BBB,
18 Sha`ban 1438H. = 15 Mei 2017M. (Isnin):
Taqwa ialah istilah dan juga konsep
terkenal bukan sahaja di dalam tasawuf,
bahkan dari segi ibadat dan akhlak. Taqwa termasuk di bawah hal. Taqwa
dari segi lughah ialah `takut` dan juga `taat`. Dari segi istilah antaranya
taqwa bermakna, mematuhi titah perintah Allah dan menjauhi dari
larangan-laranganNya dan usaha mendekati Allah dengan amalan yang baik.
Di dalam membicarakan tentang (Bab Taqwa)
ini, Al-Qushairy memetik firman Allah
bermaksud:
``Sesungguhnya yang terlebih mulia dari
kamu ialah yang lebih taqwa dari kalangan kamu.`` (Al-Hujurat: 13).
Manakala Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu al-Hasan `Ali bin
Ahmad bin `Abdan berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin `Ubaid al-S*aqqar
berkata, mengkhabarkan kami Muhammad bin al-Fadhl bin Jabir berkata,
bercakapkan kami Ibn `Abd al-A`la al-Qurashiyy berkata, bercakapkan kami Ya`qub
al-`Ama daripada Layth daripada Mujahid daripada Abi Sa`id al-Khudhri berkata,
``Datang seorang lelaki menemui Nabi
s.a.w., maka katanya, ``Wahai Nabi
Allah, wasiatkan daku, maka Baginda bersabda,``
``Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah,
maka sesungguhnya dia menghimpun segala kebaikan dan hendaklah engkau berjihad,
maka sesungguhnya ia adalah `rahbaniyyah`
muslim dan hendaklah engkau berdzikir kepada Allah kerana dia adalah
cahaya bagi engkau.`` (Dikeluarkan oleh Ibn al-Dharis daripada Abi Sa`id).
Manakala pendapat-pendapat sufi tentang
taqwa:
Aku mendengar al-Shaykh `Abd al-Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far berkata, aku
mendengar Ahmad bin `As*im berkata, aku mendengar Sahl bin `Abdullah berkata,
``Tidak ada yang menolong, melainkan Allah
dan tidak ada dalil melainkan Rasulullah dan tidak ada bekalan melainkan taqwa
dan tidak ada amalan, melainkan sabar ke atasnya.``
Dan aku mendengarnya berkata, aku mendengar
Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar al-Kattani berkata, ``Dibahagi dunia di
atas balwa dan dibahagikan akhirat di atas taqwa.``
Dan Aku
mendengarnya berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar Al-Jariri berkata, ``Siapa tidak menghukum di antaranya dan di antara
Allah secara taqwa dan muraqabah, maka dia tidak sampai kepada kashaf dan
mushahadah.``
Dan berkata Al-Nas*r Abadzi, `Al-taqwa ialah bahawa takut hamba tidak kepada lain, melainkan kepada Allah.``
Berkata Sahl, ``Siapa yang sah baginya
taqwa, maka hendaklah dia tinggal segala dosa keseluruhannya.``
Dan berkata Al-Nas*r Abadzi, ``Siapa yang
melazimkan taqwa dia rindu kepada memisahkan keduniaan, kerana Allah Subhanahu
wa Ta`ala berfirman bermaksud,
``Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir
?`` (Al-An`am: 32).
Dan kata setengah daripada mereka itu,
``Siapa yang tahqiq pada taqwa Allah memudahkannya menempuh rintangan dunia.``
Dan kata Abu `Abdillah al-Rudzbari, ``Taqwa
ialah menjauhi apa yang menjauhkan engkau daripada Allah Subhanahu wa
Ta`ala.``.
Dan berkata Dzu al-Nun al-Mis*ri, ``Orang
yang bertaqwa ialah orang yang tidak dikotorkan pada zahirnya daripada segala
gangguan dan tidak batinnya dari segala penyakit dan dia berdiri bersama dengan
apa yang menepati kehendak Allah.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Aba al-Hasan al-Farisi berkata, aku mendengar Ibna
`At*a` berkata,
``Bagi taqwa ada z*ahir dan bat*in, maka
zahirnya ialah menjaga had-had dan batinnya ialah niat dan ikhlas.``
Dan berpuisi Dzu al-Nun al-Misri
tentang taqwa:
Tiada kehidupan melainkan dengan lelaki
hati mereka
Rindu kepada taqwa dan lidahnya berdzikir sentiasa
Tenang dengan roh keyakinan segalanya
kebaikan
Sebagaimana tenangnya bayi di atas riba
ibunya disusukan.
Dan dikatakan dalil taqwa seseorang dengan
tiga keindahan:
Keindahan tawakkal di dalam semua hal,
keindahan redha dengan apa yang berlaku dan keindahan sabar dengan apa yang
telah berlalu.``
Dan berkata T*alq bin Habib, `` Taqwa ialah
amalan ketaatan kepada Allah sebagai cahaya daripada Allah, lantaran takut
kepada balasan seksa Allah.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Aba al`Abbas Muhammad bin al-Husain berkata, aku
mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Farghani berkata, ``Adalah Al-Junayd duduk
bersama Ruym dan Al-Jariri dan Ibn `At*a`, maka berkata Al-Junayd,
``Tidak berjaya orang berjaya melainkan
dengan benar, mendapat lindungan,`` lantaran firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan Allah menerima pula taubat tiga orang
yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa)
sempit kepada mereka.`` (Al-Taubah:
118).
Dan berkata Ruym, ``Tidak berjaya orang
yang berjaya, melainkan dengan benar taqwa,`` lantaran firman Allah Ta`ala
bermaksud, ``
``Dan sebaliknya Allah akan menyelamatkan orang-orang yang
bertaqwa dengan mereka beroleh kemenangan yang besar, `` (Al-Zumar: 61).
Dan berkata Al-Jariri, ``Tidak berjaya
orang yang berjaya, melainkan menunaikan janji.`` Lantaran firman Allah Ta`ala
bermaksud,
``Mereka yang menunaikan dengan janji Allah
dan tidak merombakkan (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu.``
(Al-Ra`d: 20).
Dan
berkata Ibn `Ata`, ``Tidak berjaya orang yang berjaya, melainkan dengan tahqiq
rasa malu, lantaran firman Allah Ta`ala bermaksud, `` Tidakkah dia mengetahui
bahawa Allah itu melihat ? (Al-`Alaq:
14). Dan berkata l-Ustadz al-Imam,
``Tidak berjaya orang berjaya, melainkan
dengan hukum dan qadha` `` lantaran firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya mereka itu mendahului bagi mereka memperolehi kebaikan dari Kami``
(Al-Anbiya`: 101).
Dan dia juga berkata, ``Tidak berjaya orang
berjaya melainkan dengan apa yang mendahului baginya daripada pemilihan,
sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud,
``Dan Kami telah pilih mereka dan kami
telah tunjukkan mereka kejalan yang
betul.`` (Al-An`am: 87).
Demikian maksud dan huraian mengenai
kalimah dan konsep taqwa yang merupakan istilah popular di dalam bidang ibadat,
tasawuf dan akhlak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment