BBB,
25 Jamadil Akhir 1438H. = 24 Mac 2017H. (Juma`at):
Turut tersenarai ialah Abu `Uthman
al-Maghribi, beliau ialah Said bin Salam dari penjuru Qairawan (Maghribi) daripada
kampung yang dipanggil Karkint. Dia bermukim
di Al-Haram beberapa masa dan menjadi shaykh di sana. Bersahabat dengan
Aba `Ali bin al-Katib, Habiban al-Maghribi, Aba `Amrin al-Zujaji dan bertemu Aba Ya`qub al-Nahrajuri dan Aba al-Hasan bin
al-S*aigh al-Dinauri dan lain-lain daripada shaykh-shaykh.
Dia adalah satu-satu di dalam tariqatnya
dan terkenal dengan kezuhudan. Adalah tidak dilihat sepertinya dari segi
ketinggian hal dan penjagaan waktu. Mempunyai hikam kata yang mendalam di
samping tajam firasat dan kuat dari segi kehaibatan. Dia mengunjungi Naisabur dan
meninggal di sana pada tahun (m. 373H.). Dia berwasiat meminta Al-Imam Abu
Bakar bin Furik r.h.a. bersolat jenazah ke atasnya.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba Bakr bin Furik
berkata, ``Aku berada di samping Abi `Uthman al-Maghribi ketika hampir ajalnya,
dan berkata seorang pengungkap (qawwal) kecil berkata sesuatu, tatkala berubah
suasana (hal) diisyaratkan kepada yang hadir supaya diam, maka membuka
al-Shaykh Abu `Utman kedua matanya dan berkata,
``Mengapa tidak diungkapkan kepadaku
sesuatu ? Maka kataku kepada yang hadir supaya
mengungkap kalam yang mengingatkan dan didengar yang mendengar. Maka
berkata Abu `Uthman,
`Al-Taqwa` adalah had yang tidak kurang dan tidak melebihi. Dia menambah,
``Dari kesan bersahabat dengan orang kaya,
berbanding duduk dengan para fuqara`
ialah dibala Allah dengan kematian hati.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``I`tikaf menjaga anggota di bawah
segala suruhan.``
Aku mendengarnya berkata, ``Tidak seorang
itu mengenali sesuatu, kalau dia tidak mengenali lawannya, sebab itu tidak sah
keikhlasan ikhlas melainkan selepas mengenali al-riya` dan kelainan antara
keduanya.``
Dan aku mendengarnya, dikatakan baginya,
bahawa sianu itu musafir, maka dia berkata, dia suka musafir kerana
mengikut hawanya, syahwatnya
dan kehendaknya. Sesungguhnya bermusafir itu terasing dan terasing
menghinakan dan tidak seharusnya seorang mu`min menghinakan dirinya.``
Dan aku mendengar, dan dia disebut kepada
kata-kata al-Imam al-Shafie r.a. bahawa:
``Ilmu ada dua jenis, ilmu tentang agama
dan ilmu tentang badan.``Maka kata
Al-Shafie, alangkah indah apa yang dikata. Ilmu agama ialah ilmu hakikat dan
ma`rifat dan ilmu badan ialah ilmu siasah, riyadhah dan mujahadah.``
Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi
berkata, ``Yang berdosa lebih baik dari yang mendakwa. Kerana yang berdosa
selama-lamanya dituntut untuk bertaubat, dan yang mendakwa bergelomang dengan
khayal dakwaannya.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Siapa
yang memanjangkan tangannya kepada makanan orang kaya, dengan lahap dan
syahwat, dia tidak berjaya selama-lamanya. Tidak ada keuzuran baginya,
melainkan dalam keadaan terpaksa.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Sufi
ialah orang memiliki sesuatu menurut qadar dan tidak memiliki sesuatu dengan
paksaan.``
Dan aku mendengar Aba `Uthman berkata,
``Siapa yang menyebok dirinya dengan ahwal orang lain, maka dia mengabaikan
halnya.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, `` Yang
diam dan berilmu lebih terpuji dan memberi kesan dari yang bercakap, tetapi
jahil.``
Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi
berkata, ``Jangan engkau bersahabat, melainkan dengan orang yang amanah atau
yang membantu, kerana yang amanah menjaga kebenaran dan yang membantu dapat
memandu engkau dari segi ketaatan.``
Aku mendengar `Abdullah al-Mu`allim
berkata, aku menyoal Aba `Uthman, ``Apa simpulan wara` ? Maka katanya, Shari`at
menyuruh dan menahan engkau, maka hendaklah ikut dan jangan menyalahi.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Hati
ahlu al-haqq hati yang hadir dan pendengaran mereka adalah pendengaran yang
terbuka.``
Aku mendengarnya berkata, ``Siapa yang
membawa dirinya dengan harapan tertangguh-tangguh dan siapa yang membawa
dirinya dengan secara khauf (takut) dia
tidak terputus, tetapi secara saat demi saat, sekali selepas sekali.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Hikmah
adalah percakapan benar.``
Dan aku mendengar Aba `Uthman berkata,
``Orang kaya bersyukur adalah seperti Abu Bakar al-Siddiq r.a. Dia bersyukur
Dia menampilkan hartanya (bersedekah) dan Allah memberi kesan ke atasnya. Allah mewariskannya
kekayaan di dua negeri (dunia dan akhirat) dan memiliki keduanya. Dan faqir
yang sabar seperti `Uwais al-Qarni dan mereka bersamanya, mereka bersabar
padanya hingga zahir dalil-alilnya.``
Aku mendengar `Uthman al-Maghribi berkata,
``Siapa yang meletakkan diri dalam angan-angan dia terjebak di dalam `akan dan kemungkinan`.
Aku mendengarnya berkata, ``Ilmu al-yaqin
menunjukkan dia bertindak. Apabila dia lakukan dan ikhlas padanya, maka
lahirnya bukti-bukti yang menjadikan baginya ilmu al-yaqin dan `ayn al-yaqin.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Taqwa
adalah terhasil dari takut terhadap Allah.``
Demikian pesanan Abu `Uthman al-Maghribi
yang dapat direnungkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment