BBB, 23 Jamadil-Akhir 1438H. = 22 Mac
2017M. (Rabu):
Senarai seterusnya ialah Abu Bakar
al-T*amastani al-Farisi, sebagaimana dinisbahkan kepada namanya, ia adalah
berasal dari Parsi. Dia disifatkan oleh al-Sulami sebagai semulia-mulai shaykh
dan tinggi dari segi hal. Satu-satunya pencapaian dari segi hal pada zamannya,
tidak ada menyamainya seorang dari kalangan shaykh, bahkan tiada yang medekatinya
dari segi pencapaian. Adalah Abu Bakar al-Shibli mengangkatnya dan dia mengenal
kedudukannya. Dia bersahabat dengan Ibrahim al-Dibbagh dan yang lain-lain dari
shaykh-shaykh Parsi dan adalah shaykh-shaykh pada waktunya menghormatinya. Dia
datang ke Nisabur dan meninggal di sana selepas
tahun (m. 340H.).
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Nikmat
yang besar ialah keluar dari nafsu dan nafsu ialah sebesar-besar hijab antara
engkau dan antara Allah.``
Aku mendengar Aba `Abdillah al-Shirazi
berkata, aku mendengar Mansur bin Abdullah
al-Is*bahani berkata, aku mendengar Aba Bakr al-T*amastani berkata,
``Apabila
tidak betul hati ia diakibatkan oleh waktu.`` Dan katanya, ``Jalan
adalah terang dan kitab dan al-Sunnah penegak yang kukuh yang mengzahirkan akan
kita. Dan kelebihan sahabat termaklum kerana mereka terdahulu dari segi hijrah
dan persahabatan mereka. Siapa daripada kita bersahabat akan Kitab dan
al-Sunnah dan mendekati diri dan berakhlak dan berhijrah dengan hatinya kepada
Allah dia adalah sahabat bersebab.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Dunia
keseluruhannya hikmah yang satu, dan setiap satu daripada mereka menepati
menurut qadar barang yang dibuka baginya.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Tidak ada
kehidupan melainkan pada lematian, ya`ni tidak ada kehidupan hati, melainkan
mematikan nafsu.``
Dan berkata Abu Bakar , `` Al-Yaqz*ah
(sedar), ialah di kalangan ahli yaqz*ah bagi mengimarahkan akhirat, sebagaimana
lalai, ialah bagi ahli yang lalai bagi mengimarahkan dunia.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani,
``Tidak mungkin keluar nafsu dengan nafsu, dan adapun yang memungkinkan keluar
daripada nafsu dengan Allah Ta`ala. Yang demikian dengan sihat iradat dengan
Allah `Azza wa Jalla.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Jalan kepada Allah
Ta`ala sebilangan makhluk``. Kemudian katanya, ``Jalan bagiNya dan bukan jalan
kepadaNya.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Siapa yang melebihkan orang faqir ke atas
orang kaya dan orang kaya di atas orang faqir, maka dia terikat dengan keduanya
dan keduanya juga merungkaikan masalah-masalah.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Ingatlah engkau
dari implikasi `semoga` dan
`mudah-mudahan.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Tiap-tiap yang
lari dari kematian, maka dia kembali kepada
ta`wilan ilmu.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Kematian
adalah satu pintu daripada pintu-pintu akhirat dan tidak sampai hamba kepada
Allah Ta`ala melainkan dengan memasukinya.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Duduklah kepada
Allah banyak-banyak, dan duduklah kepada manusia sedikit.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani,
``Sebaik manusia ialah orang melihat kebaikan pada yang lain dan dia mengetahui
jalan kepada Allah banyak, iaitu jalan lain dari yang dia di atasnya, supaya
dia melihat taqsir dirinya pada barang yang ia di atasnya.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani,``Sayugia
adalah gerakan seseorang dan diamnya kerana Allah Ta`ala, atau dharurah yang
dia terpaksa kepadanya. Maka adalah selain daripada itu, maka tiada suatu.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani,
``Siapa yang suka dari kalangan yang berakal di dunia yang fana, maka
sesungguhnya menyukainya berlazat dengan munajat kepada Tuhannya, dia taat
menurut kemampuannya dan di bawah suruhan dan laranganNya. Namun yang berakal
lebih suka kepada yang Kekal dan membenci yang fana`.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Yang
berakal bercakap sekadar hajat, dan meninggal lebihan yang tidak berfaedah.``
Dan berkata Abu Bakar, ``Tiap-tiap orang
menggunakan kebenaran di antaranya dan di antara Tuhannya dan kebenaran juga menuntut dilakukan kepada makhluk Allah
bila berpeluang.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani,
``Siapa yang tidak mementingkan diam, maka dia berkelebihan (walaupun dia dalam
keadaan tenang).``
Dan berkata al-T*amastani, ``Siapa yang
bertemankan ilmu, , maka tidak dapat tidak hendaklah ia mempastikan tentang suruhan dan
larangan.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Ilmu
memutuskan engkau dari kejahilan, bersungguhlah agar ia tidak memutuskan engkau
daripada Allah Ta`ala.``
Dan berkata Abu Bakar al-T*amastani,
``Tasawuf adalah menggetarkan, dan apabila berlaku keheningan, maka tidak lagi
tasawuf.``
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Nafsu
seperti api, apabila padam dari satu tempat, menyala dari tempat yang lain.
Demikian nafsu apabila tenang pada satu pihak, menyala dari pihak yang lain.``
Berkata seorang lelaki kepada Abu Bakar
al-T*amastani, ``Wsiatkan daku,`` maka
katanya, ``Berhemahlah !, Berhemahlah !, kerananya permulaan bagi sesuatu.
Padanya berlegar dan kepadanya kembali.``.
Berkata Abu Bakar al-T*amastani, ``Tidak
ketara `al-Haqq` kepada makhluk, melainkan nama dan garisan. Dan tidak bercakap
berkenaan dengannya, melainkan orang yang tidak mendapat taufik.
Demikian pesanan-pesanan bernas dari Abu
Bakar al-T*amastani.
Sekian.
No comments:
Post a Comment