BBB,
08 Jamadil Akhir 1438H. = 07 Mac 2017M. (Selasa):
Muz*affar al-Qirmisainy ialah pembesar dari
penduduk Al-Jabal dan berkedudukan tinggi. Dia disifatkan dari kalangan fuqara`
yang benar. Dia bersahabat dengan `Abdullah al-Kharraz dan yang lain daripada
shaykh-shaykh. Dia satu-satunya yang berpegang dengan t*ariqatnya.
Antara kata-kata dan pendapatnya yang
dicatatkan:
``Puasa ada tiga wajah: Puasa roh dengan memendekkan angan-angan.
Dan puasa akal, dengan melawan hawa nafsu
Dan puasa diri, iaitu menahan diri daripada
makan dan perkara-perkara yang diharamkan.
Dan dia berkata, ``Sehina-hina hamba ialah hamba yang lupa dalam berbagai
perkara.``
Katanya, ``Lapar apabila disertai dengan
qana`ah, maka dia adalah ladang berfikir dan melahirkan hikmah di dalam
kehidupan yang berbagai keadaan dan menjadi pelita hati.``
Katanya, ``Sebaik-baik amal seorang hamba
menjaga waktu mereka itu yang hadir dan dia jangan mengurangkan apa yang
disuruh dan jangan melampaui daripada had.
Dan katanya lagi, ``Tawadhu` ialah menerima
kebenaran dari siapa adalah dia.``
Dan katanya, ``Apabila sahlah bagi engkau
kasih sayang saudara engkau, maka janganlah engkau berkira bila masa untuk
bertemu.``
Dan Muzaffar ditanyai mengenai tasawuf,
maka katanya, ``Berakhlak yang diredhai.``
Berkata Muz*affar, ``Barang siapa bersahabat dengan orang-orang
yang baharu, dengan syarat keselamatan dan nasihat, yang demikian boleh membawa
kepada bala, bagaimana dengan orang yang dibuat sahabat lain daripada mereka itu yang tidak dikenakan syarat-syarat
keselamatan.``
Berkata Muz*affar, ``Siapa yang beramal
kepada Allah dengan benar, maka dia meliarkan
diri daripada bersahabat dengan makhluk.``
Berkata Muz*affar, ``Orang yang `arif,
hatinya bagi Tuannya dan jasad bagi makhlukNya.``
Dan berkata Muz*affar, ``Barang siapa yang
dijadikan Allah berhajat kepadaNya, Allah memberi kelebihan baginya, supaya dia
mengenal dengan kefaqiran `ubudiyyahnya dan kekayaan RububiyyahNya.``
Dan berkata Muz*affar, ``Siapa yang
terbunuh (mati) lantaran cinta, dia hidup mendekatai Pencipta.``
Berkata Muz*affar, ``Allah menghisab orang
mu`minin pada hari kiamat dengan ketinggian dan kelebihan dan menghisab
orang-orang kafir dengan hujah dan
keadilan.``
Dan berkata Muz*affar, ``Seafdhal-afdhal
apa yang ditemui dengannya oleh hamba akan Tuhannya, ialah nasihat daripada
hatinya dan bertaubat kepada Tuhannya.``
Berkata Muz*affar, ``Hendaklah jadikan
pandangan engkau kepada dunia sebagai iktibar, dan usaha engkau kepadanya
sebagai tuntutan dan penolakan engkau sebagai ikhtiar.``
Dan berkata Muz*affar, ``Sebagai rezeki
ialah apa yang dibuka Allah bagi engkau dengannya kepada wajah yang halal,
tanpa tuntutan dan usaha.``
Dan berkata Muz*affar tentang firman Allah
bermaksud:
``Siapa yang adalah dia mengharapkan
pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia
beramal dengan amalan salih.`` (Al-Kahfi: 110).
Katanya amalan yang melayakkannya menemui
dengannya akan Tuhannya.
Dan berkata Muz*affar, ``Siapa yang
dilindungi Allah dengan kedekatan kepadanya, diredhai akannya dengan larian
takdir ke atasnya. Kerana dia bukan di atas hamparan kedekatan semata-mata,
tetapi disertai peristiwa-peristiwa.``
Dan berkata Muz*affar, ``Dengan sah iman,
sempurna taqwa, dibuka Allah Ta`ala ke atas hamba kebaikan dunia dan akhirat.
Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan kalaulah penduduk sebuah negeri beriman
dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan kepada mereka itu keberkatan dari langit dan
bumi.`` (Al-A`raf: 96).
Disoal Muz*affar, ``Apakah perkara terbaik
yang dapat diberi oleh seorang hamba ?``
Maka katanya, ``Mengosongkan kalbu dari
perkara yang tidak berkenaan. supaya ia menjadi ruang yang dapat diisi dengan
perkara berkenaan.``
Dan berkata Muz*affar, ``Tidak ada bagi
umur engkau, melainkan dengan nafas yang
satu, maka jika binasa (terputus), maka tiada apa bagi engkau dari kehidupan.``
Dan berkata Muz*affar, ``Siapa beradab
dengan adab-adab shara`, dia beradab – termasuk yang ditegah, siapa yang cuai
dari segi adab dia binasa dan dibinasakan.``
Dan berkata Muz*affar, ``Siapa yang tidak
belajar adab dari kalangan bijaksana, maka murid-muridnya juga turut tidak
beradab.``
Demikian ungkapan dan kata-kata Muz*affar
al-Qirmisainy untuk direnungi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment