinya dengan kuat dia lemah dan
terhurai.``
Katanya, aku mendengarnya dia disoal tentang `ubudiyyah, maka dia
berkata ia adalah kewajipan bukan ikhtiar.``
Katanya dan aku mendengarnya berkata,
``Tidak berhimpun penyerahan dan dakwa dalam satu hal.``
Katanya, aku mendengar dia berkata,
Berdzikir kepada Allah adalah dari jenis ibadat, maka dia berkata, al-sabirin,
al-sadiqin, al-qanitin, al-mustaghfirin bi al-ashar`. Maka diakhirkan maqamat
keseluruhannya dengan maqam istighfar untuk membersihkan hamba daripada taqsir
pada semua perbuatannya dan ahwalnya, maka dia beristighfar dengannya.
Katanya, aku mendengar `Abdullah berkata,
``Penyerahan dengan usaha lebih baik dari kekosongan daripadanya.``
Katanya, aku mendengar `Abdullah berkata,
``Hukum-hukum keghaiban tidak disaksikan di dunia, akan disaksikan akibat
(fadha`ih) bagi yang mendakwa di dunia.``
Katanya, aku mendengarnya berkata,
``Al-`Ubudfiyyah ialah kembali pada setiap sesuatu kepada Allah Ta`ala hingga
kepada had terpaksa.``
Katanya, aku mendengar dia berkata, ``Tidak
sayugia bagi seorang hamba membicarakan soal-soal cabangan kecil dari Sunnah,
melainkan selepas kewujudan peluang selepas dia menunaikan segala yang
fardhu.``
Katanya, aku mendengar dia berkata,
``Engkau menzahirkan dakwa tentang `ubudiyyah dan menyembunyikan sifat-sifat
al-rububiyyah.``
Katanya, aku mendengar dia berkata,
``Tiap-tiap faqir bukan dia daripada dharurah yang tidak ada padanya fadhilat.``
Katanya, aku mendengar dia berkata, ``Siapa
yang berhajat daripada sesuatu daripada ilmu-ilmunya, maka jangan melihat
kepada keaibannya, maka jika engkau melihat kepadanya menyekat (mengharamkan)
berkat untuk dimanfaat daripada ilmunya.``
Demikian pendapat `Abdullah bin Muhammad
bin Munazil.
Sekian.
No comments:
Post a Comment